Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Alhamdulillah, I pass !

Assalamualaikum,

Semalam 23/08/2013, ada ujian JPJ setelah tamat sesi latihan memandu selama 9hari bersamaan 1jam sehari. Sejujurnya saya langsung tak pernah memandu kereta-kereta yang ada kat depan rumah tu, walaupun semuanya gear auto -.-

Ingatkan susah sangat ujian nya, rupanya.. indah khabar dari rupa, takde lah susah seperti yang disangkakan ^.^v

#post ini bukan nak mengajar memandu, tapi cuma nak kongsi pengalaman masa ujian sahaja, tentang memandu tu boleh belajar daripada tenaga pengajar ^^
Mulanya dikumpulkan dikaunter pendaftaran, serahkan lesen L kita di kaunter dan akan diberi giliran. Saya dapat no 10 dan merupakan lelaki terakhir -.- daripada no 1 ~ 10 semua lelaki, 11 ke atas dah lain jantina. Kemudian, saya dan yang lain-lain dibawa ke tempat ujian dengan menaiki viva yang disediakan, kami dikumpulkan di pondok berdekatan bukit kerana ujian akan bermula disitu seterus parking dan terakhir untuk ujian dalam litar iaitu 3 penjuru.

Bukit.
Bukit nilah yang paling ditakuti ramai, bukan ape, takut kebelakang keretanya.. Pada aku, tak susah pun kalau kita buat semuanya dalam keadaan tenang. mudah je, masa nak naik bukit, jangan tekan minyak sangat, kasi naik sampai 2 atau 2.5 je. bukan ape, kalau laju sangat takut tak sempat nak brek masa atas tayar depan atas lain kuning tu. Keadaan tayar yang terbaik ialah seperti yang tertera digambar di atas, kenapa? kerana andai kata kereta terundur ke belakang, selagi tayar depan tak terkeluar dari petak kuning, kita belum dikira batal, dan masih ada masa untuk tarik balik handbrek. Alhamdulillah, saya lepas ujian ini dengan jayanya. ^.^v

Parking.
Selepas menuruni bukit, akan disusuli pula dengan ujian parking, masa ni memang rileks jelaa sebab tak susah pun, cuma kena pandai agak lah masa nak undurkan kereta tuh. Ujian nih pun kacang jea ^.^v

3 Penjuru.
Masa sesi latihan bersama cikgu saya, puas saya kena marah sebab lambat sangat pusing stereng dan pandu laju -.- tapi alhamdulillah masa ujian semalam, pandu memang perlahan dan tangan memang ligat la nak pusing stereng tu =.= kalu lambat memang cium tiang laa jawabnya. Berlaku sedikit kesukaran ketika itu dimana saya terlebih serong ke kanan, jadi masa nak undur tu tak boleh pusing stereng arah kiri sampai habis, sebab takut sisi kereta langgar tiang kanan, jadinya pandu sambil kawal stereng agak-agak dah nak kene tu terus tegakkan stereng bila dah lepas terus pusing stereng balik arah kiri sampai habis kemudian brek ! hahaha. tengok belakang, sikit lagi tayar belakang nak jejak garisan putih -.- kemudian pusing habis arah kanan tukar gear 1 gerak macam biasa. Alhamdulillah ujian litar lepas dengan jaya nya ^.^v

Jalan Raya.
Ujian terakhir ini pun lepas sebenarnya ^.^ mulanya dia ada tentukan ikut jalan mana, kalu kat tempat saya ada 2 jalan A dan B, giliran saya diberi jalan A, tapi bila dah masuk kereta, uncle JPJ tu cakap "kita buat jalan dekat dan mudah" Ohh my, senyum sampai ke telinga saya masa tuh. hahaha! Pandu jela ikut arah dia, sampai dia kata "buka signal kanan", dalam hati "aik ?? bia betik, dekat beno ni -.-" kemudian uncle tu cakap "oke, awak da masuk lorong ni, sekarang pandai-pandai awak lah nak kuar balik macam mana, nak U-turn ke..nak 3 penjuru ke.. yang penting dapat keluar semula". wahhhh! hahaha. kalu nak U-turn memang tak sempat dah, jadi buat laa 3 Penjuru. dan lepas ~ huhu. tengok markah dapat 17/20 =.= kesalahan 1. lambat bukak signal, 2. lambat tuka gear, 3. lambat tekan brek. mak aihh, semuanya lambat, takpela, yang penting LULUS alhamdulillah ^^

