Thursday, April 12, 2012

mesej berantai ?

Assalamualaikum w.b.t :)

Apa khabar pembaca sekalian.. Macam-macam yang dah berlaku pada dunia zaman sekarang atau pada dunia akhir zaman nih.. semalam dunia digemparkan lagi dengar gegaran berskala 8.3 di Indonesia, negeri-negeri di pantai timur Malaysia juga dinasihatkan berjaga-jaga. Alhamdulillah, amaran tersebut telah pun ditarik semula.

Berkenaan tajuk entri pada kali ini iaitu "MESEJ BERANTAI ?", saya rasa..semua sedia maklum kan ? Tentang apa itu mesej berantai. Mesej yang tidak ada penghujungnya tidak ada titik noktah. Saya menjadi pelik laa... kenapa mereka-mereka yang forward mesej-mesej macam-macam nih, main forward jea,, macam langsung tak selidik kebenaran dan kesahihannya.

Padahal kalau ikut logik akal fikiran manusia.. perkara-perkara yang mereka forward kan tu, macam tak wujud dan fatamorgana je !

Tak kira lah sama ada melalui facebook ataupun sistem pesanan ringkas(SMS), kalau yang melalui SMS, kan mereka hanya membazir kredit mereka semata-mata forward kan fitnah tu kepada kenalan-kenalan mereka. Saya nak tanya lah,
  1. anda tak takot ke sebarkan fitnah ?   
  2. anda takutkan kesan yang akan anda hadapi jika anda tak forward kan mesej tu ?  
  3. anda yakin bahawa tindakan anda dengan meng-forward-kan mesej tu adalah tindakan yang betul dan terbaek ?
Sejujurnya, sejak saya mula pegang handphone(2008), sejak saya ber-facebook(2008).. dah berlambak mesej berantai yang saya terima, tapi saya jarang forward-kan.. dan sekarang bila saya terima mesej tu, saya akan padam ! Antara alasan munasabah saya kenapa saya padam dan tak forward kan:
  • malas nak bazir kredit
  • perkara masih shubhah, tak tahu lagi betul atau salah.. takut kalau sebarkan..tersebar fitnah.
  • ajal maut, nasib kita semuanya di tangan ALLAH, bukan pada "forwardkan mesej"
  • pilihan di tangan kita, terpulang laa kita nak forward ke tak, hak kita.. kan ?
ini adalah antara bentuk mesej berantai yang selalu saya terima, tak mustahil anda juga pernah menerimanya :
SEBARKAN!! Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku Benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku Suka Israel ." Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud " USA " "I" bermaksud " Israel ".
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam m......... elemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon. LAGI SATU : Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan
iPhone 4G. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya
merujuk kepada ' Israel '. 4G pula bermaksud "GOD, GOLD, GLORY and GIRL". kalu kamu benar2 cintakan ALLAH S.W.T dan RASUL S.A.W , sila sebarkan kepada semua Rakan Facebook Anda ~
aaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn ...........dan tolong baca dgn sangat teliti.seorang anak dari aceh barat, di tubuh anak itu trdpt tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dgn hewan2 apapun. Ini tanda kiamat, saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dlm 1 jam.. apabila saya melanggar, saya akn trkena musibah, sya akn slalu gagal dlm usaha saya, dan cita2 saya tdk akn tergapai, anda sudah bernazar...maaf ya,, saya jg korban#Sebarkan



 metodologi hati :
wallahu'alam:
HazimAhmad

special guest :)