Friday, November 30, 2012

muda sebelum tua

assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” 
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan kita perlu merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, tetapi apa yang ingin saya highlightkan di sini ialah 'muda sebelum tua' :)

Muda sebelum tua. kenapa saya utarakan tajuk ini, hal ini demikian kerana bertepatan dengan peringkat umur saya, dan juga untuk muda-mudi yang bakal meneraju negara di masa hadapan suatu hari nanti. Ketika muda, macam-macam yang kita nak lakukan, masing-masing punyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai.. dan semangnya kita digalakkan untuk mengejar dan menggapainya ! sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh Imam Shafie, "untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah muda-mudi zaman sekarang"

tapi kita lihat muda-mudi zaman sekarang, terlalu seronok dengan hal duniawi, tak perlu tunding jari, tengok pada diri sendiri sahaja, termasuk saya ~ seronok dengan hal dunia.. pastu kita fikir balik, mampukah atau masihkah ada harapan untuk wujudkan pemimpin seperti Salahudin Al-Ayubi ? Sultan Muhamad Al-Fateh ? Saidina Ali ?

Bila kita lihat, masyarakat zaman mutakhir ini, "alaa, rilek laaa, kita enjoy laa dulu... umur 40 tahun nanti kita taubat lah..." Ahaaaa... amacam ? Pernah dengar tak ayat nih ?? Meh kita fikir jap, mati tu mengenal erti umur kaa ? Sedar tak ? Izrail(Malaikat Maut) sentiasa memerhatikan kita.. hanya menunggu perintah dari-Nya sahaja untuk cabut hayat kita..

Sepatutnya, di usia muda inilah kita perlu melakukan perbagai amalan.. nak kejar dunia tu tak salah, tapi beringat juga pada akhirat.. Pesan saidina Umar :"kejarlah akhirat, maka dunia akan kau dapatkan". Masa muda ni kita masih kuat, masih bertenaga untuk melakukan amal ibadat, untuk berbakti pada ibu bapa, menolong orang lain... dan belum tentu lagi bila kita dah menjangkau umur 40 tahun ke atas kita masih bertenaga untuk pergi berjemaah di masjid, tolong orang lain, dan banyak lagi..

Kita tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan.. secara biologinya, bila kita makin tua, anti-body dalam badan kita akan menjadi makin lemah, dan menjadi antara faktor utama penyakit akan mula datang pada kita..

Oleh itu, perbanyakkan lah amalan yang berfaedah di usi muda kita, jangan tunggu dah tua, dah bongkok tiga, dah bertongkat baru nak buat amalan.. ingat, hargailah masa muda kita, sebelum datangnya tua, kerana semakin hari umur kita semakin bertambah, tanggungjawab semakin bertambah.

Nota Hati: 'Melentur buluh biar lah dari rebungnya'-sinonim dengan muda-mudi.. untuk mendidik diri, kene mula dari muda, ketika muda, hati kita masih 'lembut' untuk di didik, tapi bila dah tua, hati makin 'keras' dan susah untuk dididik.. Buka semua rongga yang kita ada, fikir kan, maut pernah tunggu kita dah tua baru nak datang ke ??


Thursday, November 15, 2012

tajdid niat

assalamualaikum,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada para pembaca yang disayangi sekalian. Pejam celik, dah habis sudah 1433hijrah, dan kini lembaran 1434hijrah pula dibuka.

Jika dulu, kita selalu dengar.. bila masuk tahun baru hijrah, malaikat Raqib dan malaikat Atid akan tutup buku amalan dan buka buku amalan yang baru.. Chopp ! malaikat Roqib dan malaikat Atid tak pernah tutup buku catatan amalan kita yaa kawan-kawan.. itu cuma simbolik kepada, masuk tahun baru, mula kan dengan niat baru, jika tahun lepas kita rasakan yang kita nih teruk,, jadi tahun ni kita akan jadi baik... jika tahun lepas kita rasakan yang kita dah cukup baik,, jadi tahun ni kita + + + kan lagi kebaikan kita agar menjadi lebih baik daripada tahun lepas..  itulah namanya TAJDID NIAT.