**apa yang saya lihat, tenaga pengajar lebih risau berbanding pelajar itu sendiri, mungkin lulus/kandas seseorang pelajar dibawah latihannya itu mempengaruhi kredibiliti dan prestasi tenaga pengajar itu sendiri. Mungkin kalu jatuh, mungkin permit kene tarik kot. MUNGKIN laa.. ini andaian saya saje. Don't take so serious ;)**

Nota Hati: Saya seorang yang 'zero' tak tahu apa-apa tentang memandu, dan kini telah lepas segala ujian itu dengan jayanya, sepanjang ujian, saya tenangkan fikiran saya dan biar kosong tak fikir apa-apa yang negatif kerana saya teringat akan pesanan ustaz saya "ketenangan adalah kemenangan pertama" ^.^v

Thursday, August 22, 2013

Natijahnya ?

Assalamualaikum,

bila dikenang kisah lalu, teringat aku pada zaman sekolah menangah, di mana pada ketika itu aku sangat sangat meminati lukisan kejuruteraan dan berhajat untuk mempelajarinya ketika di alam tingkatan 4 dan 5, tetapi malangnya bila mana dimaklumkan bahawa cikgu yang ingin mengajari aku ilmu tersebut telah dinaikkan pangkat dan berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.

Namun, dengan berbekalkan keputusan PMR yang 'sangat baik' itu, aku melanjutkan pembelajaran aku dalam aliran Sains Agama, dan berazam untuk meneruskan bidang Kejuruteraan ataupun Architecture di alam universiti.
2 tahun perjuangan dalam dunia Sains Agama, menyedarkan aku yang aku sebenarnya bukan lah budak sains yang sebenar. hahaha! sebab aku tak pernah dapat A pun dalam mana-mana subjek sains, tapi sebalik pada subjek-subjek yang lain, tapi takpelah, benda dah jadi.. maju kedepan jelah, tak perlu nak toleh-toleh belakang lagi. Ketika peperiksaan Percubaan SPM dan juga peperiksaan SPM, kononnya nak pulun habis-habisan, tapi haqiqatan, usahanya cuma biasa-biasa saje. Bila usaha biasa-biasa saje, maka dapat keputusannya pun biasa-biasa jelah ~
Bila datang balik sekolah untuk amik keputusan SPM, hati kosong masa tu, tak rasa sedih, tak rasa gembira. Bila tunjuk slip tu kat ayah, ayah siap peluk lagi, tapi aku? Macam takde reaksi =.= seterusnya aku mohon UPU, isi lah 8 ipta pilihan hati. 3 daripadanya ialah kos Architecture, 2 daripadanya ialah kos Engineering, 2 daripadanya Undang-undang, 1 daripadanya Syariah. Nampak kan punya lah bersemangat nak amik bidang Architecture dengan Engineering. either 1 lah.. tapi.. Natijahnya, 1 hape pun takdapat! Senang citer tak layak laa. Mohon Matrikulasi ? pun sama tak dapat gak sebab Kimia dapat D >,< Mohon lah jugak IPG KPLSPM, konon-konon nya nak jadi cikgu, tapi hampeh tak dapat dan bila dapat tau, yang pihak IPG mengutamakan pelajar lulusan diploma pendidikan dahulu, dan hanya beberapa sahaja yang ambil pelajar SPM, itu pun ikut rezeki masing-masing.

