Friday, November 02, 2012

barakah ? kat mane tuu ..

Assalamualaikum..


Sepanjang carrier sebagai seorang pelajar sekolah menengah selama 5 tahun di sekolah yang sama, saya dan pelajar-pelajar yang lain selalu ditarbiyah bahawa JANTUNG bagi sekolah kami ialah SURAU.

Sejak di tingkatan 1 lagi, abang-abang(senior) wajibkan kami untuk solat berjemaah di surau, tak kira lah, bangun awal ke lambat. kadang2 ade gak solat kat dorm. hehe.. Walaupun ade terselit perasaan malas nak jalan jauh, tapi nak tak nak pergi jelaa... Sampailah ketika saya di tingkatan 3, baru lah saya tahu kenapa perlu solat jemaah kat surau.

rentetan 1.

Pada waktu antara maghrib dan isyak, ade sesi kuliah maghrib bersama ketua warden, beliau menyatakan, "jantung sekolah nih ialah surau" mulanya saya terfikir, dalam banyak-banyak bangunan kat sekolah nih, nape mesti surau ?? lepas tu beliau menyambung, "kerana surau ialah rumah Allah, tempat yang mempunyai banyak barakah,, jika kamu semua gagal jaga 'jantung' ni dengan baik, maka tiada lagi istilah 'bumi barakah' "

rentetan 2.

Usai sesi usrah, selaku naqib, saya akan membuat 1 kesimpulan tetang ape yang di sampaikan dalam sesi usrah. Kebetulan waktu tajuk usrah ialah "mencari keberkatan Allah" , jadi saya cuma menyampaikan ape yang terlintas di fikiran, secara spontan. sebab tak jangka ade usrah pada malam itu. Semasa membuat kesimpulan, tetiba sahabat yang ade dalam usrah tu ingin berkongsi ilmu dengan menyatakan,

"aku pernah hadiri sesi taklim kat kampung atok aku, kat dalam majlis tu, aku dapat ilmu baru iaitu, bila kita pergi ke 1 tempat, perkara pertama yang perlu kita buat ialah cari 'rumah Allah'.. jika sudah jumpa, kita tengok lak dalamnya, adakah di 'meriahkan' atau hanya sekadar nama sahaja ? Jika di 'meriahkan' dengan pelbagai aktiviti rohani, maka tempat itu ada barakahnya.."

*sebenarnya ade banyak lagi kenangan yang bermakna yang ingin dikongsi, tapi cukuplah sekadar 2 :)


apa yang saya ingin sampaikan pada kali ini ialah, jadikan 'rumah allah' itu sebagai jantung di kawasan tempat yang kita tinggal, jika kita berjaya 'hidupkan jantung' tu, maka kita akan dapat rasai nikmat barakah daripada Allah sebagai 'upah/gaji' kita kerana telah memakmurkan rumah Allah.

Jantung hanyalah analogi kepada rumah Allah untuk menunjukkan bertapa pentingnya rumah Allah nih untuk kita menjaga dan memakmurkannya :)

Nota Hati: Dalam badan kita ade organ dalaman yang utama, iaitu JANTUNG, macam mana jika JANTUNG kita mati ? Kita pun akan mati sekali kan ?


special guest :)