TAJDID NIAT ? ape tuh ? cam tak sedap je bunyinya... Lah ?? Demand pulak yea.. okelaa.. bagi bahasa yang power sikit.. TAJDID NIAT = Anjakan Paradigma = Revolusi diri = Transformasi niat
Haa, dah faham ape itu TAJDID NIAT ? Dalam erti kata lain, TAJDID = pembaharuan..TAJDID NIAT = perbaharui niat. Ramai yang beranggapan bila dah masuk tahun baru, mesti kena ada azam baru.. tak salah nk ada azam baru, malahan digalakkan..tapi jika azam yang lepas tu tak tercapai..takkan nak biarkan jea kan ?? Sebaiknya, jika azam yang lepas tu masih belum tercapai, bawa lah azam itu ke tahun hadapannya..

Sebenarnya, takperlu nak tunggu tahun baru nak ada azam baru, azam baru,, bila-bila masa je kita boleh adakan.. begitu juga dengan hijrah. Bila tiba Maal Hijrah nih.. tema 'Hijrah' tu memang sinonim dengan kehidupan masyarakat kita.. Berhijrah dalam konteks yang selalu dibawa oleh para penceramah ialah 'berhijrah daripada buruk kepada baik... baik kepada lebih baik... lebih baik kepada terbaik'

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Hadis nih memang selalu kita dengar..bila diteliti.. Imam Nawawi meletakkan hadis ini pada hadis yang pertama adalah kerana hadis ini berkaitan Niat dan Penghijrahan seseorang manusia itu.. Setiap yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita akan didahului dengan niat. Niat merupakan kayu ukur kepada perbuatan kita, dan niat juga amat mempengaruhi perbuatan kita. Kemudian, dinyatakan juga dalam hadis yang sama mengenai hijrah(perubahan) manusia.. Pahala hijrah yang kita akan dapat bergantung(bersesuaian) dengan hijrah yang kita lakukan, jika hijrah ke arah Allah, pahalanya berganda, jika berhijra kerana dunia yang kita inginkan, maka pahalanya juga berdasarkan apa yang kita nak..

Jadi, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di tingkat yang pertama kerana Niat dan Hijrah(perubahan) amat penting dan paling berpengaruh dalam kehidupan seorang manusia. Setiap perbuatan yang dilakukan, dosa dan pahala diukur melalui niatnya.

Nota Hati: Setiap hari kita perlu tajdid niat kita, bukan nak tunggu Maal Hijrah baru nak tajdid niat. Jika ditakdirkan kita mati sebelum sempat kita tajdid niat acane ??

Wednesday, November 14, 2012

kita kan 'Superman'

Assalamualaikum..

Nota: pada saya Superman hebat, kuat dan lain-lain.. tapi 'Superman' dalam post ini ialah majaz kepada 'HEBAT dan KUAT' kalau rasa tak suka dengan Superman, bole tukar sendiri laa ye ~


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, pasti pernah diuji, tapi 1 soalan jea yang saya nak tanya, "Apa riaksi kita waktu terima ujian tuu " -jawab dalam hati sendiri lah yea =D

Menangis. Itu adalah antara riaksi utama yang akan kita dapat, sewaktu ditimpa ujian.. Menangis sebab ape ? Tak tahan dengan ujian tu ?? Tak mampu nak hadapi ?? Rilek laa kawan, pada saya, menangis takkan dapat selesaikan masalah ~

Cuba kita selak lembaran Al-Quran, kita rujuk surah kedua- Al-Bqarah, kita cari ayat 286. *aik? macam selalu baca jea ~ memey laa, kan ade dalam ma'thurat . Dah jumpe, tengok pengertian ayat tu pula..

maksudnya: Allah tidak memberati(timpakan ujian) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

oke.. fahamkan berdasarkan ayat tu.. nampak tak ? Allah tidak akan timpakan ujian pada seseorang melainkan seseorang itu mampu menanggungnya.. Jadi, sebab itu saya cakap tadi, menangis takkan selesaikan masalah, setiap ujian yang Allah timpakan pada kita itu adalah ujian yang kita MAMPU hadapi, jangan anggap Allah menzalimi kita beb, Allah maha penyayang, Dia tak pernah menzalimi kita..

