Saturday, July 09, 2011

La Tahzan

Assalamualaikum semua ..


Saban hari, kita lihat masyarakat sekeliling kita menangis kesedihan apabila ditinggalkan oleh kekasih-kekasih mereka. Mereka menangis seperti mereka kehilangan sesuatu yang teramat berharga dan bernilai. Mereka sedih kerana tiada siapa lagi yang akan menyanyangi mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Tetapi, sedarkan kita, bahawa ada KEKASIH yang masih lagi menyanyangi kita disaat kita dalam kesedihan? Kita tidak sedar akan kasih sayang yang telah 'Dia' curahkan kepada kita. Kita tidak sedar akan kehadiran 'sang kekasih' ini kerana kita tidak nampak kelibatnya dalam kehidupan seharian kita.

'Kekasih' ini menyanyangi kita sejak kita berada di alam roh lagi, dan kasih-Nya akan berkekalan sehingga ke hari akhirat kerana 'dia' maha penyanyang. 'Dia' mencipta kita dengan penuh kasih sayang. daripada hujung kepala hinggalah ke hujung kaki, 'dia' ciptakan dengan penuh hikmah. Setelah 'dia' mencipta kita, 'dia' kurniakan kita akal dan perasaan, agar kita hidup sebagai seorang khalifah. 'Dia' juga menciptakan kita dengan berpasang-pasangan, agar hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Segala permintaan kita, 'dia' akan tunaikan, hanya kerana 'dia' sayangkan kita. Lihatlah, bertapa sayangnya raja kepada segala raja di dunia ini terhadap hambanya ? 'Dia' ampunkan segala kesilapan dan kekhilafan kita, walaupun sudah banyak kali lakukannya, tetapi 'dia' masih ampunkan. Jadi, wajarkah kita menduakan-Nya? Wajarkah kita menyanyangi yang lain lebih daripada kita menyanyangi-Nya?


Cuti kali ini,saya sering kali melayari blog sahabat saya, dan apa-apa yang saya dapati ialah,, kawan saya dalam keadaan yang sedih kerana telah clash dengan teman lelakinya. Saya cuba sedaya saya untuk memulihkan perasaannya. terdetik di hati saya, "inilah kesan yang akan berlaku kepada seseorang yang bercinta sebelum tiba masanya", saya juga pernah merasakannya dan saya ingin berkongsi kepada sahabat saya ini dan juga kepada semua tentang langkah-langkah yang saya ambil untuk melupakan semua perkara yang tidak penting itu. 

Pada mulanya, memang agak sukar untuk melupakan seseorang yang teramat kita sayangi. Tetapi, kita perlu nekad yang kita perlu berubah, sampai bila kita hendak terus berawang-awangan di dunia yang realiti ini? 
  1. Saya yakinkan diri saya bahawa masih ada lagi insan yang bersama saya ketika saya senang dan susah, iaitu ALLAH..Saya yakin di saat saya dalam kesedihan, kesulitan dan sebagainya, saya yakin bahawa Allah sentiasa berada di sisi saya, dan akan sentiasa membantu saya untuk meneruskan hidup di buminya ini. 
  2. Saya lupuskan segala jenis atau bentuk pemberian yang pernah 'beliau' berikan kepada saya. Adapun yang saya tidak buang, saya hanya akan menganggap bahawa pemberian itu adalah pemberian daripada seorang kawan dan barang yang diberikan kepada saya itu adalah barang yang saya amat perlukan dalam kehidupan seharian saya.
  3. Saya jauhkan diri saya daripada si 'beliau' seperti tidak membuka profil facebooknya, tidak melihat gambar-gambarnya, tidak membuka blognya..senang cerita saya jauhkan diri saya daripada ambil tahu tentang perkembangannya untuk sementara waktu, sehingga saya sudah boleh melupakannya sebagai kekasih dan boleh menganggapnya sebagai kawan biasa.
  4. Saya juga banyak berjumpa dan berujuk serta bertanyakan pendapat dengan orang yang lebih dewasa daripada saya untuk bertanyakan pendapat tentang apa-apa yang telah saya lakukan selama ini kerana insan-insan ini lebih matang pemikirannya dan telah banyak mengharungi cabaran hidup.
  5. Saya cuba memikirkan tentang tindakan saya berpisah dengan 'beliau' secara positif, dan memikirkan tentang kebaikan tindakan yang saya akan saya peroleh. Selain itu, saya juga memikirkan kesan-kesan buruk jika saya meneruskan hubungan ini.
  6. Saya pegang pada kata-kata dan tindakan saya, saya tidak akan pernah menyesal dengan tindakan yang telah saya lakukan. Saya yakin dengan keputusan saya !
  7. Saya juga mendapat dorongan dan nasihat daripada kawan-kawan yang telah berjaya menaikkan semula semangat saya, walaupun pada mulanya saya susah hendak terima, namun saya bukakan dan lapangkan pintu hati saya serta turunkan ego saya, dan hasilnya, saya berjaya menerima nasihat kawan-kawan.

Fitrah manusia, ingin menyanyangi dan ingin disayangi, tetapi, janganlah sampai kita lupakan-Nya apabila kita berpisah dengan kekasih kita. Yakinlah bahawa Dia tidak pernah meninggalkan  kita di saat kita ditinggalkan oleh kekasih kita. Yakinlah bahawa Dia tidak pernah terlepas daripada memberikan sepenuh perhatian kepada kita di saat kita memerlukan perhatian daripada seseorang. Sesungguhnya Dia itu maha penyanyang, janganlah kita bersedih hingga kita terlupa bahawa Dia sentiasa bersama kita walau apa-apa jua keadaan kita. Langkah-langkah yang telah saya kongsikan sebentar tadi ialah langkah-langkah yang telah saya lakukan untuk melupakannya 'beliau' dan hasilnya, saya berjaya melupakan 'beliau'. Alhamdulillah ....

special guest :)