Wednesday, August 01, 2012

Wangi Tak ??

Assalamualaikum,

Pada suatu hari, si ibu sedang membeli-belah bersama anaknya. Mulanya, dia ingin pergi bersama si suami, namun si suami mempunyai kerja di pejabat..Oleh itu dia meminta izin si suami untuk keluar bersama anak mereka dan si suami mengizinkannya.

Sedang si ibu sibuk memilih jenis kain langsir untuk menghiasi rumah suaminya pada hari raya, pandangan si ibu teralih pada telatah anaknya. Anaknya mengembuskan nafas keluar dari mulut ke tapak tangannya, lalu menghidu nafsnya sendiri. Si ibu geli hati dan tertanya-tanya, kenapa anaknya berperlakuan seperti itu. Lalu si ibu menghampiri anaknya.

Ibu: Dik, apa yang adik buat tu ?
Anak: Adik tengah cuba bau nafas adik sendiri.
Ibu: Ohh...Kenapa adik nak bau nafas adik sendiri ?
Anak: Sebab masa kat sekolah, kawan adik ada cakap yang nafas adik ni busuk, lagi bila adik tengah berpuasa.. Adik tak puas hati, tu yang adik cuba bau nafas adik sendiri.. Memang bau busuk laa bu.. hmmm..
Ibu: Em, jom ikut ibu..

Si ibu meninggalkan kedai langsir itu untuk sementara waktu, dan membawa anaknya pergi ke kedai minyak wangi.

Ibu: Ok.. Ni kan kedai minyak wangi, ibu nak adik pilih 1 minyak wangi yang baunya paling wangi pada adik, pastu adik tunjukkan minyak wangi tu kat ibu..

Si anak tanpa banyak bertanya terus pergi mencari minyak wangi yang paling wangi yang di ibunya mahukan sebentar tadi.

Anak: Nah bu.. Ni minyak wangi yang paling wangi pada adik..

Si anak menunjukkan minyak wangi berjenama GUCCI yang merupakan minyak wangi yang terkenal di seantero dunia.
Ibu: Ok.. ni laa ye minyak wangi yang paling wangi pada adik ye ? Hmm, sekarang adik percaya tak yang bau nafas adik masa adik puasa tu lagi wangi daripada bau minyak wangi nih ?

Berkerut dahi si anak bila mendengar penjelasan ibunya, lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal..Si ibu sambil tersenyum berkata lagi..

Ibu: Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah bersabda : Setiap amal manusia terdapat pahala yang terbatas kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku dan Aku (Allah) yang membalasnya, dan puasa adalah perisai. Dan pada hari puasa janganlah kalian mengatakan atau melakukan perbuatan keji dan janganlah membuat gaduh, jika salah seorang kalian mencelanya atau membunuhnya maka hendaklah mengatakan : Sesungguhnya aku sedang berpuasa , demi Dzat yang jiwa Muhammad berada ditangannya benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya : jika berbuka ia gembira, dan jika bertemu Allah dengan puasanya ia gembira. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim, Adik jelas tak ? Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda bahawa nafas orang yang berpuasa itu secara zahiriah itu memanglah berbau busuk, namun nafas orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, adik tau tak ? Kasturi tu, bauan yang paling wangi didunia nih, lagi wangi lagi daripada minyak wangi nih..

Anak: Ohh.. macam tu ke ? maknanya..nafas adik ni wangi lah ye ? jadi lepas nih adik tak payah lah nak malu dengan kawan-kawan lagi sebab bau nafas adik ni wangi disisi Allah.. hehe.. Terima kasih Bu..
Ibu: Insyaallah dik, dah.. Jom tolong ibu pilihkan langsir untuk hari raya nih, ibu ingat nak buat surprise kat ayah..
Anak: Jom.
 Nota Hati: 

ingat lah antara hadis nabi Muhammad S.A.W bahawa "demi Dzat yang jiwa Muhammad berada ditangannya benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi" Moga Allah merahmatimu, Ibu.

special guest :)