Sunday, September 16, 2012

Menangis lah . . .

Assalamualaikum,


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa mahalnya nilai Air Mata itu. Air mata yang macam mana yang di maksudkan ? Izharnya, air mata keinsafan yang mengalir keluar dari mata orang yang menginsafi perbuatannya. Bukannya air mata yang mengalir sebab kan orang lain, sebab putus cinta, sebab meratap kematian dan banyak lagi.. Kita sendiri pernah menangis sebab orang lain kan ? Tak payah cakap orang lah, saya pun pernah menangis sebab seseorang..

Tapi tak salah kan kalau kita revolusikan diri kita mapan ke hadapan dengan menginsafi dan perbuatan kita yang lama, jangan takut.. Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun. Tak layak untuk kita bandingkan penyayangnya seorang Pencipta dengan hamba.

"Kita kalau menyirap dengan seseorang, semestinya kita akan maki hamun orang tuh,, akan berdendam dengan apa yang dah terjadi." *takyah nak nafikan statement nih.. sebab saya pun pernah buat.
"Maha penyayangnya Allah ini, sampaikan dia bagi kita peluang untuk bertaubat sehingga roh di paras kerongkong. Walaupun kita banyak melakukan kemungkaran, tapi Dia masih sayangkan kita, dia uji kita.. agar dengan ujian yang Dia beri akan menjadikan kita ingat pada-Nya semula"

Sedar tak ? bila kita kecewa ? bila kita tertekan ? bila kita sedih ? dan macam-macam lagi, kepada siapa yang kita akan luahkan ? Jawab lah dalam hati sendiri yee :) Sepatutnya kita dahulukan Allah dalam setiap perkara. Dia pencipta kita kan ? Dia berhak untuk tahu walaupun Dia memang dah tahu..

Allah suka hambanya yang meminta-minta dan berterusan meminta.. walaupun ada yang Dia tak tunaikan apa yang kita minta, tapi hakikatnya Dia beri yang terbaik untuk kita, sebab Dia Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Ingat janji Allah pada Surah Al-Baqarah ayat 152: "Ingatlah kepada ku, maka aku akan ingat kepada mu, dan bersyukurlah kepada ku dan janganlah kamu kufur terhadap ku"

Ingatlah kawan-kawan, air mata kita nih pinjaman Allah, jadi... tak salah kalau kita menangis untuknya.. jangan malu untuk menjadi seorang yang cengeng, kememeh, lemah ketika mengadu kepada Allah, kita berhak untuk mengeluarkan air mata itu, sebab kita menangis pada tempat yang betul. Jika kita menangis keinsafan, biarkan air mata itu kering sendiri, jangan sesekali lap ! Kerana itu akan menjadi bukti di akhirat bahawa kita pernah menginsafi perbuatan kita. Jika hendak lap, lap lah dengan air wuduk.. Biar mata kita sembap dan bengkak kerana-Nya..

Allah memuji orang menangis. "Dan, mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (QS Al-Isra' [17]:109). Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan, "Jika kalian hendak selamat, jagalah lidahmu dan tangisilah dosa-dosamu." 

Nota Hati: "Maha penyayangnya Allah ini, sampaikan dia bagi kita peluang untuk bertaubat sehingga roh di paras kerongkong. Walaupun kita banyak melakukan kemungkaran, tapi Dia masih sayangkan kita, dia uji kita.. agar dengan ujian yang Dia beri akan menjadikan kita ingat pada-Nya semula"

wassalam
-hazim ahmad-

special guest :)