Boleh jadi, Allah timpakan ujian pada kita, sebab Allah rindukan kita tau ! haa... Ade ke pemerintah kat dunia nih yang rindu nak dengar rintihan rakyatnya ?? Allah rindu nak dengar rintihan kita, sebab tu Allah timpakan ujian, tak caya lagi ?? Meh sini Abe Hazim sampaikan sesuatu...

Ketika Allah rindukan hamba-Nya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman:
 

"Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
 - riwayat Tabrani  dari Abu Umamah 

Allah perintahkan Jibril untuk timpakan ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sudah jauh dari Allah, Allah rindu nak dengar rintihan kita, nak dengar permintaan kita, nak dengar tangisan keinsafan kita.. Kadang-kala, kita jauh dari Allah, tak kira lah sama ada sedar atau tak.. Allah sayangkan kita, sebab tu Dia bagi kita ujian, agar kita kembali sedar yang kita mesti ade lakukan kemungkaran atau kita jauh dari Allah.. Moga dengan ujian itu, kita dapat kembali ke pangkuan jalan.

 p/s: pernah saya di uji, ketika itu saya takdapat mana-mana tawaran masuk IPTA pun.. permohonan melalui UPU pun gagal.. memang rasa sedih sangat, tapi takpe.. saya tahu nih ujian-Nya, Dia nak tengok saya kuat ke tak nak hadapi, saya bangkit, saya masuk tingkatan 6 di SMKA Segamat amik Pra-U STPM kat sane, dalam masa yang sama, saya tak putus harapan, saya dengan yakin buat E-Rayuan mohon USIM dan UIA,.. Sepanjang saya di SMKAS, saya tak berhenti berdoa dan Alhamdulillah genap 5 minggu, saya dapat tawaran daripada USIM, Tamhidi Syariah dan Undang-undang,, bila mana saya dah mula serasi dengan SMKAS, dengan kawan-kawan baru kat sana,, Allah makbulkan hajat saya, dengan perasaan sebak, saya keluar dari SMKAS, saya sambung pelajaran ke USIM, sebelum itu, saya dah istikharah dan insyaallah USIM pilihan yang terbaik.. 

Nota Hati: Takkan lah baru ditimpa ujian sikit, dah putus asa ? Rasulallah sendiri selalu diuji, Kekasih Allah tu..tapi Allah selalu uji baginda.. tapi Baginda tak pernah jatuh, baginda tetap bangun demi masa depan umatnya.. Rasulallah pun manusia biasa macam kita, takde bezanya pun.. Takkan semua perkara kat dunia nih yang kita akan hadapi nih nak senang dan mudah ? kemon laa, tak manis laa kalau semuanya senang,, betol tak ? ^_^

Tuesday, November 13, 2012

5 kesan manusia 'SEMPURNA'

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi membaca, dan tujuannya tak lain tak bukan ingin tahu apakah kesan manusia SEMPURNA itu.. :)

Pembuka kata pemanis bicara, saya pernah terfikir, dalam surah At-Tin ayat 4 "لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ" yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan". Sudah terang lagi bersuluh bahawa manusia ialah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna, tetapi.. kenapa Allah sengaja ciptakan kelemahan dalam diri seorang manusia itu(seperti mana yang Allah telah nyatakan dalam beberapa surah) sedangkan manusia diiktiraf sendiri oleh Allah sebagai makhluk ciptaannya yang paling sempurna. Logiknya, bila dah sebaik-baik ciptaan, maknanya tiada kelemahan, yang ada hanyalah kelebihan.. betol dop ??


