Friday, November 30, 2012

muda sebelum tua

assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” 
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan kita perlu merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, tetapi apa yang ingin saya highlightkan di sini ialah 'muda sebelum tua' :)

Muda sebelum tua. kenapa saya utarakan tajuk ini, hal ini demikian kerana bertepatan dengan peringkat umur saya, dan juga untuk muda-mudi yang bakal meneraju negara di masa hadapan suatu hari nanti. Ketika muda, macam-macam yang kita nak lakukan, masing-masing punyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai.. dan semangnya kita digalakkan untuk mengejar dan menggapainya ! sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh Imam Shafie, "untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah muda-mudi zaman sekarang"

tapi kita lihat muda-mudi zaman sekarang, terlalu seronok dengan hal duniawi, tak perlu tunding jari, tengok pada diri sendiri sahaja, termasuk saya ~ seronok dengan hal dunia.. pastu kita fikir balik, mampukah atau masihkah ada harapan untuk wujudkan pemimpin seperti Salahudin Al-Ayubi ? Sultan Muhamad Al-Fateh ? Saidina Ali ?

Bila kita lihat, masyarakat zaman mutakhir ini, "alaa, rilek laaa, kita enjoy laa dulu... umur 40 tahun nanti kita taubat lah..." Ahaaaa... amacam ? Pernah dengar tak ayat nih ?? Meh kita fikir jap, mati tu mengenal erti umur kaa ? Sedar tak ? Izrail(Malaikat Maut) sentiasa memerhatikan kita.. hanya menunggu perintah dari-Nya sahaja untuk cabut hayat kita..

Sepatutnya, di usia muda inilah kita perlu melakukan perbagai amalan.. nak kejar dunia tu tak salah, tapi beringat juga pada akhirat.. Pesan saidina Umar :"kejarlah akhirat, maka dunia akan kau dapatkan". Masa muda ni kita masih kuat, masih bertenaga untuk melakukan amal ibadat, untuk berbakti pada ibu bapa, menolong orang lain... dan belum tentu lagi bila kita dah menjangkau umur 40 tahun ke atas kita masih bertenaga untuk pergi berjemaah di masjid, tolong orang lain, dan banyak lagi..

Kita tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan.. secara biologinya, bila kita makin tua, anti-body dalam badan kita akan menjadi makin lemah, dan menjadi antara faktor utama penyakit akan mula datang pada kita..

Oleh itu, perbanyakkan lah amalan yang berfaedah di usi muda kita, jangan tunggu dah tua, dah bongkok tiga, dah bertongkat baru nak buat amalan.. ingat, hargailah masa muda kita, sebelum datangnya tua, kerana semakin hari umur kita semakin bertambah, tanggungjawab semakin bertambah.

Nota Hati: 'Melentur buluh biar lah dari rebungnya'-sinonim dengan muda-mudi.. untuk mendidik diri, kene mula dari muda, ketika muda, hati kita masih 'lembut' untuk di didik, tapi bila dah tua, hati makin 'keras' dan susah untuk dididik.. Buka semua rongga yang kita ada, fikir kan, maut pernah tunggu kita dah tua baru nak datang ke ??


special guest :)