Apakah itu mengumpat (ghibah)? Rasulullah SAW telah menjelaskan perkara mengumpat dalam sabdanya:
أَتَدْرُونَ الغِيْبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ. قِيلَ: أَفَرَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ
"Tahukah kamu apa itu Ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah SWT dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda SAW menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu! Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda SAW menjawab: Kalau betul apa yang katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tiada padanya, maka kamu sudah menuduhnya." [Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie]
Terdapat pelbagai gambaran yang dikecualikan oleh ulama Islam daripada mengumpat yang diharamkan iaitu pengecualian yang hanya boleh digunakan ketika berada dalam keadaan darurat sahaja. Antara hal yang darurat itu ialah menceritakan kezaliman yang menimpa dirinya, bertanya kerana ingin mengetahui tentang diri orang lain, meminta fatwa, memohon bantuan mengubah kemungkaran, memanggil gelaran yang sudah dikenali, mencacatkan saksi dan pemimpin yang zalim.
Asas yang Menetapkan Bolehnya Mengumpat
Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan mengenai asas yang membolehkan seseorang itu mengumpat adalah bergantung kepada 2 perkara iaitu Keperluan yang mendesak dan Niat atau tujuan dari mengumpat itu.
Apabila tiada keperluan yang mendesak untuk menyebut sesuatu tentang orang yang ghaib dari hal yang tidak disukainya, maka tidaklah wajar sehingga dia berani untuk melepasi benteng yang telah diharamkan ini. Kalau keperluannya boleh diselesaikan dengan isyarat sahaja, tidak perlulah dia memilih jalan yang terang-terangan. Kalau cukup dengan mengatakan secara umum sahaja, maka tidak perlu pada pengkhususan. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 601)
Tentang niat dan tujuan pula, ianya adalah suatu perkara yang amat penting, kerana manusia itu mengenali dirinya dan lebih mengetahui tentang hakikat dorongannya dari orang lain. Niatlah yang menentukan tujuan perlakuannya sama ada membuat kezaliman atau memuaskan hati sahaja, juga di antara sekadar meminta fatwa hukum atau sengaja hendak memburukkan orang lain, antara mengumpat atau mengkritik, antara maksud nasihat atau hendak menyebarkan keburukan seseorang. Seorang mukmin itu, sebagaimana yang dikatakan, adalah lebih patut menghitung dirinya daripada seorang pemerintah yang jahat ataupun seorang rakan kongsi yang kedekut. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 602)
1) Menceritakan Kezaliman yang Menimpa Dirinya
Apabila orang yang teraniaya mengadukan hal dan perbuatan orang yang menzalimi dirinya, kemudian diceritakan apa yang tidak menyenangkan dirinya dari perkara yang benar-benar berlaku. Orang ini dibolehkan menceritakan kezaliman yang menimpa dirinya, dan boleh membuat pengaduan ke atas orang yang mezaliminya.
Hal ini jelas dinyatakan di dalam al-Quran pada surah al-Nisa' ayat 148:
"Allah SWT tidak menyukai pendedahan perkataan yang buruk (kepada orang ramai), kecuali dari orang yang teraniaya, dan adalah Allah SWT itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nisa': 148)
2) Bertanya kerana Ingin Mengetahui Tentang Diri Orang Lain
Ada kalanya seseorang bertanya kerana ingin mengetahui tentang diri orang lain kerana mahu berkongsi dengannya mengenai perniagaan, ataupun dia mahu mengahwinkan puterinya kepada orang itu, ataupun dia ingin melantiknya untuk menjawat suatu kerja yang penting. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa perkara ini bertentangan dengan kewajipan memberi nasihat dalam agama dengan menjaga kewajipan menjaga kehormatan orang yang ghaib (tiada di hadapannya), namun beliau berpendapat bahawa dalam hal ini, kewajipan yang pertama iaitu untuk mengenali seseorang atas tujuan atau sebab-sebab yang mulia adalah lebih penting dan lebih suci, maka perkara ini harus diutamakan dari yang lain. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 600)
Suatu peristiwa yang diambil dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam karangan Yusuf al-Qaradhawi, Fatimah binti Qais datang menemui Nabi SAW untuk meminta nasihat baginda SAW perihal dua orang lelaki yang menyembunyikan keadaan mereka yang datang untuk meminangnya, maka nabi SAW tidak menyembunyikan keadaan mereka yang sebenar dengan berkata: Yang pertama itu adalah miskin papa, tidak mempunyai sebarang harta! Manakala seorang lagi diumpamakan dengan lelaki yang tidak melepaskan tongkat dari tengkuknya, tegasnya dia suka memukul isteri. Seterusnya baginda SAW menyerahkan perkara itu untuk dipilih sendiri oleh wanita yang bertanya itu.
