Cendekiawan menghulurkan 3 buah anak patung kepada putera raja. Putera raja berasa geli hati dengan tingkah-laku cendekiawan itu..
"Wahai cendekiawan, kamu ingat saya ni budak perempuan ke suka main anak patung ? Saya lelaki lah ~"
Cendekiawan tersenyum.
"Ini hadiah untuk bakal pemimpin Islam pada masa hadapan, Insyaallah. Jika kamu lihat dengan teliti, kamu akan lihat lubang di telinga setiap anak patung."
"Jadi ??"
Cendekiawan menghulur seutas tali.
"Masuk kan tali ini ke dalam telinga anak patung."
Putera raja turuti arahannya. Beliau memasukkan tali itu ke dalam telinga anak patung yang pertama, kemudian tali itu keluar melalui telinga sebelah.
"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, dia langsung tak amik tahu apa-apa."
Putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung yang kedua, kemudian tali itu keluar melalui mulut.
"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, dia akan sebarkan kepada yang lain."
Putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung yang ketiga, kemudian tali itu tidak keluar dari mana-mana bahagian.
"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, dia tak beritahu kepada sesiapa pun, malahan dia menyimpannya sahaja."
"Cendekiawan, adakah ini manusia yang terbaik ??"
Cendekiawan menyerahkan anak patung yang ke-empat, sebagai kepada soalan yang di ajukan.. Apabila putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung ke empat, tali itu keluar melalui telinga sebelah.
"Masukkan lagi sekali"
Putera raja mengulangi perbuatan yang sama, dan tali itu keluar melalui mulut, kali ketiga dia mengulanginya, tali itu tidak keluar dari mana-mana bahagian.
"Inilah jawapannya, insan yang tahu bila patut dia tidak mendengar, bila patut dia bercakap, dan bila patut dia diam.."
Nota Hati: Sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang tahu bilakah patut dia tak dengar kata-kata kita, bila patut dia menyampaikan kata-kata kita pada orang lain, dan bila patut dia diam dan simpan kata-kata kita.