Dan akhirnye aku buat lah rayuan, dengan hanya dibenarkan mengisi 2 pilihan kos sahaja. Waktu itu memang dah putus asa dah, isi jelah 1. Asasi Undang-undang UIAM, 2. Tamhidi Syariah dan Undang-undang USIM, entah kenapa tiba-tiba tergerak nak bubuh dua tuu. Sambil menunggu keputusan rayuan, aku masuk lah Form 6 di SMKA Segamat, selama 5 minggu disana sebelum USIM memanggil :D 5 minggu pun dah cukup bermakna dah pada aku ^^
Dan sekarang, aku meneruskan pengajian aku di USIM dan alhamdulillah walaupun 2nd In-Take tapi pengalaman Tamhidi mengajar aku erti usaha dan bersungguh-sungguh untuk berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar yang jaoh lebih hebat dari aku. Baru-baru ini, keputusan kelayakan ijazah sarjana muda telah diumumkan dan aku sangat gembira dengan keputusan itu kerana aku dapat apa yang idam-idamkan! Alhamdulillah ^^v
Nota-Hati: siapa sangka, daripada dulu yang ingin sangat nak jadi jurutera/arkitek kini berubah haluan menjadi seorang peguam/hakim insyaallah. Jangan lupa, bukan kita sorang sahaja yang merancang masa depan kita, tetapi Allah juga merancang yang terbaik untuk kita, "wallahu khoirul maakirin" :D

Sunday, April 28, 2013

Realiti atau Fantasi?

Assalamualaikum,

Cuba kita perhatikan gambar ini..





Bila berdua naik keldai, sebuk duk kata menzalimi keldai tersebut, padahal keldai mampu untuk menanggung berat barang yang banyak. Zaman dahulu, para ilmuan Islam menggunakan keldai  untuk membawa kitab-kitab untuk pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menuntut ilmu~~

Bila si lelaki duduk atas keldai manakala si perempuan pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki itu tak betimbang rasa terhadap perempuan tersebut. Padahal kita tak tahu yang mungkin lelaki itu ada penyakit di kakinya menyebabkan dia tak boleh nak berjalan~~

Bila si perempuan duduk atas keldai sorang-sorang manakala si lelaki pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki tu tak sayangkan isterinya dengan hanya membiarkan isteri sorang-sorang atas keldai. Padahal perempuan memang fitrahnye lemah dari segi fizikal dan stamina, biarlah perempuan yang menaiki keldai, kerana lelaki kuat dari segi fizikal dan stamina~~

Bila dua-dua tak nak duduk atas keldai, sebuk duk kata yang mereka tak reti nak manfaatkan keldai dengan sebaiknya. Padahal, kita tak tahu yang mungkin keldai itu mempunyai penyakit yang menyebabkan keldai tersebut tak mampu nak menampung beban yang berat dan mampu menampung berat badannya sendiri~~

Semua dan segala apa yang kita buat, akan diperhatikan dan akan menjadi bahan bualan orang. Lagi-lagi suatu perbuatan yang dilakukan oleh seorang yang public figure dan diragui oleh orang lain, kejap saje jadi gossip dan mula laa masuk Melodi laa, Jangan Tidur Lagi laa, Mangga laa dan banyak lagi ~~

Gambar yang ringkas, tapi jelas menceritakan perihal kita. Realiti kah ? atau hanya sekadar Fantasi ? Jawablah sendiri ~~


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." 
(Sahih Muslim)
Nota Hati: Masyarakat sekeliling adalah 'extraordinary observer' dan juga 'outstanding criticism', biar laa mereka nak kata apa, jika benar.. kita ambil kira, jika palsu... kita tolak. Akal dicipta untuk digunakan dan dimanfaatkan bukannya untuk dimanipulasikan~

Penulis:
Hazim

Sunday, January 27, 2013

pelajar universiti pencetus provokasi ??

Assalamualaikum.

Tajuk dah macam nak berpolitik kan ? Jangan risau, saya tak berpihak pada mana-mana parti pun, Bendera Hijau atau Bendera Biru ? saya di tengah-tengah. Saya belum nampak lagi, mana yang saya patut pilih sebagai pemimpin untuk negara saya ini pada masa hadapan yang 1000x lebih mencabar daripada sekarang.

