Friday, October 07, 2011

tabarruj ??

Assalamualaikum semua (:

 Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka ..” 
[surah An-Nur (24) : 31]

“Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”  
[Riwayat Abu Dawud]


Tabarruj. 
Bahasa: Membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata.
  • Imam Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja membuka atau mendedahkan apa-apa yang sepatutnya disembunyikan.
  • Imam An-Nasafi: Berjalan berlenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. 
Apakah itu tabarruj ?
  1. Mendedahkan aurat yang sepatutnnya ditutup.
  2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya dilihatkan melainkan kepada suami atau bukan ajnabi.
  3. Bertingkah laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
  4. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
  5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
  6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki seperti memakai pemerah pipi(blusher), eye shadow, memakai wangian yang berlebihan di luar rumah.
Perhiasan pada badan
  1. Perhiasan yang berada pada bahagian yang bukan aurat(muka dan tapak tangan) seperti celak, cincin dan gelang.. Harus diperlihatkan
  2. Perhiasan yang berada pada bahagian aurat(selain muka dan tapak tangan) Haram diperlihatkan.  kecuali pada bukan ajnabi atau suami sahaja yang boleh diperlihatkan..


Pada hari ini, masih ramai lagi hamba-hamba Allah yang keliru tentang maksud sebenar tabarruj, dan ada juga yang langsung tidak mengetahui apakah itu tabarruj. Ambil perhatian tentang isu tabarruj ini. Tabarruj merupakan amalan masyarakat Jahiliah pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam. Mengapa kita asyik sibukkan diri kita untuk meniru cara dan gaya kehidupan masyarakat jahilliah ? Sedangkan Islam telah memberikan garis panduan tentang cara dan gaya kehidupan yang diredai dan disukai oleh Allah. Tepuklah dada, tanyalah diri anda. Wallahua'lam.


oleh: Hazim Ahmad

special guest :)