Saturday, June 11, 2011

lapangkanlah dadamu

-ahlan wa sahlan semua-

Apa khabar awak(pembaca) yang di hormati, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini. Pada hari ini saya ingin membawa awak kepada alam pemikiran secara terbuka. Pernah awak ditegur oleh seseorang ? Tidak kisahlah dengan sesiapa pun, mesti pernah bukan ? Ditegur oleh ibu bapa, adik-beradik, keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya. Persoalannya, adakah awak dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka ? Seperti saya, adakalanya saya 'terpaksa' menerima teguran yang diberikan, kenapa perlu 'terpaksa' ? Kerana hati tidak terbuka dan tidak rela ditegur. 

Saya teringat akan pesanan yang pernah diberikan oleh ustaz saya ketika di SRAB JB dahulu, beliau berkata, "Terimalah teguran daripada sesiapa sahaja, kerana teguran itu adalah daripada Allah kepada kita, melalui hambaNya". Saya berasa bangga kalau saya ditegur oleh sesiapa sahaja, kerana saya tahu itu adalah teguran daripada Allah, dan itu menunjukkan Allah sayangkan saya. Bukan saya sahaja, tetapi semua hambaNya, kerana Dia الرحيم-MAHA PENYANYANG. Walaupun ada segilintir insan menganggap saya susah untuk terima teguran, tetapi, hakikatnya saya menerima setiap teguran yang telah di berikan.

[ klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas ]

Gambar diatas menunjukkan seorang insan menegur saya tentang entri blog saya, teguran yang beliau berikan amatlah saya hargai. Ada benar apa yang diperkatakan oleh akhi Syihabuddin Ahmad itu. Bahkan, saya juga takut menjadi fitnah kepada agama saya sendiri.

Kita tidak boleh sendirian, kita perlukan panduan. Oleh itu, Rasulullah bersabda:
"تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه"
"Aku telah tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
renung-renungkanlah hadis nabi itu.

Ironinya, kita perlulah turunkan ego kita, terimalah teguran daripada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, pangkat, keturunan dan sebagainya. Tetapi, perlulah ingat, untuk menegur seseorang itu, perlu menggunakan cara yang berhemah seperti cara nabi Muhammad S.A.W.. Teguran yang kita terima, jikalau kita pandang pada perspektif yang positif, kita akan nampak dimanakah silapnya kita, dan tempat dimanakah kita perlu perbaiki agar dapat menjadi diri yang lebih baik. 

Sebagai contoh yang mudah:
seorang sahabat menegur kita tentang lubang yang terdapat pada dinding papan pondok yang kita, apabila kita padang perspektif positif, kita akan kata, "owhh, betullah, ada lubang pada dinding papan pondok aku ini. Aku mesti tutup lubang ini dengan segera." secara tidak langsung, kita akan berterima kasih pada sahabat kita yang telah menegur kita tentang lubang yang dinding pondok yang kita bina tadi.

Oleh itu, lapangkanlah dadamu.. terimalah teguran dengan hati yang terbuka. Pandanglah teguran yang kita terima pada perspektif positif, dan jangan tinggikan ego ita hinggakan kita susah untuk menerima teguran.


*entri ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri, dan am untuk para pembaca ^^

Friday, June 10, 2011

tutorial: pasang radio online dalam blog anda

assalamualaikum strangers ;)

apa khabar semua ?? Sihat kan ? Apalah saya ini, update blog pagi-pagi buta ini.. sudah tiada masa ke nak update blog? Sebenarnya, saya tengah baik hati ini. Saya mahu ajar awak tentang radio. Radio online ada pada blog anda. Hebat bukan ? Kadang-kadang itu, kalau awak view mana-mana blog, tiba-tiba terdengar suara DJ kan ? haaa. hendak buat macam itu ? Mudah saja .. Saya sediakan 5 jenis stesen radio yang berbeza. Awak copy kod dia, dan pastekan di   HTML/Java script   anda tau !


