Wednesday, June 01, 2011

adi putra ??


haaa .. kenapa tajuk entri saya pada malam ini .. bertajuk "adi putra" ?? haa ,, jangan terkejut kalau saya beritahu bahawa Adi Putra b. Abd Ghani ini telah menjejakkan kakinya di SMAKJ pada 14/05/2011 yang lalu bersama hari Sabtu(hari outing) haha ,, nasib baik dia ada sampai waktu tengahari saje ,, kalau sampai ke petang ? tak tahu laa nak cakap apa ..

- ini lah Adi Putra b. Abd Ghani -

apa yang menyebabkan saya kagum dengan budak ini ialah beliau punya kemahiran mengira dan mencongak dalam masa yang singkat ,, pada mulanya saya seakan tak percaya ,, tapi bila dah depan mata kepala saya sendiri barulah saya percaya, seawal umur 3 tahun, beliau sudah mempunyai visi dan misi hidup, seawal umur 12 tahun, beliau telah menjelajah seluruh dunia, banyak formula asli daripadanya telah diterima pakai oleh seluruh dunia dan ada sesetengah pihak sanggup membeli formulanya dengan jutaan ringgit ,,

formula-formula yang beliau hasilkan adalah melalui ilham ataupun melalui mimpi beliau dan yang akan merekodkan setiap formula beliau ialah bapa beliau sendiri,, apa yang saya tahu, budak ini menyukai dua perkara iaitu, kompang dan seni khat ,, oleh itu, cikgu telah meminta saya mengahasilkan 1 khat khas untuk beliau ,, haaa .. gambarnya akan saya tunjukkan di akhir entri ini ..





walaupun beliau baru berumur 12 tahun, namun ,, pemikiran beliau matang ,, alaaa.. biasalah.. selalu bergaul dengan orang dewasa, secara tak langsung, pemikiran juga akan menjadi lebih matang ,, uniknya, beliau boleh berikan pendapat dan penyelesaian yang memberangsangkan kepada golongan dewasa .. memang hebat ..

beliau banyak memberikan kami contoh-contoh jalan penyelesaian matematik dengan menggunakan formula ciptaannya,, dan kebainyakan formulanya berkesan , alaaa tak heran arr .. kata profesor matematik.. tak heran arrr ... kalau kalian nak tahu, beliau menjadi guru kepada anak YDPA kita, dan gaji beliau ialah RM6 000 untuk setiap 2 jam ,, pergghhhh ! kalah gaji orang pentadbiran kerajaan .. haha ! dan yang terbaru, sultan Brunai ingin menjadikan beliau sebagai anak angkatnya .. fuiiiyyyoooo,, masyuk bebbbb !

- Adi bersama pengetua -

pada pengakhiran majlis ,, beliau menunjukkan 1 lagi kebolehannya,, beliau hanya mengambil masa 30 saat sahaja untuk menghafal 100 nombor yang berlainan, dalam masa 30 saat itu, saya hanya mampu menhafal 20 nombor sahaja =.="" .. hmm ,, kemudian, beliau menyebutnya, tanpa memandang belakang, dan siap sebutkan dalam keadaan inverse ue,
sebagai penutup, pihak sekolah menyampaikan cenderahati berbentuk plak dan khat kepada beliau,, haaa.. khat yang saya hasilkan untuk beliau ue ,, ramai yang cakap khat tuh cantik ,, saya pun rasa puas bila tengok hasilnya,, walaupun dihasilkan dalam keadaan segera,, tapi hasilnya begitu memuaskan ..

- saya bergambar dengan Adi -

special guest :)