Sunday, July 10, 2011

Jilbab

Assalamualaikum Malaysia

"Wahai Rasulullah, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai bagi mereka dikenali,oleh itu mereka tidak akan diganggu. Dan Allahmaha pengampun, lagi maha penyanyang."
 surah al-Ahzab- ayat 59


Ayat diatas menerangkan tentang perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita yang beriman. Reka bentuk pakaian wanita Islam yang disarankan itu dikenali sebagai jilbab. Jilbab ialah pakaian yang menutup kepala dan dada serta lekuk anatomi tubuh badan wanita. Tetapi, orang yang berjilbab sambil mengenakan pakaian yang ketat pada tubuh badan adalah orang terkeliru.


"FAEDAH" BERPAKAIAN KETAT DAN SENDAT 
  • Mengakibatkan parasthesia iaitu senasi semut-semut, cucuk-cucuk, rasa panas ataupun terbakar akibat tekanan pada saraf di bwah kulit.
  • Terdapat banyak laporan dalam Canadian Medical Association Journal mengenai korban parasthesia kerana mengenakan pakaian yang terlalalu ketat.
  • Pakaian yang ketat dan sendat juga menimbulkan masalah kulit. Kelembapan yang timbul akibat pakaian yang ketat menggalakkan pembiakan bakteria.
  • Menyebabkan iritasi dan mencetuskan alahan kepada si pemakai
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan tentang fakta dan kenyataan ini. Renungan dikongsi untuk semua, tiada yang terkecuali.. Ingatlah, Islam itu indah dan mudah, tetatpi janganlah kita mempermudahkan Islam itu. Wallahualam..

 sumber rujukan:
halaman: 70-71

    special guest :)