  <embed allownetworking="internal" allowscriptaccess="never" autostart="true" enablecontextmenu="false" enablejavascript="false" height="63" loop="false" name="RAOCXplayer" pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/Downloads/Contents/Products/MediaPlayer/" showstatusbar="1" src="http://cast2.serverhostingcenter.com/tunein.php/oalhadda/playlist.asx" type="video/x-ms-asf" width="100%"></embed>  

   <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,0,0" height="63" width="100%"> <param value="" name="movie">
<param value="high" name="quality">
<param value="#000000" name="bgcolor">
<embed height="63" width="280" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000000" quality="high" src="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/era.swf"></object>  

    <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,0,0" height="63" width="100%">
    <param value="" name="movie">
    <param value="high" name="quality">
    <param value="#000000" name="bgcolor">
    <embed height="63" width="280" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000000" quality="high" src="http://ads.sinar.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/sinar.swf"></object>  

   <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,0,0" height="63" width="100%"> <param value="" name="movie">
    <param value="high" name="quality">
    <param value="#000000" name="bgcolor">
    <embed height="63" width="280" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000000" quality="high" src="http://ads.sinar.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/sinar.swf"></object>  

   <embed allownetworking="internal" allowscriptaccess="never" autostart="true" enablecontextmenu="false" enablejavascript="false" height="63" loop="false" name="RAOCXplayer" pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/Downloads/Contents/Products/MediaPlayer/" showstatusbar="1" src="http://s4.myradiostream.com/19438.asx" type="video/x-ms-asf" width="100%"></embed>  



Bagi radio yang tidak terdapat dalam senarai ini anda boleh lah cari sendiri.. hehehe .. ;)

Wednesday, June 08, 2011

kenapa perlukan alasan ?

[ klik pada gambar untuk gambar yang besar ]

[ klik pada gambar untuk gambar yang besar ]

hmmm, pada jam lebih kurang pukul 4.45 petang tadi, agaknyalah ,, sebab saya tak ingat .. saya ada mencadangkan kepada kawan saya tentang update terbaru pada blog ini.. iaitu ISLAM ITU HINA (entri sebelum entri ini), kawan saya pun baca. Apabila usai membaca, beliau mencadangkan kepada saya untuk memberikan tazkirah kepada pelajar-pelajar. Tazkirah bermaksud peringatan. Sekolah saya mengadakan aktiviti surau, iaitu pada waktu selepas maghrib sehingga selepas isyak. Pelbagai aktiviti boleh diadakan, dan antaranya ialah tazkirah, kawan meminta saya berkongsi maklumat tentang apa yang telah saya tuliskan pada blog saya ini. Saya tertarik dengan kata-kata yang sahabat saya berikan iaitu "kata-kata lebih kuat daripada tulisan", dan "kata-kata seperti azan, perlu sentiasa diulang", sungguh mendalam maksudnya itu.

Apabila difikirkan, manusia memang cepat lupa. buktinya.. "AL-INSAN(manusia) berasal daripada perkataan AL-NISSIAN(lupa)" kalau anda tak percaya, cuba rujuk kepada yang lebih ilmunya. Saya dapat imu ini daripada pengalaman saya belajar Bahasa Arab daripada sekolah rendah sampailah sekarang. Alhamdulillah. *Berbalik kepada tajuk, ketika itu, saya banyak berikan alasan untuk mengelak daripada memberikan tazkirah. Sebenarnya bukan tadi sahaja, tetapi sebelum-sebelum ini pun saya pernah mengelak daripada memberikan tazkirah. Saya mengelak bukan sebab kedekut ilmu, tetapi cuma rasa diri ini tidak layak untuk memberikan peringatan kepada sesama hamba.

Persoalannya, perlukah saya mengelak? Sedangkan kawan saya mengajak saya kepada kebaikan, memberikan peringatan dan berkongsi ilmu kepada semua. Hanya memberikan tazkirah, masih memerlukan masa yang lama? Logikkah? Saya ada meminta seorang akak *panggilan akak bertujuan bagi menghormati dirinya yang lebih tua daripada saya, dan bukannya sebagai akak angkat. beliau memberikan pendapat, hendak bercakap memang mudah, tetapi, hendak menghadapinya memang susah. Itulah hakikatnya. Saya pun akuinya sebab pengalaman saya memberikan sedikit pengumuman, memang mengigilkan. Agak bergetar suara saya ketika mula-mula memegang mikrofon surau. 