#Ayat-Ayat Mengenai Kelemahan Manusia:
Surat Hud 9-11 9
Surat Al-Ashr 1-3 11
Surat Al-Isra’11 15
Surat Al-Isra’ 67 17
Surat Al-Ma’arij 19-21 22
Surat Al-Ma’arij 22-23 24
Surat Al-Ma’arij 24-26 25
Surat Al-Ma’arij 27-28 26
Surat Al-Ma’arij 29-35 27
 Ok, kembali pada tajuk utama, kesan manusia 'SEMPURNA' berikut merupakan antara kesan yang kemungkinan besar akan terjadi bila mana manusia yang ada di dunia di lahirkan dalam keadaan sempurna.
  
1. Hubungan antara manusia dengan Allah tidak akan pernah wujud. 
 Allah telah berfirman dalam Surah Adz –Dzariyat ayat 56: "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون" yang bermaksud "Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku." Berdasarkan dalil ini, jelas menunjukkan tujuan utama Allah menciptakan manusia ialah untuk menyembah-Nya. Sedangkan kita yang ada banyak kelemahan ini pun masih sombong dengan Allah, belum lagi kita nih sempurna, lagi laa langsung tak ingat Allah. Hakikat kan ? Bila tengah susah, tengah dilanda bencana, baru ingat Allah, baru nak menghadap sejadah,,Itu dalam keadaan kita yang serba kekurangan, jika dalam keadaan kesempurnaan ? Maka, firman Allah yang telah dinyatakan tadi akan menjadi fatamorgana sahaja.
2. Hubungan sesama manusia akan rapuh.
 
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 dan memabawa maksud : " Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)." Berdasarkan dalil ini, Allah memberitahu manusia bahawa Dia memang sengaja mencipta manusia berbangsa-bangsa, berpuak-puak, bersuku-suku dan sebagainya supaya mereka dapat mengenali satu sama lain dan mengiktiraf kelainan dan perbezaan masing-masing bagi tujuan bersatu dan bukan berpecah-pecah.  Perbezaan ini semua terjadi berdasarkan perbezaan iklim tempat tinggal mereka, hawa udaranya, letak tanahnya, peredaran musimnya dan seterusnya hingga lahirlah warna, wajah dan diri manusia serta bahasa yang berlainan, terpisah di atas bumi kerana keluasannya dan membentu kelompok-kelompok, kaum-kaum, bangsa-bangsa, suku-suku, keluarga dan unit-unit yang lebih kecil. Kita boleh bayangkan, jika kita dah sempurna,, takde nye kite nak berkenal-kenalan sesama kita, masing-masing sibuk mengejar dunia, malahan, tak mustahil akan wujudnya pertilangkahan sesama kita untuk membuktikan siapa yang lagi sempurna. Padahal, Allah ciptakan kelemahan dalam diri kita, agar kita dapat hidup dalam keadaan saling melengkapi, bukan saling mencaci.

3. Hidup ber-raja-kan NAFSU, bukannya AKAL. 

 Allah telah berfirman dalam banyak surah tentang nafsu, dan kesemuanya berbentuk celaan dan peringatan supaya berhati-hati dengan nafsu. Antara dalil yang ingin saya kemukakan ialah daripada surah Al-Mukminun ayat 71 yang bermaksud "Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu." Bila mana kita dah sempurna, maka semestinya hidup kita nih berajakan NAFSU, dan AKAL hanya akan tunduk pada kemahuan nafsu. Kita tak boleh nak halau nafsu macam mana kita boleh halau syaitan, sebab nafsu nih memang dah ade dalam diri kita, tapi kita boleh kawal nafsu kita. Suka untuk saya ingatkan, manusia yang hidupnya berajakan AKAL dan IMAN ialah KHALIFAH, dan manusia yang hidupnya berajakan NAFSU dan SYAITAN ialah PEROSAK. Nafsu takkan pernah puas dengan apa yang dimiliki, sebab itu, walaupun kita dah cukup sempurna, tapi kita akan pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada, dan sentiasa mahukan lagi dan lagi.