*tapi zim, pilih pemimpin tu wajib ?!

Yes, memang wajib, berdasarkan daripada potongan ayat Surah An-Nisa ayat 58~61. Tapi, kalau dah sesama Islam pun saling menjatuhkan, saling mengkafirkan, mana satu yang patut dipilih nih ?? Dua-dua lebih kurang jea -_-"

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]
Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.

Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.

Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah

Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.
Berbalik semula kepada tajuk utama, kepada mereka yang masih ingat tentang isu fenomena 'listen' yang mana di bawa oleh seorang insan yang mempunyai ilmu tahap O' level, tak perlu lah saya nyatakan namanya, beliau menyatakan 1 frasa ayat yang sangat mendalam pada saya yang mendengar, walaupun hanya melalui youtube,

"setuju tak kalau saya kata yang beliau ini cuba untuk mencetuskan provokasi ?"
"setuju......."

Provokasi ? Kenapa pula pelajar tu yang dituduh sedemikian ? sedangkan pelajar tersebut membongkar fakta yang orang lain masih kabur, menunjukkan kebenaran tapi dikatakan sebagai pencetus provokasi.

Sekarang, sinonim masyarakat melabelkan, provokasi mesti berkait rapat dengan pelajar universiti. tapi kenapa pula ?? Apa salah kami ?? Kami sebagai rakyat wajib betulkan apa yang selama ini salah, niat kami hanya menuntut kebenaran yang disembunyikan dan kami cuma membetulkan semula apa yang telah dipesongkan.

Tahun lepas, isu hudud. Sampaikan bekas pemimpin sendiri salah paham pasal hudud, kata hudud hukum rekaan ulaama, takde pun dalam quran. *takpelah, mungkin pemimpin tu hebat berpidato tapi lemah bidang agama~ Hilal Asyraf bangkit sebagai pelajar, berani membidas kenyataan tersebut, kerana ingin menegakkan kebenaran, menyatakan apa perkara yang sebenar. Buktikan bahawa hudud itu hukum Allah dan bukannya rekaan ulama. Bekas pemimpin tu juga menyatakan bahawa jika hudud dijalankan, maka ramai laa yang makan sup tangan. *nampak sangat lah orang melayu ni suka mencuri, logik tak ? -_-"

Kepada masyarakat di luar sana, kepada yang fanatik terhadap parti sokongan masing-masing, yang mendabik dada menyatakan kenyataan daripada pemimpin parti tersebut, tiba-tiba ada pula pelajar universiti membidas dengan cara yang berhemah dan diselitkan dengan hujah yang datangnya dari Al-Quran, dalil tafsili, fakta sejarah, dan lain-lain, jangan dengan mudah kamu semua melabelkan insan tersebut sebagai pencetus provokasi.

Kalau berterusan macam ni, memang ramai laa pelajar universiti bergelar 'pencetus provokasi' sedangkan golongan ini nak tegakkan kebenaran. Kami belajar dan kami ada ilmu, tak salah kalau kami kongsikan kepada kamu semua kan ? Adapun ilmu kami ni cuma sikit, tapi yang sikit boleh jadi banyak jika ianya sangat bermanfaat, kami berhujah dengan menggunakan ilmu yang kami ada.

PROVOKASI ? 
~ Bukan itu yang kami mahukan ~

*okelah, aku tak nak ulas panjang, kang tak pasal-pasal dapat label 'blog provokasi' pulak kan... Lagi sekali saya nak ulang, bahawa SAYA NATURAL DAN TAK BERPIHAK PADA MANA-MANA BENDERA PUN

Nota Hati: Buka lah minda, buka lah hati, terimalah kenyataan bahawa kami bukan pencetus provokasi, dan tak berniat nak timbul provokasi,, yang HAK tetap HAK, yang BATIL tetap BATIL. Burung kat Malaysia tak bunyi macam tu ~ *oke, takde kaitan XD

Tuesday, December 28, 2010

senior ??