Ada sebab lain mengapa saya berikan pelbagai alasan untuk mengelak, tetapi itu alasan peribadi, maafkan saya sebab tidak dapat berkingsi bersama. Maafkan saya. Saya sedang mencuba untuk memberanikan diri saya untuk berhadapan dengan hamba-hamba yang lain. والله اعلم بالصواب

" YA ALLAH, KAU BUKAKANLAH PINTU HATIKU INI..AGAR AKU BERANI DAN BERSEDIA UNTUK BERKONGSI SEGALA ILMU YANG DIPINJAMKAN OLEH ENGKAU KEPADA AKU UNTUK SEMUA HAMBA-HAMBAMU YANG MASIH HIDUP DI MUKA BUMI INI, YA ALLAH.".
Amin :')

Tuesday, June 07, 2011

kita semua pandai meniru ?

assalamualaikum kalian ;)

- badan lain, kepala lain =.="'-

haaaa,, kenapa ? Tajuk entri pada hari menghairankan anda ?? Janganlah pelik, kerana inilah norma kehidupan seharian kita, kita tidak pernah terlepas daripada meniru. Betul bukan ? Kenapa ? Anda tidak menafikan kata-kata saya ini ?? Baiklah, mari saya buktikan kepada anda. Sewaktu kita kecil, siapakah orang pertama yang kita tiru perbuatannya ?? Mestilah ibu bapa kita bukan ? haaa.. jadi betullah kata-kata saya tadi.

Bukti kedua. Kalau anda keluar jalan-jalan dengan rakan-rakan anda, fesyen apakah yang anda gayakan sewaktu itu ? Fesyen barat ataupun fesyan timur ?? 90% fesyen barat, selebihnya fesyen timur. Sejujurnya, saya jarang lihat ada insan yang pergi ke pusat bandar dengan berjubah dan berserban, berjubah dengan berpurdah. ada itu memanglah ada, tapi dalam jumlah begitu sedikit ! boleh dikira dengan jari. Kepada yang pernah buat, tahniah saya ucapan, sejujurnya, saya belum pernah lagi memakai pakaian itu sewaktu dipusat bandar. hmmm, bilakah saya dapat membuatnya ? Kita nih orang timur, tamadun kita sangat berbeza dengan tamadun orang barat. Tamadun mereka begitu bebas tanpa mengira hukum-hakam, kita pula hidup beragama. Pergaulan bebas, cumbuan dikhalayak ramai,itu bukan tamadun kita. Kalau kita buat, maknanya kita tidak bertamadun ..

kalau kita meniru untuk kehidupan yang lebih baik itu tidak mengapa, kerana kita mesti memajukan diri kita. Firman Allah S.W.T: "Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri". Anjakan paradigma ataupun proses tranformasi itu penting dalam kehidupan kita, kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Kita tiru perbuatan alim ulama', kita tiru perbuatan orang yang baik akhlahnya, itulah sebaiknya. Kita semua pandai meniru.

Kenapa perlu kita tiru budaya dan peradaban orang Barat yang telah banyak merosakkan pemikiran kita, yang telah meracuni pemikiran kita ? Saya akui, saya juga pernah meniru budaya Barat, tetapi, setelah mendapat teguran daripada ustaz saya, saya terus tinggalkan budaya itu, kalian tidak perlulah tahu apakah budaya Barat yang telah saya tiru sampai merosakkan hati saya pada ketika itu. Saya teringat kata-kata ustaz saya, "Akal adalah pengikat diri kita, yang menghalang diri kita daripada terkeluar daripada landasan. Apabila kita terkeluar daripada landasan, bermakna kita tiada akal, sama seperti monyet ataupun dalam bahasa mantik 'AS-FALA SAFILIN' iaitu tingkat manusia yang lebih teruk daripada binatang".

bila kita lihat kata-kata pujangga diatas, "LIVE RIGHT NOW JUST BE YOURSELF IT DOESN'T MATTER IF ITS GOOD ENOUGH FOR SOMEONE ELSE", ada benarnya, jadilah diri sendiri, kalu itu yang terbaik untuk orang lain.. sama-samalah kita renungkan.