3) Meminta Fatwa
Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan lagi, orang yang meminta fatwa hukum contohnya, orang beranya hendaklah menceritakan perkara yang sebenar. Jika dia mengatakan "Apa pendapat kamu tentang seorang lelaki yang melakukan begini dan begitu....!" Tidaklah perlu dia menanyakan dengan mengataka "Apa pendapat kamu tentang si fulan bin si fulan yang melakukan..." itupun semuanya disyaratkan dia tidak menyebut sesuatu yang lain dari yang betul-betul berlaku, kalau tidak, maka semua itu dikira dusta yang diharamkam. (Yusuf al-Qardhawi, al-Halal wal Haram fil Islam, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri, Nilai: Cetakan ketiga, Pustaka Cahaya Kasturi, m/s 600-601)
4) Memohon Bantuan Mengubah Kemungkaran
Mereka yang hendak memohon bantuan seseorang atau sesuatu pihak untuk mengubah atau mencegah kemungkaran, hendaklah mereka memberitahu perkara yang sebenar tanpa menambah apa-apa yang tiada pada asalnya.
*Bid'ah yang dimaksudkan ialah bid'ah yang ditolak oleh syarak iaitu Bid'ah Dholalah.
5) Memanggil Gelaran yang Sudah dikenali
Jika ada orang yang mempunyai gelaran atau panggilan, atau sifat, atau namanya yang sememangnya begitu, yang mana apabila dipanggil dengan nama itu atau gelaran tersebut kelihatan kurang senang, akan tetapi dia memang sudah dikenali dengan nama atau panggilan tersebut seperti si pincang, si buta atau anak dara si wanita itu.
6) Mencacatkan Para Saksi
Mencacatkan para saksi dengan menyebutkan keaibannya supaya ditolak penyaksiannya, dan juga mencacatkan para perawi hadis dan berita-berita yang disebutkannya.
7) Ahli bid'ah, Fasiq dan Pemimpin yang Zalim.
Abi al-Walid bin Rasyad al-Qurtubi menyatakan dalam kitabnya berkenaan siapa yang dibolehkan untuk diumpat. Beliau dikhabarkan daripada Ibn Wahab, daripada Abdullah bin al-Syeikh daripada rijal daripada al-Hasan bahawa al-Hasan al-Basri berkata:
Muhammad bin Rasyad berkata: Maksud kata-kata al-Hasan al-Basri ini ialah tiada mengumpat yang dibenarkan oleh Islam kecuali pada tiga golongan ini. (Lihat: Abi al-Walid bin Rasyad al-Qurtubi, al-Bayan wal Tahsil wal Syarah wal Taujih fil Masailil Mustakhrijah, dikemaskini oleh Dr. Muhammad Hajiyyi, bab Kitabul Jamik at-Tasi', Darul Gharbil Islami, m/s: 546. Lihat: فصل: مسألة من لا غيبة فيه | نداء الايمان)"Tiga golongan yang boleh diumpat di dalam Islam iaitu pemilik bid'ah* yang menzahirkan bid'ahnya, imam (pemimpin) yang zalim dan al-Fasiq yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan."
*Bid'ah yang dimaksudkan ialah bid'ah yang ditolak oleh syarak iaitu Bid'ah Dholalah.
Siapa yang Mendengar Sama dengan Orang yang Mengumpat Pada Perlakuannya
Apa yang sudah diputuskan dalam Islam, bahawa orang yang mendengar itu adalah sama dengan orang ynag mengumpat pada perlakukannya. Ini kerana yang wajib ke atasnya ialah supaya dia membantu saudaranya pada masa ketiadaannya serta membelanya ketika dia tiada.
Nabi SAW bersabda:
مَنْ ذَبَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الغِيبَةَ، كَانَ حَقًّا عَلَى أَنْ يُعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ"Sesiapa yang menghalang seseorang dari mencacatkan kehormatan diri dari saudaranya, maka Allah SWT pasti akan membebaskannya dari api neraka." [Riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang baik]
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang lain:
Barangsiapa yang tidak mempunyai semangat yang baik seperti ini, dan tidak berkemampuan untuk mencegah dari perkataan-perkataan yang celupar itu dari mencemar kehormatan saudaranya, maka dia hendaklah menjauhkan dirinya dari duduk dalam majlis tersebut, ataupun cuba menarik perhatian orang-orang yang jahat ini kepada topik atau perbicaraan yang lain. Kalau tidak, maka wajarlah dia dimasukkan ke dalam kumpulan orang-orang yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya ini:مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الدُّنْيَا، رَدَّ اللهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَومَ القِيَامَةِ"Siapa yang menolak orang yang mencaci kehormatan saudaranya di dunia, nescaya Allah SWT akan menolak api neraka dari mengenai wajahnya di hari kiamat." [Riwayat al-Tirmizi dengan sanad yang baik]
"Sesungguhnya kamu pun adalah sama dengan mereka!" (Surah al-Nisa': 140)Nota Hati: Bukanlah entri ini untuk menggalakkan para muslim untuk mengumpat, tetapi untuk membuka minda para muslim bahawa ada beberapa perkara yang dibenarkan oleh Islam untuk kita mengumpat tetapi hendaklah berlandaskan pada keperluan yang mendesak dan juga niat dan tujuan mengumpat itu. Perlu diingatkan, bahawa hukum tetap bagi mengumpat adalah haram seperti mana yang telah dinyatakan dalam al-Quran pada surah al-Hujurat ayat 12: "dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati, tentu kamu akan menjijikannya, bukan?"