. . . a s s a l a m u a l a i k u m . . .

pejam celik pejam celik , kejap jea da nak habis tahun 2010 ,, dan tahun 2011 pun da tak sabar nak menonjolkan dirinya ,, fuhh ,, 02 / 01 / 2011 secara rasminya aku dan rakan-rakan seperjuangan akan menjadi senior sekolah ,, haaa ,, kepala sekolah laa senang citer ,, errrggghhhh ,, kalau dah form 5 ,, mesti ada SPM ,, huaaaa ,, malas nyer ,, kena belajar lagi lol ,, SPM dah laa penting ,, lagi-lagi bagi budak-budak yang amik aliran sains ,, tak kisah arr sains apa ,, mestilah kena belajar tol-tol ,, law tak ? membazir jea masuk aliran sains ue ,, huh ,, kimia ? add mathe ? fizik ? mathe moden ? b.m ? b.i ? b.a.t ? sejarah ? psi ? pqs ? haaa ,, biologi aku tak amik ,, so ? tak perlu laa aku senaraikan ,, semua sekali 10 subjek ,, fuh ~  10 jek beb ,, tak banyak pun(ayat poyo) haha ,,

lepas SPM ,, nak kerja apa hah ? atau nak lanjutkan pelajaran ?? wahh ,, jaoh seyh aku pikir ,, kueng , kueng kueng ,,, tapi tak pe ,, merancang masa depan laa katekan ,, kita cuma merancang ,, ALLAh yang menentukan ,, betul bukan ?? heheh ,, 

wooooooo ,, awal-awal mak aku dah cakap ,, " next year , no lapy , no handphone ! " =.="" ,, kalau handphone ue tada masalah ,, law tak de topup ,, aku memang takkan sentuh handphone ue ,, hehhe ,, tapi , law lapy ?? tue yang susa ,, huh ,, macam nak pecah pembuluh darah aku ,, tapi ,, tak salah law aku berkorban ?? cewahhh ,, leh caye ke aku ni ? nanti ,, cakap lain ,, wat lain ,, bak kate budak asrama *bual je lebih ,,  hehe ,,, tak pee ,, aku akan cuba ,,

belum cuba , belum tau ,,
sudah cuba ? hari-hari mau ,,

ada kaitan ke ?? entah laaaa ,, menyanyah je laa aku nie ,, pape pun ,, 

"all the for SPM 2011 !"

Thursday, December 23, 2010

sekeras kerikil atau ,, lagi keras ??

. . . a s s a l a m u a l a i k u m . . .

"zim , napelah kau ni da berubah hah ?" "kw ni tak macam akak kw laa ,, akq kw ue rajin , denga cakap ,, tak macam kw" hmmm ,, ni lah yang terjadi pada jam 12.45 tengahari tadi ,, mak aku tibe-tibe jea duduk kat sebelah ,, kemudian ,, sesi ceramah terbuke dan oercuma pon berlangsung tanpa aku duga ,, hmmm ,, macam-macam mak aku bebel kat aku = ="" perghhh ,, mak aku suka sangat bandingkan aku dengan akak aku ,, aku tawu arr aku ni pemalas sikit ,, kurang pandai ,, tak macam akak aku ue ,, anak harap laa katekan ,, memag laaa ,, sebab dia dah berjaya ,, hmmm ,,