Saturday, June 04, 2011

Biodata Pengenalan IBLIS

assalamualaikum semua ;)

haaaa ,, pada malam ini,, saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak biodata Iblis Laknatullah,, 'Azâzîl (bahasa arab) عزازل, Inggeris: Azazel, Izazil) ,,, kalau nak perisian yang lebih terperinci.. klik > SINI <  mari kita baca sama-sama...



Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan pleh Allah
Status diri: Fasiq kelas pertama(first class)
Agama: Kafir
Tempat lepak: Di hati manusia yang lalai
Kawasan jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan: Bengkang-bengkok
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Wanita pilihan: Setiap wanita yang membuka aurat
Hobi/Kesukaan: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX






STATUS PERNIAGAAN

Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat-umat Islam
Moto kerja: :HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Uniform kerja: Segala warna(seperti sesumpah)
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor yang menjijikkan
Jawatan: Bapok segala General Manager
Gaji: Dosa

sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di NERAKA", riwayat At-Tarmizi

tutorial: SCM Music Player

assalamualaikum readers ;)

bila awak buka blog saya,, awak mesti nampak playlist yang ada kat bawah blog saya kan ?? alaaaa,, yang macam dalam gambar kat atas nih ,,, ramai yang tanya,, macam mana nak buat SCM Music Player nih ,, bila dah ada yang tanya,, saya pun ajarlah ...

1) awak perlu bukak lawan webnya dulu,, nih lawab web nye ,, http://scmplayer.net/ 

2) bila dah klik,, nanti akan keluar seperti gambar dibawah ..


3) awak klik kat tempat yang saya dah bulatkan dengan bulatan merah(choose skin) tuh .. haaa ,, kat bahagian nih ,, awak kena pilih custom music player awak ,, awak pilhlah mengikut kesukaan awak ,, tiada paksaan pun ,, klik kat kotak merah tuh ,, untuk pilih custom yang di inginkan ...


4) bila dah pilih,, awak klik pula bulatan merah(edit playlist) seperti dalam gambar di atas ,, kemudian,, awak akan nampak kotak merah tuh ,, haaa .. awak kena letak url video lagu daripada youtube ,,kat bawah kotak merah tuh ...kalau nak buang url yang tak nak ,, awak klik bujuran merah ,,, tapi, kat mane nak dapatkan url lagu youtube ea ?? haaa ,, kacang jea ,, tengok gambar kat bawah nih ....


yang saya bujurkan dengan warna hujau tuh laa url video lagu daripada youtube,, kat bahagian adress tuh ,, haha .. copy jelaaa .. then paste kat kotak tadi ...

5) bila dah letak url video lagu kat kotak tadi ,, awak klik lak bulatan unggu(configure settings)  macam yang kat gambar bawah nih ..


yang dalam bulatan merah tuh,, kan 'autoplay' .. awak klik yes .. kalau nak music player awak tuh terus dimainkan secara automatik,, kalau tak nak,, klik 'no' ...yang dalam bulatan biru tuh,, tinggi volume music player anda .. pilih lah sesuka hati awak ... yang dalam bulatan hijau pulaa .. awak akan nampak posisi mana music player tuh awak nak letakkan .. awak pilih 'botttom',, kalau nak posisi paling bawah .. pilih 'top' untuk posisi paling atas ,, bila dah siap pilih ... awak klik bulatan coklat ..

6)bila dah klik bulatan coklat tadi .. akan keluar seperti gambar di bawah ...


haaa ,, awak copy jea kod yang telah diberikan ,, seperti anak panah dalam gambar diatas .. kemudian, paste kan dekat 'HTML/Java Script' ... 

ganbatte !!

tutorial: buat cursor sendiri

kalau awak perasan laaa .. cursor(anak panah mouse) saya tuh ,, lain daripada yang lain kan ... tak macam yang biasa.. sebab saya buat sendiri cursor tuh .. nak belajar ?? boleh aje ....


