Wednesday, June 08, 2011

kenapa perlukan alasan ?

[ klik pada gambar untuk gambar yang besar ]

[ klik pada gambar untuk gambar yang besar ]

hmmm, pada jam lebih kurang pukul 4.45 petang tadi, agaknyalah ,, sebab saya tak ingat .. saya ada mencadangkan kepada kawan saya tentang update terbaru pada blog ini.. iaitu ISLAM ITU HINA (entri sebelum entri ini), kawan saya pun baca. Apabila usai membaca, beliau mencadangkan kepada saya untuk memberikan tazkirah kepada pelajar-pelajar. Tazkirah bermaksud peringatan. Sekolah saya mengadakan aktiviti surau, iaitu pada waktu selepas maghrib sehingga selepas isyak. Pelbagai aktiviti boleh diadakan, dan antaranya ialah tazkirah, kawan meminta saya berkongsi maklumat tentang apa yang telah saya tuliskan pada blog saya ini. Saya tertarik dengan kata-kata yang sahabat saya berikan iaitu "kata-kata lebih kuat daripada tulisan", dan "kata-kata seperti azan, perlu sentiasa diulang", sungguh mendalam maksudnya itu.

Apabila difikirkan, manusia memang cepat lupa. buktinya.. "AL-INSAN(manusia) berasal daripada perkataan AL-NISSIAN(lupa)" kalau anda tak percaya, cuba rujuk kepada yang lebih ilmunya. Saya dapat imu ini daripada pengalaman saya belajar Bahasa Arab daripada sekolah rendah sampailah sekarang. Alhamdulillah. *Berbalik kepada tajuk, ketika itu, saya banyak berikan alasan untuk mengelak daripada memberikan tazkirah. Sebenarnya bukan tadi sahaja, tetapi sebelum-sebelum ini pun saya pernah mengelak daripada memberikan tazkirah. Saya mengelak bukan sebab kedekut ilmu, tetapi cuma rasa diri ini tidak layak untuk memberikan peringatan kepada sesama hamba.

Persoalannya, perlukah saya mengelak? Sedangkan kawan saya mengajak saya kepada kebaikan, memberikan peringatan dan berkongsi ilmu kepada semua. Hanya memberikan tazkirah, masih memerlukan masa yang lama? Logikkah? Saya ada meminta seorang akak *panggilan akak bertujuan bagi menghormati dirinya yang lebih tua daripada saya, dan bukannya sebagai akak angkat. beliau memberikan pendapat, hendak bercakap memang mudah, tetapi, hendak menghadapinya memang susah. Itulah hakikatnya. Saya pun akuinya sebab pengalaman saya memberikan sedikit pengumuman, memang mengigilkan. Agak bergetar suara saya ketika mula-mula memegang mikrofon surau. 

Ada sebab lain mengapa saya berikan pelbagai alasan untuk mengelak, tetapi itu alasan peribadi, maafkan saya sebab tidak dapat berkingsi bersama. Maafkan saya. Saya sedang mencuba untuk memberanikan diri saya untuk berhadapan dengan hamba-hamba yang lain. والله اعلم بالصواب

" YA ALLAH, KAU BUKAKANLAH PINTU HATIKU INI..AGAR AKU BERANI DAN BERSEDIA UNTUK BERKONGSI SEGALA ILMU YANG DIPINJAMKAN OLEH ENGKAU KEPADA AKU UNTUK SEMUA HAMBA-HAMBAMU YANG MASIH HIDUP DI MUKA BUMI INI, YA ALLAH.".
Amin :')

special guest :)