4. Bongkak dan takbur 

 Kita selalu dengar dalil ini kan ? Daripada Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih", tapi, apa kaitan nya dengan bongkak dan takbur ? Jom kita fikir dan fahamkan dalil ini, dalil ini menerangkan bahawa jika kita bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat kita, tapi jika kita kufur dengan nikmat Allah, Allah akan timpakan azab yang pedih ke atas kita, kita kaitkan dengan diri kita jika kita jadi manusia yang sempurna. Bila kita dah jadi manusia sempurna, TAKBUR DAN BONGKAK tuh memang menjadi sifat dan sikap utama kita... kufur nikmat pun sudah pasti laa... kita akan sentiasa berkira dengan apa yang Allah bagi kat kita, tak akan wujud rasa bersyukur dalam diri,  dan sentiasa rasa tak senang dengan apa yang Allah bagi kat orang lain, tak payah bila kita jadi sempyrna,, kita yang sekarang nih yang penuh dengan kekurangan nih pun selalu berhasad dengki, pantang nampak orang lebih sikit daripada kita.. ada saja yang kita akan buat kat orang tu... Kita juga akan jadi sama seperti IBLIS yang takbur dengan kehebatan diri, sehingga ingkar dengar perintah Allah yang enggan sujud pada tanah(Adam). Kita akan rasakan diri kita ini sempurna, hebat, dan tak da yang lebih hebat dari kita.. padahal Allah lagi maha sempurna.. memang dasar kacang lupakan kulit ~

5. Hati BATU malah lebih keras daripada BATU..  


"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggota badanya, iaitu hati" (HR. Bukhori)

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Rad ayat 28 di atas dan diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulallah s.a.w di riwayatkan oleh Bukhari.. jelas menunjukkan bahawa hati adalah bahagian yang paling penting dalam diri seseorang dan cara untuk melembutkan hati ialah dengan berzikir. Bila mana kita ni perasan sempurna, maka kita akan jauh dari Allah dan dalam masa yang sama, kita lupa Allah.. hypothesis yang bole saya buat dan kebarangkalian hypothesis ini tepat ialah 99.99% dengan izin Allah, "semakin jauh dan lupa kita kepada Allah, semakin keras hati kita", bila hati sudah keras, ia akan menjadi lebih keras daripada batu. Ingatlah, bila kita sudah sempurna, kita akan lupa segalanya,, tak caya ? Kita dah banyak kali dihidangkan dengan drama/movie yang mengisahkan tentang orang kaya lupa diri, bila da susah baru nak kembali.. ambil jelaa citer2 sebegitu sebagai contoh.. bila  da rasa diri tu sempurna, mula lah syaitan take-over,, mula lah bisikan-bisikan halus masuk perlahan-perlahan ke dalam hati kita, seterusnya, hati gelap ~~

Nota Hati: Qarun, Firaun dan lain-lain--Allah abadikan kisah hidup mereka hinggalah ke zaman kita sekarang, kerana apa ? sebagai peringatan agar kita tak rasa yang diri kita takbur, bongkak, rasa diri paling hebat.. Ingatlah, setiap yang Allah ciptakan dan tentukan itu ada hikmah, kerana itulah kita perlu menganggap bahawa kelemahan dalam diri kita adalah kelebihan dalam diri kita, dan juga peringatan agar kita tahu bahawa ada yang lagi sempurna dari kita, iaitu Allah. Jangan jadi KACANG LUPAKAN KULIT ~

Thursday, November 08, 2012

my cufic artwork (FULL TUTORIAL !!)

Assalamualaikum...