<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://i674.photobucket.com/albums/vv101/hazim_94/cursor-1.png), progress;}</style>

*yang warna merah dalam kod di atas  perlu di ubah dengan mengantikan url gambar yang awak nak jadikan sebagai cursor di blog awak ...


nampak kod kat atas nih ? saya kasi BESAR punya !! hehe, copy kat atas nih .. dan paste kat .. HTML/Java Script .... lepas tuh ... save ...



semoga berjaya !!

tutorial: shadow effect pada post entri

assalamualaikum awak ;)


cuba perhatikan gambar diatas.. tengok betul-betul.. tulisan kat gambar tuh ada shadow effect kan ?? kalau tak nak .. klik gambar tuh,, kasi besar punya .... haaaaa ,, awak nak tak tutor nih ?? tutor nih namanya ... 'shadow effect pada post entri' ,, nak ke tak nak .. bukan nya saya tahu ,, yang penting saya nak ajar jugaaa .. uweekkkk ,, haha !


1. Dashboard --> Design --> Edit Html --> tick

2. tekan ctrl + F untuk cari kod kat bawah nih ...
      .post {  

3. Copy kod di bawah ini , dan paste di BAWAH kod .post {ni...
       text-shadow: 3px 3px 3px #000000;    

*kemudian . kalau awak nak kod warna yang gerek-gerek ... klik  > SINI <

preview dulu,, bila dah puas hati,, klik save ...

good luck for this tutor ea ??

teka tarikh lahir orang ?

assalamualaikum pembaca ;)

haaaa,, saya tahu.. ramai yang suka akan silap mata.. betul bukan ?? apa kata hari ini kita belajar buat silap mata tentang 'teka tarikh lahir orang' ? Jangan risau, silap mata ini bukanlah suatu perkara yang akan membazirkan masa anda, tapi,, dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda serta memantapkan lagi ilmu matematik anda kerana silap mata ini berbentuk ilmiah(knowledge version)
mari kita mulakan ... kita jumpa lah kepada orang yang kita nak wat silap mata ini .. bila dah jumpa ... kita suruh dia tuliskan tarikh lahir dia dan kirakan mengikut operasi matematik dibawah ini,, untuk mengelakkan dia tidak percaya dengan silap mata ini .. kita hanya perlu berikan operasi matematik dibawah ini kepadanya dan kita biarkan dia lakukannya sendiri,, kita jangan lihat pun tarikh lahir dia dan operasi matematik yang dia lakukan.. kita cuma perlu berikan dia operasi matematik di bawah ini,, dan suruh dia ikut operasi matematik ini.. sampai habis,,


proses-prosesnya:
1) bulan kelahiran didarabkan dengan lima
2) tambahkan tujuh
3) darabkan pula dengan empat
4) tambahkan tiga belas
5) darabkan pula dengan lima
6) tambahkan sebanyak bilangan hari iaitu haribulan kelahiran

contoh:

katakan tarikh lahir dia ialah pada 26hb Julai(bulan 7)

proses-prosesnya:
1) 7 x 5 = 35
2) 35 + 7 = 42
3) 42 x 4 = 168
4) 168 + 13 = 181
5) 181 x 5 = 905
6) 905 + 26(haribulan kelahiran dia) = 931

************************
Apabila dia sudah siap mengira mengikut langkah diatas tadi,, kita minta dia maklumkan kat kita jumlah terakhir dia dapat ... bila dia dah maklumkan kat kita jumlah terakhir yang dia dapat tadi, kita terus tolakkan jumlah terakhir tadi dengan 205(nombor rahsia).... *segala jumlah terakhir yang akan kita dapat daripada orang yang kita buatkan silap mata tuu,, kita tolakkan dengan 205,, jangan tanya kenapa,, ikut sahaja ~*  dan kita akan dapat hasilnya,  kita maklumkan kat dia.. tarikh lahir yang kita dapat, dan kita dapatkan pengesahan daripada dia, kalau dia kata "betul" bermakna anda berjaya, kalau dia kata "salah",, bermakna anda kena cuba lagi ...

contoh:

931(jumlah terakhir dia) - 205 = 726

7          26
bulan     hari

jadi, dia dilahirkan pada 26hb Julai

======================

p/s*anda boleh mengunakan silap mata ini kepada sesiapa sahaja yang masih hidup didunia ini...ibubapa, keluarga, adik-beradik, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan sebagainya...

sila berikan komen anda dibawah post ini,, dan jangan lupa 'like' ea ? hehe ...

