Saturday, October 08, 2011

bantulah aku, Ya Allah ...

Assalamualaikum :')

Pagi-pagi sudah melayari Facebook, dengan tujuan membuka profil kawan-kawan untuk melihat gambar-gambar Kem Bahasa. Seterusnya, dipaparkan kepada bonda tercinta.. Kemudian, hati ini tergerak untuk membuka profil kawan lama, alangkah terkejutnya.. Kakaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan berbekalkan biasiswa daripada JPA. Biasiswa yang hanya ditawarkan kepada mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Tahniah atas kejayaan si kakak dan semoga berjaya dalam berjihad di negara timur tengah.

Percubaan SPM telah pun berlalu, 3 minggu berjihad di medan Harun Ar-Rashid bagaikan sekejap rasanya. Pelbagai buku telah dibuka dan dibaca. Pelbagai soalan telah dijawab. Terasa bagaikan sedang menghadapi peperiksaan sebenar.

Keputusan percubaan tidak begitu memberangsangkan pada ibu dan ayah, apa yang patut dilakukan ? Pelbagai ujian yang datang bertalu-talu seperti hujan yang tak pernah berhenti pada musim tengkujuh. Masalah dengan kawan itu yang paling utama di sekolah, tak tahulah apa yang tidak memuaskan hati mereka, mereka hanyalah minoriti sahaja. Kenapa mereka sibuk mahu mengganggu hidup orang lain sedangkan orang lain tak mengganggu hidup mereka ? Ketika hati ini ingin memaafkan mereka, ada sahaja onar yang mereka nak lakukan terhadap hati ini. Bersabarlah wahai hati, Allah sedang menguji engkau melalui sahabat engkau ini. Allah maha penyayang, Dia berikan ujian kepada hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya itu. Hati ini sedang cuba untuk diluaskan, agar dapat menerima segalanya dengan terbuka tanpa terkesan pada dasarnya.

Ya Allah,
sungguh ! pada saat ini, aku tersangat memerlukan bantuan daripada Mu,
aku hanyalah insan yang lemah,
namun aku mempunyai hajat dan cita-cita yang kuat,
aku tidak mahu menghampakan harapan ayah untuk kali ke 2,
aku mahu menyampaikan hajatnya selagi hayatnya dikandung badan,
menjadi seorang jurutera Islam yang berjaya,
itulah harapannya dan aku tidak mahu menghampakannya..

Ya Allah,
sungguh ! aku tercabar dengan kejayaan akak ku,
aku cemburu dengan kejayaan yang dia miliki,
dia berjaya menyampaikan hajat ayah,
dia tidak pernah menghampakan hajat ayah,
kerajinan dan ketaatannya tidak dapat aku tandingi..

Ya Rahman,
sungguh ! engkau berikanlah kepada ku,
kejayaan atas apa-apa yang telah aku usahakan,
dalam meniti liku-liku kehidupan,
engkau luaskanlah hati ku,
agar aku dapat menerima hakikat duniawi ini,

Ya Rahim,
sungguh ! aku yakin ada hikmah yang tersirat di sebalik ujian-ujian yang berikan kepada ku,
aku tidak akan mudah mengalah dan berputus asa,
kerana aku seorang khalifah,
aku akan menjadi seorang pemimpin,
ujian yang engkau berikan kepada kekasih-Mu itu lagi berat,
berbanding aku yang hanya berstatuskan hamba,
yang hanya meminta dan mengharap,
setelah aku berusaha dengan bersungguh-bersungguh...

engkau tunaikanlah hajat hamba ini... amin...

-hamba-Mu yang mengharap-

special guest :)