Tuesday, May 08, 2012

selangkah menggapai bintang PART II

Assalamualaikum.
"hazim, ibu selalu doakan yang hazim akan dapat lanjutkan pelajaran hazim di sebuah pusat pengajian yang dapat mengubah dan mencantikkan akhlak dan keperibadian hazim"
 Mungkin ini jawapan yang terbaik untuk menjawab pelbagai soalan yang timbul dalam benak dan fikiran saya..
"Takkan lah 8 U aku mohon, takde 1 pun yang sangkut nama aku ? tak pun, kalau dah lapan-lapan yang aku mohon semua tak layak..takkan lah pihak UPU tak letak nama aku kat mana-mana U yang ada kat Malaysia nih"
Alhamdulillah, atas dorongan keluarga dan para sahabat.. hati saya terbuka untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS).. Rasanya ramai yang tahu tentang sekolah ini..

 kalau di ikutkan,, sekarang (8/5/2012) saya sudah mula bersekolah disana..dan wajib melalui program orientasi selama 2 minggu.. namun dek kerana datang dengan sehelai sepinggang.. saya diberikan masa sehingga Ahad ini untuk melengkapkan segala keperluan. Al-maklumlah.. saya cuma terima surat tawaran daripada KPM, dan tidak dari SMKAS..Nama pun takde dalam senarai.. tapi cikgu kat sana dah maklumkan..mungkin berlaku kesilapan teknikal..sebab bila KPM dah maklumkan kat pelajar, maknanya..KPM jugak dah maklumkan kat sekolah yang ditawarkan..

 - SMKAS-

Saya akan memegang gelaran PELAJAR pada hari Ahad ini, dan saya sudah bersedia untuk menghadap segala cabaran di sekolah baru ini ! Ada hikmah mengapa saya ditakdirkan untuk belajar di SMKAS, cuma saya belum nampak lagi.. dalam masa yang sama, saya juga masih menunggu keputusan IPG SMA, jika layak ke temuduga, saya akan usahakan untuk menghadirinya..dan jika saya layak... Insya'allah saya akan istikharah..moho bantuan daripada-Nya

Mungkin rezeki saya bukan di:
  • Darul Quran
  • Matrikulasi
  • Program Diploma
  • Program Asasi
  • Institut Pendidikan Guru
Munkin rezeki saya di:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat

Metodologi hati:
Jangan sesekali memandang Tingkatan 6 dengan sebelah mata sahaja, pandanglah dengan kedua-dua belah mata.. STPM..kami akan melaluinya selama 1 tahun setengah..dan akan ke universiti di peringkat Ijazah.. Seiring dengan pelajar Matrik/Asasi/Diploma.... walau apapun kita, siapapun kita,, kita tetap hamba-Nya yang sentiasa dahagakan ilmu :)

special guest :)