Friday, June 03, 2011

pesanan akak

assalamualaikum ;)

apa khabar blogger ? hari ini 1 Rejab ... dapat pahala tau kalau puasa sunat .. kerana bulan Rejab adalah bulahn Allah s.a.t, entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan bicara hati .. ataupun lebih kepada teguran ikhlas daripa seorang akak kepada seorang adik .. ini adalah kisah benar yang telah berlaku kepada seorang hamba Allah ...



semasa adik sedang menunggu proses video yang dimuat turun olehnya di Youtube selesai yang memakan masa 2 jam lamanya .. si akak pun memanggilnya diruang tamu rumah ... si akak memanggil si adik kerana ingin berbual-bual dengan adiknya kerana telah lama si akak tidak bertemu dengan adiknya,, al-maklumlah, adiknya ialah pelajar asrama penuh, jadi masa yang ada untuk diluangkan bersama amatlah terhad ! jadi si akak mencuri masa yang ada ini untuk berbual-bual dengan adiknya ...

****************************

akak: assalamualaikum adik ,, adik apa khabar ? sehat ?? tadi sampai basten pukul berapa ??

adik: wa'alaikumsalam kak,, alhamdulillah, adik sehat ,, tadi sampai basten ada laaa dalam pukul 5.15 petang tadi ...

akak: haaaa,, cuti ni adik nak wat apa jea ??

adik: cuti ni ?? tak tahu laa kak ,,,

akak:  apa lah adik nih ..

adik: hehehe .. em, ni ada apa panggil adik nih ?? 

akak: saje je nak ajak berbual..da lama tak berbual dengan adik,, rindu tau !

adik: haaaaa,, tue jea ?? boleh ...

akak: adik,, straight to the point je lah ea ?? adik masih lagi dengan dak perempuan tuh ke ??

adik: hah ?? hmmm,, sejujurnya.... dah tak dah ,, dia yang mintak clash ... hmmm.... kenape ?

akak: hmmm,, akak bukan apa...akak sebenarnya tak berapa gemar laa cara adik nih ,, bercinta semasa belajar nih.. akak takut adik akak nih tak dapat nak fokus dalam pelajaran, akak tak nak adik akak nih banyak berangan.... ingat dik ,, adik anak bongsu, adik juga anak lelaki,, tanggungjawab adik besar .. kalau ayah dah tak ada nanti..adik yang kena pimpin keluarga kita nih... adik, best ke bila perasaan kita di permainkan ?? ataupun kita permainkan perasaan orang lain ?? mesti tak best kan ?? cuba adik bayangkan ,,, orang perempuan,mainkan perasaan adik ? pe yang adik rasa ??

adik: hmmmm, mestilah sakit hati adik ,, yelahh ,,mane tak nye ,, kita sayangkan dia sangat-sangat,, tapi tiba-tiba jea dia permainkan perasaan kita,,siapa yang tak panas ??

akak: haaa,, tahu pun ,, sejujurnya, akak memang takpernah ada pengalaman dalam alam percintaan nie,, sebab bagi akak cinta lepas kahwin lagi best ! hmmm,, adik sendiri tahu kan yang adik tu pandai tapi pemalas ..cikgu adik sendiri yang cakap dekat adik,ibu dengan akak mase hari terbuka tuh kan ?? jadi,,akak tak nak lah adik nih leka ... akak ada kawan,,dulu dia memang top student kat sekolah dia, tapi sejak dia kecundang dalam alam percintaan, dia terus down,, pelajaran dia terus-terusan merosot ! , dan dia telah berhenti sekolah sebab mengandung,, akak pun pada mula tak percaya dengan berita nih ,, tapi,,, inilah hakikat,, adik nak jadi macam tuh kea ?? adik,, akak tengok, adik dah lain, tak macam dulu,, kalau dulu.. keputusan adik, meningkat .. tapi lately nih .. adik drop ... keputusan pun tak memuaskan ...

