Sunday, July 22, 2012

jika dibandingkan harta dunia..

Assalamualaikum dan salam al-mubarak :)

Pada suatu hari, datang seorang anak bertemu ayahnya seraya bertanya:

"Ayah, kenapa yuran kat sekolah nih mahal ? Pastu kalau ade program ilmiah, seminar, bengkel pun kena bayar.. mahal pulak tuh. kesian ayah nak bayar"

Si ayah senyum terharu mendengar rintihan anaknya yang prihatin terhadapnya..

"Adik, kenal tak Imam Ghazali ?"

"Kenal, kenapa dengan dia ?"

"Adik penah tak dengar, macam mana uasaha dia untuk dapatkan ilmu ?"

"Tak pernah pun, yang adik tahu dia antara ulama yang tersohor dan dikenali seluruh dunia."

"Hmm.. kalau adik nak tahu, zaman dulu.. tak de pun program-program ilmiah yang macam adik dapat hari ini, zaman dulu.. adik kene merantau ke negara lain semata-mata untuk menuntut ilmu, zaman sekarang tak lagi, zaman sekarang semua dah ada depan mata adik, terpulang pada adik nak ke tak. Imam Ghazali dulu, bila dengar ade ulama di sebuah negera tu.. dia sanggup bermusafir ke negara itu untuk bertemu dengan ulama yang ade di situ kerana mahukan ilmunya. Sampai macam tu sekali usaha seorang insan yang dahagakan ilmu untuk mendapat ilmu daripada orang lain"

"kalau adik nak tahu lagi, ilmu ni tinggi dan mahal nilainya.. Kalau adik nak hidup di dunia nih, adik kena ade ilmu, kerana ilmu tu penyuluh kehidupan. Rasulullah sendiri pernah bersabda: "menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap muslim".. dulu ayah pun macam adik gak, belajar.. tapi masa zaman ayah dulu... takde pun seminar, bengkel ni semua.. ayah belajar kat sekolah jea.. habis sekolah..balik rumah.. sebab dulu ayah susah.."

"Adik, jangan lah persoalkan kenapa yuran sekolah tu mahal, kenapa yuran penyertaan program tu mahal, sebab yang tanggung tu semua ialah ayah, tanggungjawab adik belajar sungguh-sungguh. Yang mahal tu bukannya apa, tapi kualiti ilmu yang dimiliki oleh penceramah program tu haa... dia dah belajar tinggi-tinggi, dah berjaya dengan susahnya.. bersyukurlah sebab ade lagi insan yang murah hati untuk kongsikan ilmunya.."

Nota Hati: Yang mahal itu nilai ilmu, bukan nilai si penyampai ilmu,, kerna dibandingkan ilmu dengan harta dunia, ilmu lagi berharga, kerana harta akan habis, tapi ilmu takkan habis dan jadi bekalan hidup dunia akhirat.


special guest :)