situasi 1:
*C jatuh tersungkur kerana cuai ketika menuruni tangga.
A: HAHAHAHAHA ! Tolol, kau tengok tu B, C turun tangga pun leh jatuh ! MATA KAU LETAK KAT MANA HAA C ??
B: Kau ni A.. tak baik laa.. cuba kalau kau yang jatuh kat situ, pe perasaan kau bila orang gelakkan kau ?
A: ..........
situasi 2:
*Pemain bola gagal menjaringkan gol kerana sepakannya yang tersasar.
A: TONGONG ! Bende macam tu pun tersasar ?! Dah depan gol dah ! Baik suoh aku main lah ! Lagi bagus ! Kan B ??
B: Haa... kalau macam tu.. kenapa kau tak main jea, gi cakap kat Coach team tu, cakap A nak main.. sebab A lagi bagus..
A: Kau nih, bukan nak support aku ~
situasi 3:
*Sahabat datang bertemu dan menanyakan tentang soalan yang dia tak dapat nak jawab.
A: LOL !! Soalan punya senang pun tak leh nak jawab ke ?? Apa guna kau belajar selama ni hah ??
B: Meh sini aku tunjuk.. mana soalan yang kau tak dapat nak jawab tu ?
A: Eh ??! A ! Yang kau ni baik sangat kenapa ??
situasi 4:
*Seorang yang berilmu gagal untuk menjawab soalan yang diutarakan, dan hanya mampun cakap "maaf, saya tak tahu"
A: Eh? takkan laa tak tahu ? Pe guna kau belajar agama daripada tadika lagi tu hah ?? Hampeh ~
B: Emm.. tak mengapa, saya paham.. nanti saya tanya kat orang lain ye :)
A: ????
Oke, kepada yang tak paham tajuk entri.. meh saya translate-kan, "أَحَسْتُ كما أنت الآن" membawa maksud "I've been in your shoes" dan juga "aku pernah alami apa yang kau alami sekarang" saje nak bagi kelainan sikit, sebenar tajuk ini pun ada seorang senior saya yang translate-kan :D
berkenaan 4 situasi di atas, ada tak salah 1 daripada 4 tu terkena pada diri kita ? Bukan niat nak perli sesiapa, tetapi niat untuk jelaskan kepada semua.. Jika ada yang terkena, tak mengapa.. meh saya jelaskan kenapa saya timbulkan 4 situasi.. kita tengok balik, A dan B, mempunyai perwatakan yang berbeza kan ? oke, kat sini nak jelaskan bahawa A ialah seorang yang kerek/batak/sombong/takbur.. manakala B ialah seorang yang bertoleransi/berhemah-tinggi/lemah-lembut/memikirkan hak orang lain. Cuba tanya diri kita, tang mana yang kita ada sekarang ni, A atau B ?
Sebaiknya, atas apa juga perkara yang terjadi, kita perlu letakkan diri kita pada tempat seseorang yang terlibat, senang citer pihak ketiga,, jika kita berjaya letakkan diri kita pada tempat orang ketiga, maka secara tak langsung kita berjaya ber-husnuzon(bersangka baik) kepada orang lain.
tengok sikap B, dia boleh bersikap positif kemungkinan besar dia dah letakkan diri dia pada tempat pihak ketiga. dia dah boleh pikir dan agak apa yang orang tu rasa dan alami, selain daripada itu, kemungkinan besar juga B pernah alami situasi tersebut maka B tahu apa yang orang tu rasa. Sebab itu dia lebih positif berbandi A.
kesimpulannya, sebelum kita memaki seseorang, menggelakkan seseorang atau apa yang terjadi pada dia, tanamkan sikap dan sifat "أَحَسْتُ كما أنت الآن" atau "I've been in your shoes" atau "aku pernah rasa apa yang kau rasa" juga semaikan dalam diri kita, "aku kena letakkan diri aku pada tempat dia sekarang, baru aku rasa apa yang dia rasa."
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. -surah al-hujurat ayat 11Nota Hati: kita suka gelakkan orang, mengutuk orang, memaki orang.. bila nampak sesuatu kemalangan menimpa seseorang tanpa sengaja, terus gelakkan sekuat hati ! kalau tak gelak tu kira dosa lah ~ bukan nak ucapkan "إِنَّآ لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيهِ رَاجِعُون" sedangkan tertulis dalam ayat 156 surah al-baqarah ? jika kita terbalikkan, kita kena sesuatu musibah atau kemalangan secara tak sengaja, kemudian orang ramai gelakkan kita, apa yang kita rasa ?