adik: hmmmm, entah lah,, adik pun tak tahu kenapa dengan adik nih...tapi,, sejak dapat keputusan yang kurang memberangsangkan ,, adik tekad.. adik tutp pintu hati adik untuk sementara waktu,, sebab adik nak fokus untuk SPM,, adik nak wat ibu dan ayah gembira dengan keputusan adik ,,dan adik pegang janji adik pada ayah,, hehe ,,aka tak boleh tahu janji apa ? sebab itu urusan lelaki .. hehe ,, yang penting.. janji itu penting untuk kehidupan adik,,

akak: issshhhh,, baru nak korek janji apa,, tapi tak kesah arr,, yang penting akak nak adik fokus dalam pelajaran.. kejar cita-cita adik dulu,, adik nak jadi akitek kan ? jadi,, you must aim your target with high quality bullet gun! dah,, pergilah sambong main laptop tuh .. saaaaaaayyyyyaaaaannnggg adik !

adik: trimas kak ! sayang akak juga ....

- Pn. Nur Hamizah Binti Ahmad -
- akak -

Thursday, June 02, 2011

Facebook: cabang maksiat atau cabang dakwah ??


facebook .. seluruh dunia tahu apa itu facebook.. bahkan kanak-kanak juga mengetahui tentang kemajuannya.. Terlebih saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan tahniah kepada Mark Zuckerberg kerana telah berjaya mencipta satu laman sesasawang sosial yang kini telah menjadi laman sesawang sosial pertama dunia .. tetapi ..facebook ini juga mempunya pro dan kontra nya yang tersendiri ,, maksudnya ,, facebook ini mempunyai kebaikan dan keburukkan ..

saya tertarik dengan perbahasan berbentuk Pemikiran Sarjana Muda oleh salah seorang pelajar tingkatan 4 yang bernama Hafizudin a.k.a Chika, beliau memberikan perbahasan yang lebih kepada pendapat umum mengenai "Facebook, pintu dakwah ataupun pintu maksiat" semasaaktivit surau antara maghrib dan isyak ...saya berkata dalam hati, "pandai juga mamat nih tarik perhatian semua termasuk aku dengan menggunakan isu-isu terkini", haaa ... dalam perbahasan itu, ramai juga lah pelajar-pelajar yang berikan pendapat masing-masing,, ada yang kata facebook lebih kepada maksiat, ada juga yang kata facebook lebih kepada dakwah .. haaa ,, tak mengapalah .. masing-masing bebas berikan pendapat masing-masing ..

bercerita tentang keburukan facebook, saya teringat akan perbahasan yang dibawakan oleh saudara tingkatan 4(rafiuddin), ahli panel kedua team forum SMAKJ, semasa ihtifal ilmi ke 12 yang lalu ..antara yang saya ingat .. "ada dalam kalangan remaja yang menjadikan facebook sebagai sarapan pagi mereka,, celik mata je, terus online facebook" , "ada dalam kalangan remaja yang bangga gambar mereka dengan auratnya terdedah dimasukkan ke dalam facebook" , "ada dalam kalangan remaja yang bangga gambar mereka berpelukkan dengan insan yang ajnabi dan bukan mahram mereka".. bila difikirkan .. keburukannya seperti lebih banyak berbanding kebaikkannya .. 

tetapi, mari kita cuba fikirkan kebaikannya pula.. facebook dicipta untuk merapatkan insan dengan inan yang lain tanpa mengira jarak dan sempadan,,, ada juga pihak yang menggunakan facebook sebagai pusat dakwah seperti http://www.iluvislam.com/ .. Solusi,, dan sebagainya..pihak-pihak ini menyebarkan seberapa banyak maklumat islamik yang berguna kepada seluruh umat ,, ada juga diantara blogger yang menggunakan facebook sebagai medium perantaraan untuk menyebarkan dakwah yang ada pada blog mereka ,, dan sebagainya ...




