Sunday, December 02, 2012

kisah orang gila

assalamualaikum,


Seorang pemuda gagal mengawal kereta Lamborghini nya kerana salah 1 daripada 4 tayar nye pancit, lalu terbabas dihadapan hospital bahagia yang menempatkan orang yang hilang kewarasan akal. Keretanya terbabas betul-betul berhadapan dengan seorang penghuni hospital tersebut.

"Adoi... kereta aku.... nasib baik tak langgar pape.."
"Haha, ada lesen pandu macam baru belajar ~"
"Eh orang gila nih, diam lah kau"
".........."
"Aduhai, sebelah dah meletup, nak kena tukar nih, kalau tak.. tak sampai show-cast aq ni nanti.."

Pemuda tersebut mengeluarkan tayar simpanan di dalam bonet, lalu menukar nya.. setelah mengeluarkan 4 skru tayar, beliau meletakkannya di atas jalan, kemudian tanpa sengaja, beliau terduduk dan tangannya tertolak 4 skru tadi masuk ke dalam longkang..

Pemuda tadi mula gelabah kerana tak ada 4 skru simpanan, beliau buntu. kerana show-cast akan bermula 30 minit lagi..

"Alamak... macam mane nih, dah laa takde skru lebih.. show-cast mula 30 minit lagi.."

Penghuni hospital tadi menghampiri pemuda itu,

"Saudara, nampak macam kau ada masalah je ??"
"Eh ? kau nak ape hah gila ??"
"Eh ? Kau laa gila, Gila !"
"Hahaha, kau nak ape nih ?"
"Tak nak pape pun, saja tengok kau.. Asal ? Tak cukup skru ke ?"
"Hmm.. cakap macam kau boleh tolong lak ~"
"Hahahaha, apebende la kau, benda senang pun tak bole nak selesaikan !"
"Erkk.."
"Kan tayar kau ade lagi 3 biji, setiap 1 tu ada 4 skru, kau cabut lah 1 skru pada setiap tayar, pastu kau pasang kat tayar ke 4 yang takde skru langsung.. sekarang setiap tayar ade 3 skru, takkan laa 3 skru pun masih tak leh jalan ??  Tapi ni cadangan aku, orang macam kau mana nak terima cadangan aku yang dianggap gila ni ~"

Pemuda tersebut cuba ikut cadangan tadi, dan berkesan ! Dengan muka benggang, pemuda tersebut ucapkan terima kasih dan terus pergi. Malu kerana kutuk orang, mengadili orang secara zahir sahaja...

Nota Hati: Siapa kita nak mengadili orang secara zahiriah ?? Lagikan pengadilan kita tu salah ! Oleh itu, terimalah setiap pandangan dan cadangan yang dilontarkan kepada kita.. Jangan sombong untuk terima cadangan orang.

special guest :)