Atas permintaan ramai, di sini saya akan sediakan tutorial bergambar tentang penghasilan khat kufi murabba' yang saya buat selama ini, antara hasil karya saya, bole lihat di sini ataupun di sini ..

baiklah.. mula-mula sekali, bahan yang WAJIB anda ada PHOTOSCAPE dan GIMP 2.8.2, jika tiada, boleh download di sini: Photoscape   Gimp 2.8.2

OK, mari ikuti langkah berdasarkan gambar-gambar di bawah, ada 35 gambar :)

- Gimp 2.8.2 -
- Photoscape -
- nasihat saya, sebelum buat tu, buat laa rangka kat kertas graf dulu... ni adalah rangka khat kufi(USIM) yang saya akan buat dalam tutorial ini.. -
-buka Gimp -
- tekan "file" >> "New" -
- reka gambar dengan ukuran: lebar 1423, tinggi 800 -
- tekan "view", klik pada "show grid" dan "snap to grid" -
- tekan "image", klik pada "configure grid.." -
- ubah saiz grid, ambil saiz lebar dan tinggi nya "13" -
- tekan "rectangle" pada bulatan merah -
- mula mereka, reka ikut saiz kotak grid yang sedia ada, pastikan bilangan tinggi dan panjang kotak untuk setiap huruf kufi sama dengan yang dalam rekaan pada kertas graf tadi -
- lepas siap mereka, klik pada "bucket fill tool" ataupun hotkey nya "shift + B"  untuk mulakan proses mewarna khat kufi anda -
- warnakan dengan klik pada setiap huruf yang anda telah reka, untuk lebih mudah, tekan "shift" dan klik pada huruf rekaan anda :) -
- klik "crop tool" seperti dalam bulatan merah, setelah anda siap mewarna.. -
- pastikan jarak setiap sisi rekaan anda dengan kawasan untuk di crop ialah 2 atau lebih kotak grid.. -
- setelah siap crop, klik pada "fuzzy select tool", kemudian klik pada kawasan putih pada rekaan kufi anda -
- kemudian, klik pada "eraser tool", kemudia pilih bentuk seperti di no. 2, kemudian tentukan saiznya pada no. 3.. lagi besar saiz, lagi mudah untuk padam -
- kemudian, right click pada mana-mana tempat, kemudian pilih "layer" >> "transparency" >> "add alpha channel" -
- kemudian, klik pada rekaan anda, background rekaan kufi anda telah menjadi transparent -
- klik pada "fuzzy select tool" semula, kemudian klik pada setiap huruf kufi anda.. nak lagi senang, tekan "shift" pastu klik kat setiap huruf kufi -
- kemudian, klik pada "bucket fill tool", kemudian pilih warna anda, seperti dalam gambar -
- kemudian, pilih warna kesukaan anda, kemudian tekan "ok" -
- kemudian, klik pada setiap huruf kufi anda, lagi senang tekan "shift" pastu klik pada huruf kufi anda.. -
- bila dah puas edit, right click >> "file" >> "export",  ataupun, hotkey nye.. tekan "shift+ctrl+E" -
- rename hasil kerja anda, rename pada bahagian yang di hightlight sahaja.. file "png" tu jangan di ubah.. -
- unclick semua yang ade dalam kotak merah dalam gambar, kemudian tekan "export" -
- buka PHOTOSCAPE, kemudian klik "editor"-
- klik "menu" >> "new photo" -
- pilih saiz yang anda suka, pilih warna yang anda gemar, klik "more colors" untuk dapatkan pilihan warna yang lebih banyak, bila da sudah.. klik "ok" -
- klik pada bulatan merah, kemudian klik pada kotak merah, seperti dalam gambar -
- pilih hasil kerja yang anda simpan tadi -
- resize gambar(jika anda mahu), kemudian double click pada rekaan kufi itu, kemudian pilih "center", *rujuk gambar -
- jika anda mahu pusingkan kufi anda mengikut darjah tertentu, right clik pada kufi anda, pilih darjah yang anda ingin seperti yang ade dalam kotak merah pada gambar.. jika tak mahu, tekan "save" >> "save as" >> pilih lokasi folder untuk simpan >> "save" -
- jika anda sudah selesai, klik "save" >> "save as" >> pilih lokasi folder anda >> "save"
- ini lah hasilnya... -

ini lah sahaja tutorialnya.. nampak panjang,, sebenarnya mudah sahaja... selamat mencuba ! ^_^V

Nota Hati: Di mana kemahuan, di situ ada jalan.. :)

special guest :)