Thursday, September 16, 2010

azan . . . . .


الله اكبر  ,  الله اكبر
اشهد ان لا اله الا الله  ,  اشهد ان لا اله الا الله
اشهد ان محمدا رسول الله  ,  اشهد ان محمدا رسول الله
حي على الصلاة  ,  حي على الصلاة
حي على الفلاح  ,  حي على الفلاح
الله اكبر  ,  الله اكبر
لا اله الا الله   


 . . a s s a l a m u a l a i k u m . .

ermm .. hari ini aku ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kejadian yang menjadi tanda keagungan dan keesaan Allah S.W.T ... 
Kejadian ini akan berlaku setiap kali azan di laung di surau dan masjid berdekatan dengan rumah aku .. Aku selalu melayari internet pada waktu tengahari , petang , dan malam .. Alhamdulillah .. Internet dirumah aku tidaklah selambat mana , bahkan boleh dikatakan agak laju juga lah proses 'loading'nya .. Akan tetapi .. segala proses akan menjadi lambat untuk sementara waktu ketika mana azan di laungkan .. Contohnya .. Ketika aku sedang melayari 'myspace' dan 'facebook' .. Segala proses akan menjadi lambat .. "Ya Allah ,, Maha Agungnya kalimah-Mu Ya Allah" .. Pada mulanya aku berasa pelik .. Kenapa terjadinya perkara sebegini ..  Tetapi , lama-kelamaan akhirnya aku mula memahami .. Bahawa ada hikmah kenapa semua ini terjadi ..

hazimahmad bertambah pengetahuan ~

_____________________________________

Disini aku hendak berkongsi tentang sejarah , hukum dan dalil tentang azan ..

1)   :: SEJARAH AZAN ::
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabbah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrilmendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
2)   :: SUNAT AZAN ::
Hukum melaungkan azan adalah sunnat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.
3)   :: DALIL AZAN ::
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sekian . . .  wasalam ~

special guest :)