Lelaki,
lelaki: usahlah kau sentuh hati perempuan dengan janji-janji manis kau tuh, dengan kata-kata palsu kau tuu.. secara fitrah, hati perempuan ini lembut,, mudah 'cair' dengan kata-kata seorang lelaki..
Jika kau di beri kehebatan melalui kata-kata manis kau tuh, kenapa kau tak gunakan untuk pujuk ibu kau yang selalu resah risaukan kau di kala kau jaoh dari matanya ?? Kenapa mesti kau berikan kata-kata manis ketika bertutur dengan si Hawa ?? Padahal kata-kata manis kau untuk si Hawa itu bukannya kau kotakan pun ~
Jika kau di beri kehebatan melalui tingkah-laku kau yang sopan dan tertib tuh, kenapa kau tak gunakan untuk berkhidmat kepada yang memerlukan ?? Kenapa mesti kau berkelakuan sopan dan baik hanya ketika berhadapan dengan si Hawa ?? Padahal kau hanya berpura-pura sahaja di hadapan si Hawa ~
Jika kau di beri kehebatan melalui penampilan yang bagus, kenapa kau tak gunakan untuk memakai pakaian sunnah seperti kopiah/jubah, dan kenapa kau merasa rimas untuk memakainya ?? Kenapa mesti kau berpakaian kemas hanya bila hendak bertemu dengan si Hawa, pakai macam2, minyak wangi habis sebotol?? Padahal apa yang kau pakai itulah yang merimaskan kau di akhirat nanti ~
Jika kau di beri kelebihan melalui sikap kau yang mengambil berat dan beri layanan yang baik kepada seseorang, kenapa kau tak gunakan untuk mengambil berat terhadap kebajikan orang tuamu, memberi layanan yang baik kepada mereka ketika mereka sakit atau mereka memerlukan bantuan kau ?? Kenapa mesti kau ambil berat dan beri layanan yang baik hanya bila kau berhadapan dengan si Hawa ?? Padahal ada lagi insan yang memerlukan sikap kau ini berbanding si Hawa yang pandai jaga dirinya sendiri ~
*banyak lagi sebenarnya,, cukuplah dengan ini, yang lain..sendiri boleh fikir :D
p/s: ingatlah, kita sebagai lelaki, jangan berani sentuh hati Hawa jika kita belum rasa nak ambil dia secara halal.. sebelum anda berani mainkan hati dan perasaan mereka, anda fikirlah dahulu.. bagaimana jika seorang lelaki buat macam mana anda pernah buat pada mana-mana perempuan..itu pada ibu anda ? Pada akak, adik anda ? ataupun, pada anak perempuan anda sendiri ?? letak diri kita pada situasi mereka, baru lah kita dapat paham apa yang mereka rasa :)
Perempuan,
Perempuan: usahlah kau mudah percaya pada lelaki yang ajnabi.. bukan semua janji yang akan di kotakan.. kerana lidah itu tidak bertulang.. lembut untuk di gerakkan..
Jangan lah kau mudah termakan dengan kata-kata dan janji-janji manis seorang lelaki yang asing bagi kau, kerana belum tentu dia akan kotakan janji-janji dan kata-kata dia tu.. keraskan hati kau, walaupun hakikatnya hati kau itu lembut.. tapi lembut biar lah pada tempatnya ~
Jangan lah kau mudah tertarik dengan penampilan seorang lelaki itu, kerana belum tentu penampilan dia itu melambangkan dirinya yang sebenar.. adakalanya lelaki itu menjaga penampilannya kerana ingin menambat hati mu.. bila hati mu sudah tertambat, jaga-jaga lah ye ~
Jangan lah kau berbicara dengan menggunakan suara yang lembut dan menggoda bila kau sedang bermuamalah dengan seorang ajnabi, kerana khuatir bahawa suara kau itu telah memancing ajnabi itu ke arah kemungkaran ~
Jangan lah kau mudah menuruti segala permintaan seorang lelaki itu, fikir lah dahulu.. kerana lelaki hanya meminta sesuatu yang berharga daripada si Hawa untuk memuaskan diri mereka, dan apabila sudah dapat apa yang dia nak, dia akan tinggalkan saja ibarat habis madu sepah di buang ~
*banyak lagi sebenarnya,, cukuplah dengan ini, yang lain..sendiri boleh fikir :D
p/s: jangan mudah percayakan lelaki ajnabi, jangan mudah untuk jatuh hati pada lelaki ajnabi, kerana bila lelaki itu sudah bosan dengan kau, dia akan tinggalkan kau begitu sahaja, ingatlah,, cinta seorang perempuan itu terletak di hatinya, tetapi cinta seorang lelaki itu terletak pada matanya. maksudnya, perempuan mudah untuk setia, tapi lelaki tak, belum tentu bila dia jumpa perempuan yang lagi cantik, dia akan setia lagi pada kekasihnya.
Nota Hati: bukanlah tujuan post ini untuk menggalakkan pembaca bersangka buruk sesama sendiri, tapi untuk menggalakkan pembaca berfikir secara matang tentang perihal masing-masing :)