Sunday, July 31, 2011

hati macam coklat ?

Assalamualaikum,


Berkenanaan entri pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang 'hati macam coklat'. Semua orang sedia maklum, manusia yang seringkali hatinya dikaitkan dengan coklat ialah kaum Hawa. Kaum Hawa tidak seperti kaum Adam, hati kaum Hawa lebih lembut daripada hati kaum Adam. Namun ini tidak bermakna kaum Hawa ini lemah, Allah maha adil ! Jika kekuatan lelaki dizahirkan melalui fizikal dan jasmani mereka, kekuatan perempuan pula dizahirkan melalu mental, perasaan dan rohani. Jarang kita dengar 'ayah tunggal' yang berjaya.. tapi yang selalu kita dengar ialah 'ibu tunggal' yang berjaya.

Berbalik semula kepada fokus utama tajuk. Coklat akan mudah cair apabila dipanaskan. Begitu juga dengan hati perempuan. Tetapi, persoalannya ialah, apakah yang memanaskan hati perempuan hingga boleh cair ??


Hati perempuan akan mudah cair apabila terkena ayat-ayat manis daripada sang lelaki. Inilah kehebatan seorang lelaki dan kelemahan seorang perempuan. Bayangkanlah, lelaki yang berbadan XXXL mampu mencairkan hati perempuan yang berbadan S ataupun M dan sebagainya. Apabila hati seseorang perempuan itu sudah cair, maka matanya juga akan turut 'buta'. Norma kehidupan zaman mutakhir ini, perempuan yang sudah 'buta' ini, tetap akan menganggap kekasihnya(lelaki) itu sebagai 'mr perfect guy' walaupun pada zahirnya muka lelaki itu seperti bangunan tidak siap(bahasa remaja zaman sekarang) ataupun berbadan XXXL ..

Walaupun rakan-rakan sekeliling telah banyak kali menasihatkannya, namun, perempuan yang telah 'buta' ini akan menganggap bahawa rakan-rakannya cemburu dengannya. Lelaki akan membawa perempuan 'buta' ini ke syurganya . Akhirnya, perempuan 'buta' ini akan terus hanyut dibuai perasaan yang belum tentu kekalnya lagi. Apabila sudah terkena barulah hendak menyesal, tetapi semuanya sudah terlambat ! Nasi sudah menjadi bubur. Susah untuk menukar bubur kepada nasi semula.

Inilah hakikat zaman sekarang.

Kepada kaum Hawa, ingatlah bahawa cinta seorang perempuan terletak pada hatinya, namun cinta seorang lelaki terletak pada matanya. Perempuan ialah jenis yang majoritinya seorang yang setia, namun lelaki antara yang banyak memegang gelaran 'playboy', 'pemain hati perempuan' dan sebagainya. Berhati-hatilah wahai hawa. Jangan sesekali menyamakan lelaki dengan dirimu, terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan. Keraskanlah hatimu untuk sesetengah perkara, janganlah engkau biarkan hatimu dipermainkan dan diperlekehkan oleh si hidung belang ini. Jangan jadikan kelemahan ini sebagai sumber kepada lelaki untuk memperalatkan hati kamu. Sebalinya, jadikan kelemahan ini sebagai kekuatan yang utama !

Ingatlah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

*itu sahaja, go back to my homework ;)
-Hazim Al-khattat-

special guest :)