ironinya, kita dapat lihat bahawa facebook mempunyai banyak kebaikkan dan keburukkannya yang tersendiri ,, semuanya bergantung kepada kita,, hal ini kerana sabda Rasulullah s.a.w:

"انما الأعمال بالنية"

kitalah yang menjadikan facebook itu sebagai cabang maksiat ataupun cabang dakwah...sama-samalah kita fikirkan ... والله اعلم بالصواب ~

Wednesday, June 01, 2011

adi putra ??


haaa .. kenapa tajuk entri saya pada malam ini .. bertajuk "adi putra" ?? haa ,, jangan terkejut kalau saya beritahu bahawa Adi Putra b. Abd Ghani ini telah menjejakkan kakinya di SMAKJ pada 14/05/2011 yang lalu bersama hari Sabtu(hari outing) haha ,, nasib baik dia ada sampai waktu tengahari saje ,, kalau sampai ke petang ? tak tahu laa nak cakap apa ..

- ini lah Adi Putra b. Abd Ghani -

apa yang menyebabkan saya kagum dengan budak ini ialah beliau punya kemahiran mengira dan mencongak dalam masa yang singkat ,, pada mulanya saya seakan tak percaya ,, tapi bila dah depan mata kepala saya sendiri barulah saya percaya, seawal umur 3 tahun, beliau sudah mempunyai visi dan misi hidup, seawal umur 12 tahun, beliau telah menjelajah seluruh dunia, banyak formula asli daripadanya telah diterima pakai oleh seluruh dunia dan ada sesetengah pihak sanggup membeli formulanya dengan jutaan ringgit ,,

formula-formula yang beliau hasilkan adalah melalui ilham ataupun melalui mimpi beliau dan yang akan merekodkan setiap formula beliau ialah bapa beliau sendiri,, apa yang saya tahu, budak ini menyukai dua perkara iaitu, kompang dan seni khat ,, oleh itu, cikgu telah meminta saya mengahasilkan 1 khat khas untuk beliau ,, haaa .. gambarnya akan saya tunjukkan di akhir entri ini ..





walaupun beliau baru berumur 12 tahun, namun ,, pemikiran beliau matang ,, alaaa.. biasalah.. selalu bergaul dengan orang dewasa, secara tak langsung, pemikiran juga akan menjadi lebih matang ,, uniknya, beliau boleh berikan pendapat dan penyelesaian yang memberangsangkan kepada golongan dewasa .. memang hebat ..

beliau banyak memberikan kami contoh-contoh jalan penyelesaian matematik dengan menggunakan formula ciptaannya,, dan kebainyakan formulanya berkesan , alaaa tak heran arr .. kata profesor matematik.. tak heran arrr ... kalau kalian nak tahu, beliau menjadi guru kepada anak YDPA kita, dan gaji beliau ialah RM6 000 untuk setiap 2 jam ,, pergghhhh ! kalah gaji orang pentadbiran kerajaan .. haha ! dan yang terbaru, sultan Brunai ingin menjadikan beliau sebagai anak angkatnya .. fuiiiyyyoooo,, masyuk bebbbb !

- Adi bersama pengetua -

pada pengakhiran majlis ,, beliau menunjukkan 1 lagi kebolehannya,, beliau hanya mengambil masa 30 saat sahaja untuk menghafal 100 nombor yang berlainan, dalam masa 30 saat itu, saya hanya mampu menhafal 20 nombor sahaja =.="" .. hmm ,, kemudian, beliau menyebutnya, tanpa memandang belakang, dan siap sebutkan dalam keadaan inverse ue,
sebagai penutup, pihak sekolah menyampaikan cenderahati berbentuk plak dan khat kepada beliau,, haaa.. khat yang saya hasilkan untuk beliau ue ,, ramai yang cakap khat tuh cantik ,, saya pun rasa puas bila tengok hasilnya,, walaupun dihasilkan dalam keadaan segera,, tapi hasilnya begitu memuaskan ..

- saya bergambar dengan Adi -

special guest :)