"tak malu ke ?" haa..tajuk ni berkenaan kehidupan seorang pelajar khususnya dan untuk masyrakat am nya...
kadang-kala saya terfikir..kenapa ya.. bila seseorang itu hadapi masalah..baru nak mengadu pada Al-Khalik ? Baru nak menghadap sejadah, nak dirikan pelbagai solat sunat dan berbagai lagi..tapi bila senang, langsung lupa semua.. sejadah hanya jadi perhiasan, Al-Khalik dibelakangkan..
Bila difikir balik, bila kita ada sesuatu hajat..bersungguh-sungguh kita berdoa..dengan harapan agar Al-Khalik mengkabulkan hajat kita dengan segera, tetapi..cuba kita imbas kembali.. kita renungkan dalil naqli daripada potongan ayat 56 surah Ad-Dzariyat:
bila kita fahamkan ayat ini, kita dapat lihat.. perintah Allah.. ringkas jea kan ? Mafhumnya, Al-Khalik memerintah hamba-hamba-Nya untuk beribadah kepadanya..itu sahaja permintaan-Nya..1 sahaja kan ? B-E-R-I-B-A-D-A-H..BERIBADAH..tapi kita ? adakah kita istiqamah dalam menunaikan permintaan-Nya ? Tepuk dada tanya iman, tanya diri.. Memang lah Al-Khalik tak heran pun kalau kita tak istiqamah dalam ibadah kita, tapi kita fikir lah.. seperti kita lah..cerminkan diri..kalau kita ada permintaan tapi orang tu tak tunaikan..pastu orang tu buat permintaan kat kita..agak-agak kita nak tunaikan tak ??وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
Memang tak dinafikan, jika ditanya pada mana-mana pelajar cemerlang yang berjaya dalam setiap peperiksaan tentang apakah rahsia kejayaan mereka ? antara jawapan popular ialah "Istiqamah dalam ibadah, mengaji al-quran, puasa dan banyak lagi" LIHAT ! Hablun minallah(hubungan dengan Allah) itu sangat dijaga oleh mereka. Oleh kerana, mereka menjaga hubungan mereka dengan Al-Khalik..maka Al-Khalik akan senang hati untuk mengkabulkan doa mereka.
Ini tidak, kalau lepas solat secepat yang boleh nak kuar dari surau..alasan sebab panas -,- baru panas dunia dah macam tu, belum kat padang mashyar lagi.. matahari sejengkal daripada kepala sahaja. Surau panas pun sebabkan dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang hari itu, INGATLAH ! mereka yang sombong dengan Allah ialah mereka yang tidak berdoa pada setiap selesai mendirikan solat fardu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
notahati: