Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada para pembaca yang disayangi sekalian. Pejam celik, dah habis sudah 1433hijrah, dan kini lembaran 1434hijrah pula dibuka.
Jika dulu, kita selalu dengar.. bila masuk tahun baru hijrah, malaikat Raqib dan malaikat Atid akan tutup buku amalan dan buka buku amalan yang baru.. Chopp ! malaikat Roqib dan malaikat Atid tak pernah tutup buku catatan amalan kita yaa kawan-kawan.. itu cuma simbolik kepada, masuk tahun baru, mula kan dengan niat baru, jika tahun lepas kita rasakan yang kita nih teruk,, jadi tahun ni kita akan jadi baik... jika tahun lepas kita rasakan yang kita dah cukup baik,, jadi tahun ni kita + + + kan lagi kebaikan kita agar menjadi lebih baik daripada tahun lepas.. itulah namanya TAJDID NIAT.
Haa, dah faham ape itu TAJDID NIAT ? Dalam erti kata lain, TAJDID = pembaharuan..TAJDID NIAT = perbaharui niat. Ramai yang beranggapan bila dah masuk tahun baru, mesti kena ada azam baru.. tak salah nk ada azam baru, malahan digalakkan..tapi jika azam yang lepas tu tak tercapai..takkan nak biarkan jea kan ?? Sebaiknya, jika azam yang lepas tu masih belum tercapai, bawa lah azam itu ke tahun hadapannya..
TAJDID NIAT ? ape tuh ? cam tak sedap je bunyinya... Lah ?? Demand pulak yea.. okelaa.. bagi bahasa yang power sikit.. TAJDID NIAT = Anjakan Paradigma = Revolusi diri = Transformasi niat
Sebenarnya, takperlu nak tunggu tahun baru nak ada azam baru, azam baru,, bila-bila masa je kita boleh adakan.. begitu juga dengan hijrah. Bila tiba Maal Hijrah nih.. tema 'Hijrah' tu memang sinonim dengan kehidupan masyarakat kita.. Berhijrah dalam konteks yang selalu dibawa oleh para penceramah ialah 'berhijrah daripada buruk kepada baik... baik kepada lebih baik... lebih baik kepada terbaik'
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Hadis nih memang selalu kita dengar..bila diteliti.. Imam Nawawi meletakkan hadis ini pada hadis yang pertama adalah kerana hadis ini berkaitan Niat dan Penghijrahan seseorang manusia itu.. Setiap yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita akan didahului dengan niat. Niat merupakan kayu ukur kepada perbuatan kita, dan niat juga amat mempengaruhi perbuatan kita. Kemudian, dinyatakan juga dalam hadis yang sama mengenai hijrah(perubahan) manusia.. Pahala hijrah yang kita akan dapat bergantung(bersesuaian) dengan hijrah yang kita lakukan, jika hijrah ke arah Allah, pahalanya berganda, jika berhijra kerana dunia yang kita inginkan, maka pahalanya juga berdasarkan apa yang kita nak..
Jadi, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di tingkat yang pertama kerana Niat dan Hijrah(perubahan) amat penting dan paling berpengaruh dalam kehidupan seorang manusia. Setiap perbuatan yang dilakukan, dosa dan pahala diukur melalui niatnya.
Nota Hati: Setiap hari kita perlu tajdid niat kita, bukan nak tunggu Maal Hijrah baru nak tajdid niat. Jika ditakdirkan kita mati sebelum sempat kita tajdid niat acane ??