Friday, April 26, 2013

Full tutorial KUFI via Microsoft Excel

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, ada kawan-kawan yang beritahu bahawa tutorial yang sebelum ini akan complicated sikit. Jadi hari ini saya sediakan 1 tutorial lengkap dan mudah dengan hanya menggunakan microsoft excel sahaja.

langkah pertama, buka lah Microsoft Excel yang ada dalam laptop atau komputer kalian.

bila dah buka tuh, tekan 'ctrl+a' untuk select semua kotak yang ada, kemudian klik pada 'format' dan pilih 'column width...' dan isi '2.2' pada kotak yang pop-out tu.. kemudian tekan Enter.

kotak-kotak tersebut akan jadi begini, semuanya bentuk segi empat sama.

sambil tekan butang 'ctrl' dan jangan lepaskan, klik setiap kotak untuk membentukkan khat yang kamu mahukan, terlebih dahulu, reka dahulu dalam kertas grid/kertas graf rekaan khat yang kamu mahukan,

kemudian, tekan ikon 'fill color' dan pilih lah warna yang kamu suka. maka hasil karya kamu akan berubah mengikut warna yang kamu pilih.


kemudian, ulang langkah yang sama, untuk mewarnakan background karya kamu, tekan 'ctrl', kemudian klik pada ruangan kosong di sebalik kufi kamu, juga 2baris setiap sisi kufi kamu, kemudian tekan 'fill color' pilih warna yang kamu mahu jadikan sebagai background.

kemudian, sambil tekan 'shift', highlight-kan semua kotak yang digunakan, kemudian tekan 'ctrl+c'.

kemudian, buka mana-mana software untuk edit gambar seperti Adobe Photoshop, Photoscape, Gimp, Paint, dan lain-lain... saya gunakan Photoscape.

bila dah buka, tekan 'ctrl+v', kemudian tekan 'save', pilih 'save as' pilih folder mana yang nak disimpan. kemudian siap !

selamat berkufi ^^v

Nota Hati: Usaha tangga kejayaan, jangan cakap je lebih, tapi tiada usaha nak lakukan.




special guest :)