Cuba kita perhatikan gambar ini..
Bila berdua naik keldai, sebuk duk kata menzalimi keldai tersebut, padahal keldai mampu untuk menanggung berat barang yang banyak. Zaman dahulu, para ilmuan Islam menggunakan keldai untuk membawa kitab-kitab untuk pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menuntut ilmu~~
Bila si lelaki duduk atas keldai manakala si perempuan pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki itu tak betimbang rasa terhadap perempuan tersebut. Padahal kita tak tahu yang mungkin lelaki itu ada penyakit di kakinya menyebabkan dia tak boleh nak berjalan~~
Bila si perempuan duduk atas keldai sorang-sorang manakala si lelaki pula jalan kaki, sebuk duk kata yang lelaki tu tak sayangkan isterinya dengan hanya membiarkan isteri sorang-sorang atas keldai. Padahal perempuan memang fitrahnye lemah dari segi fizikal dan stamina, biarlah perempuan yang menaiki keldai, kerana lelaki kuat dari segi fizikal dan stamina~~
Bila dua-dua tak nak duduk atas keldai, sebuk duk kata yang mereka tak reti nak manfaatkan keldai dengan sebaiknya. Padahal, kita tak tahu yang mungkin keldai itu mempunyai penyakit yang menyebabkan keldai tersebut tak mampu nak menampung beban yang berat dan mampu menampung berat badannya sendiri~~
Semua dan segala apa yang kita buat, akan diperhatikan dan akan menjadi bahan bualan orang. Lagi-lagi suatu perbuatan yang dilakukan oleh seorang yang public figure dan diragui oleh orang lain, kejap saje jadi gossip dan mula laa masuk Melodi laa, Jangan Tidur Lagi laa, Mangga laa dan banyak lagi ~~
Gambar yang ringkas, tapi jelas menceritakan perihal kita. Realiti kah ? atau hanya sekadar Fantasi ? Jawablah sendiri ~~
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah."(Sahih Muslim)
Nota Hati: Masyarakat sekeliling adalah 'extraordinary observer' dan juga 'outstanding criticism', biar laa mereka nak kata apa, jika benar.. kita ambil kira, jika palsu... kita tolak. Akal dicipta untuk digunakan dan dimanfaatkan bukannya untuk dimanipulasikan~
Penulis:
Hazim