Sunday, June 17, 2012

dedikasi khas untuk kalian :')

Assalamualaikum..

Pada mula aku menjejakkan kaki ke tempat itu, orang pertama yang aku kenal ialah Firdaus, Farid, Taufil dan Amir Hakim.. kemudian lanjutan daripada situ aku mula mengenali kalian semua..lelaki dan perempuan.. Aku terharu dengan sifat kalian.. sebab langsung tak pilih kawan.. kalian ceria dan mesra dengan aku, walaupun aku masuk lambat(ponteng 7 hari orientasi) =)


Minggu pertama aku bersama kalian.. 21/5 ~ 26/5




Kalian selalu bersama aku, walaupun aku masih janggal dan belum rapat dengan kalian, namun kalian tetap terima seadanya.. Ketika di bilik seminar sewaktu penerangan dan pembentangan subjek-subjek STPM, pembahagian jawatan dan banyak lagi.. aku masih ingat sampai sekarang.. Minggu itu juga aku mula sesuaikan diri dengan kalian, cuba berinteraksi sesama kalian, cuba bermesra dengan kalian dan macam-macam lagi.. Kekok juga mulanya.. Namun Allah permudahkan urusan aku pada ketika itu.. Akhirnya.. aku berjaya untuk merapatkan diri aku bersama kalian...


Minggu kedua aku bersama kalian.. 27/5 ~ 31/5




Pada minggu kedua ini, aku nekad untuk kenal semua ahli dalam batch aku.. Aku mula berta'aruf dengan perempuan-perempuan batch aku.. Pada mulanya aku agak malu.. Namun Allah permudahkan urusan aku pada ketika itu.. Aku berjaya untuk tahu dan ingat nama semua pelajar perempuan dalam batch aku.. dan aku juga sudah boleh bergurau sesama kalian.. sama ada lelaki mahupun perempuan.. kerana aku memang begitu.. itu lah cara aku untuk eratkan lagi ukhwah sesama kita.. Aku juga berjaya naik bas dari Segamat ke Johor Bahru.. jalan kaki bersama kalian dari masjid(selepas solat Jumaat) ke bas stop.. naik bas ke basten. :')



Minggu ketiga dan minggu ke empat..ketika cuti sekolah..



Pada cuti sekolah yang lepas.. aku bercadang ingin menubuhkan group batch.. Alhamdulillah.. kalian memang mesra dan menyokong aku.. terima kasih kalian.. kalian juga memeriahkan group itu.. sepanjang cuti.. aku banyak habiskan masa lapang aku di group itu.. hanya untuk bersama kalian, aku juga update group itu dan sentiasa baca status kalian yang pelbagai.. chat group juga tak pernah sunyi daripada kalian.. ada saja cerita dan omelan yang kalian sampaikan.. sejujurnya.. aku gembira :') semoga ukhwah kita erat sehingga ke akhir hayat..


Minggu kelima bersama kalian 11/6 ~ 17/6


Sesi pembelajaran telah pun bermula.. aku lihat kalian semua bersemangat untuk belajar.. siap sampul fail-fail dengan sampul yang macam-macam warna.. aku juga bersemangat nak belajar bila lihat kalian bersemangat.. pengajian bermula.. Sejarah dengan pembahagian kumpulan belajar, Syariah dengan pembahagian pembentangan, Pengajian Am dengan tutor belajar dan karangan, MUET dengan karangan journal, Bahasa Arab dengan membariskan memaknakan juga membuat soalan.. aku bersemangat ! Aku juga ceria ketika belajar bila lihat kecerian kalian.. gurau-senda itu semua fitrah pada aku.. aku tak ambil kesah.. Kumpulan Sejarah juga ak bersemangat mengajar kumpulan aku (Amir Hakim, Farhana) dan beberapa kumpulan yang lain..


Namun,



Tidak aku duga.. pada petang Khamis sekitar jam 5 petang.. Hati aku tergerak untuk menghidupkan henfon ku.. mengujakan apabila dapat mesej daripada pihak USIM, aku terus hubungi keluarga dan senior untuk meminta pandangan.. Namun, dalam hati ada tersayat perasaan sedih.. "adakah ini pengakhiran aku dengan kalian ?" Aku perasan.. ketika aku umumkan berita itu pada kalian, ada di antara kalian yang tarik muka.. seakan tak merelakan pemergian aku.. Pada ketika itu.. Hati aku berperang.. "mahu teruskan STPM ataupun USIM ?" .. Atas nasihat kalian.. Meminta aku untuk beristikharah.. Pada malam Jumaat,  sekitar jam 12 tengah malam.. aku menunaikan solat istikharah.. dan aku juga mendapat pendapat daripada-Nya.. USIM itulah pilihan-Nya.. Pada subuh Jumaat, aku mula sedih.. dan aku mula menghitung hari-hari terakhir aku bersama kalian.. Ya Allah, bertapa pedihnya aku.. nak hadapi saat perpisahan bersama kalian.. walaupun hanya 5 minggu kenal kalian.. namun aku rasa seperti sudah kenal 5 tahun.. Setiap maghrib, air mata mengalir bila memikirkan kalian.. Apa yang terjadi pada kalian ketika aku tiada, tapi aku tak nak beritahu kalian.. setiap maghrib juga aku doakan agar Allah makbulkan doa dan hajat kalian, Allah permudahkan urusan kalian, Allah cemerlangkan STPM kalian..


Subuh 17/6..


Subuh terakhir aku di Surau Hassan Al-Basri juga saf pertama yang terakhir untuk aku.. Aku berhajat untuk mengimamkan solat subuh kalian, dan alhamdulillah.. Allah makbulkan.. aku berjaya mengimamkan.. ketika berdoa.. aku berhajat,, agar Allah makbul segala doa aku untuk kalian.. Secara tak sengaja air mata aku mengalir bila teringatkan bahawa itu doa terakhir aku untuk kalian.. aku minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan doa aku ketika itu kerana gagal mengawal perasaan aku..


Jam 11 pagi..


Aku terharu kerana kalian sanggup luangkan masa untuk mendengar pesanan-pesanan aku yang terakhir.. walaupun ada yang tidak hadir.. namun tak mengapa untuk aku.. aku lihat wajah-wajah kalian untuk kali terakhir.. juga berhajat.. agar wajah-wajah ini menjadi antara hamba Allah yang berjaya dalam bidang yang diceburi.. setelah selesai sampaikan pesanan, aku sisipkan dengan serangkai doa.. doa perpisahan antara aku dengan kalian kerana Allah.. aku tak jangka yang aku akan menangis depan kalian walaupun aku cuba tahan.. tapi aku berjaya menghabiskan doa aku.. Aku berharap agar Allah dengar doa aku ini dan memakbulkannya..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------







# maaf kalau ade yang tak masuk dalam gambar.. gambar-gambar ini pun aku amik dari kalian.. yang penting.. doa aku sentiasa mengiringi perjuangan kalian.. bi iznillah insyaallah =)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datangnya kalian membawa harapan, pulangnya kalian membawa kejayaan.. lunaskanlah hajat yang terlintas di hati kalian..

ingat pesan aku.. 
"KALAU NAK BERJAYA TAK PERLUKAN ALASAN YANG BERBAGAI"

 kenang aku dalam doamu:
Hazim Ahmad

special guest :)