Tajuk dah macam nak berpolitik kan ? Jangan risau, saya tak berpihak pada mana-mana parti pun, Bendera Hijau atau Bendera Biru ? saya di tengah-tengah. Saya belum nampak lagi, mana yang saya patut pilih sebagai pemimpin untuk negara saya ini pada masa hadapan yang 1000x lebih mencabar daripada sekarang.
*tapi zim, pilih pemimpin tu wajib ?!
Yes, memang wajib, berdasarkan daripada potongan ayat Surah An-Nisa ayat 58~61. Tapi, kalau dah sesama Islam pun saling menjatuhkan, saling mengkafirkan, mana satu yang patut dipilih nih ?? Dua-dua lebih kurang jea -_-"
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]
Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.
Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.
Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah
Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.
"setuju tak kalau saya kata yang beliau ini cuba untuk mencetuskan provokasi ?"
"setuju......."
Provokasi ? Kenapa pula pelajar tu yang dituduh sedemikian ? sedangkan pelajar tersebut membongkar fakta yang orang lain masih kabur, menunjukkan kebenaran tapi dikatakan sebagai pencetus provokasi.
Sekarang, sinonim masyarakat melabelkan, provokasi mesti berkait rapat dengan pelajar universiti. tapi kenapa pula ?? Apa salah kami ?? Kami sebagai rakyat wajib betulkan apa yang selama ini salah, niat kami hanya menuntut kebenaran yang disembunyikan dan kami cuma membetulkan semula apa yang telah dipesongkan.
Tahun lepas, isu hudud. Sampaikan bekas pemimpin sendiri salah paham pasal hudud, kata hudud hukum rekaan ulaama, takde pun dalam quran. *takpelah, mungkin pemimpin tu hebat berpidato tapi lemah bidang agama~ Hilal Asyraf bangkit sebagai pelajar, berani membidas kenyataan tersebut, kerana ingin menegakkan kebenaran, menyatakan apa perkara yang sebenar. Buktikan bahawa hudud itu hukum Allah dan bukannya rekaan ulama. Bekas pemimpin tu juga menyatakan bahawa jika hudud dijalankan, maka ramai laa yang makan sup tangan. *nampak sangat lah orang melayu ni suka mencuri, logik tak ? -_-"
Kepada masyarakat di luar sana, kepada yang fanatik terhadap parti sokongan masing-masing, yang mendabik dada menyatakan kenyataan daripada pemimpin parti tersebut, tiba-tiba ada pula pelajar universiti membidas dengan cara yang berhemah dan diselitkan dengan hujah yang datangnya dari Al-Quran, dalil tafsili, fakta sejarah, dan lain-lain, jangan dengan mudah kamu semua melabelkan insan tersebut sebagai pencetus provokasi.
Kalau berterusan macam ni, memang ramai laa pelajar universiti bergelar 'pencetus provokasi' sedangkan golongan ini nak tegakkan kebenaran. Kami belajar dan kami ada ilmu, tak salah kalau kami kongsikan kepada kamu semua kan ? Adapun ilmu kami ni cuma sikit, tapi yang sikit boleh jadi banyak jika ianya sangat bermanfaat, kami berhujah dengan menggunakan ilmu yang kami ada.
PROVOKASI ?~ Bukan itu yang kami mahukan ~
*okelah, aku tak nak ulas panjang, kang tak pasal-pasal dapat label 'blog provokasi' pulak kan... Lagi sekali saya nak ulang, bahawa SAYA NATURAL DAN TAK BERPIHAK PADA MANA-MANA BENDERA PUN
Nota Hati: Buka lah minda, buka lah hati, terimalah kenyataan bahawa kami bukan pencetus provokasi, dan tak berniat nak timbul provokasi,, yang HAK tetap HAK, yang BATIL tetap BATIL. Burung kat Malaysia tak bunyi macam tu ~ *oke, takde kaitan XD