aku sedar gak yang aku ni da banyak berubah ,, aku dah tak macam dulu ,, kalau dulu ,, ape yang mak aku cakap ,, semuanya aku ikot ,, aku patuh ,, tak bantahan pun ,, tapi sekarang ?? macam-macam alasan aku bagi ,, huh ! tak sangke aku ,, dan aku akui ,, apa yang mak aku bebelkan ,, tak penah masuk pon kat dalam telinga aku ni ,, nak lepas ke bahagian 'pinna' telinga pon susa ,, inikan lagi nak cecah gegendang telinga aku ,, hmmm ,, kate orang msuk telinga kanan ,, keluar telinga kiri ,, bagi aku ,, itu ok lagi laa ,, masuk juga ,, walaupun keluar balik ,, tapi mesti ada melekat juga kan ? tapi kalau nak masuk telinga pun susa ,, mantul balik macam bola getah kita baling kat dinding ,, kan mantul balik ,, haaa ,, macam tu laa keadaan aku ,, aku tak tahu laa kenapa dengan diri aku ,,

ada orang kata ,, naluri seorang remaja memang macam tu ,, tapi ,, hmmm ,, entah laa ,, aku pun keliru ,, keliru dengan diri aku sendiri ,, jujur laa aku cakap ,, ape yang mak aku bebelkan tengahari tadi ,, aku da tak ingat daa .. cepat betul aku lupa ,, hissshhhh ,, teruknye aku ni ,, 

memang aku akui ,, aku mewarisi sifat ayahku ,, peramah ,, ceria ,, happy go lucky ,, kadang-kadang malas kadang-kadang rajin ,, hmmm ,, akak aku lak mewarisi sifat mak aku ,, pandai ,, rajin ,, kuat membebel ,, hmm ,, aku ni da laa anak bungsu ,, hmmm ,, bila laa aku nak berubah ? atau ,, aku memang takkan berubah ?? tapi bila teringatkan firman ALLAH "aku takkan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri" , kan bagus kalau aku jadi macam aku masa kecik ,, dengar cakap ,,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: kepada pembaca ,, kalian tak perlulah komen pape tentang post ni ,, sebab aku tak mengharapkan pape komen dari sesiapa pon ,, tolong fahami aku ea ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kan bagus kalau kita mampu undurkan masa ~

Tuesday, November 16, 2010

Pity Little White Kitten :'(

 . . . a s s a l a m u a l a i k u m . . .



... cuba kalian renungkan dan fikirkan ... 
... aku peluk mesra anak kucing peliharaan aku ... 
... aku sayangkannya ... 
... bulunya berwarna putih ... 
... aku sempat bergurau-gurau dengannya ..

T E T A P I  . . .


5 minit selepas itu ... anak kucing itu mati dilanggar oleh kereta abang ipar ku sendiri , masa nak hantar aku ke klinik kerana demam ... pada awalnya aku tak perasan kerana aku sedang main game 'ninja saga' di facebook ... akak aku menelefon nombor rumahku ... "..zim, kau pergi depan rumah ,, kau tengok anak kucing kat depan rumah tu hidup lagi ke tak ?? kalau dah mati , tolong tanamkan ,," aku memahami maksud di sebalik permintaan akak ku itu kerana dia sedang mengandungkan anak pertamanya,,, 


Y A   R A B B I  ! !


terkejutnya aku ... anak kucing yang aku sayang itulah yang mati di langgar ... dengan mulutnya yang dipenuhi darah ... matanya tersembul keluar ... perutnya leper di gilis tayar kereta ... 


air jernih kular dari mataku , lalu jatuh menyembah bumi ... ibunya serta adiknya menjilat-jilat anaknya yang sudah pun menjadi bangkai ... ibunya nampak aku yang ketika itu berada di hadapan rumah terus hampir kepadaku ... lalu bergesel-gesel di kakiku sambil 'mengiau-ngiau' , sayu bunyinya ... seperti ibu yang kematian anaknya ... terus mengangkat ibu dan anaknya yang masih lagi bernyawa itu lalu memeluknya erat-erat ...


L A L U . . . . . 


aku ambil bangkai anak kucing itu lalu membawanya ke belakang rumah untuk di tanam ... aku ambil cangkul dan mengali tanah yang dalamnya sehasta dan lebarnya juga sehasta ... lalu aku letak bangkai anak kucing itu dengan penuh kasih saya ... kemudian .. aku kuburkannya ... aku sedih ... sedih yang teramat sangat !

special guest :)