Thursday, September 16, 2010

azan . . . . .


الله اكبر  ,  الله اكبر
اشهد ان لا اله الا الله  ,  اشهد ان لا اله الا الله
اشهد ان محمدا رسول الله  ,  اشهد ان محمدا رسول الله
حي على الصلاة  ,  حي على الصلاة
حي على الفلاح  ,  حي على الفلاح
الله اكبر  ,  الله اكبر
لا اله الا الله   


 . . a s s a l a m u a l a i k u m . .

ermm .. hari ini aku ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kejadian yang menjadi tanda keagungan dan keesaan Allah S.W.T ... 
Kejadian ini akan berlaku setiap kali azan di laung di surau dan masjid berdekatan dengan rumah aku .. Aku selalu melayari internet pada waktu tengahari , petang , dan malam .. Alhamdulillah .. Internet dirumah aku tidaklah selambat mana , bahkan boleh dikatakan agak laju juga lah proses 'loading'nya .. Akan tetapi .. segala proses akan menjadi lambat untuk sementara waktu ketika mana azan di laungkan .. Contohnya .. Ketika aku sedang melayari 'myspace' dan 'facebook' .. Segala proses akan menjadi lambat .. "Ya Allah ,, Maha Agungnya kalimah-Mu Ya Allah" .. Pada mulanya aku berasa pelik .. Kenapa terjadinya perkara sebegini ..  Tetapi , lama-kelamaan akhirnya aku mula memahami .. Bahawa ada hikmah kenapa semua ini terjadi ..

hazimahmad bertambah pengetahuan ~

_____________________________________

Disini aku hendak berkongsi tentang sejarah , hukum dan dalil tentang azan ..

1)   :: SEJARAH AZAN ::
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabbah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrilmendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
2)   :: SUNAT AZAN ::
Hukum melaungkan azan adalah sunnat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.
3)   :: DALIL AZAN ::
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sekian . . .  wasalam ~

Wednesday, September 15, 2010

insya'Allah - Maher Zain







Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astra
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way




kelisa oohhh arowana

 . . a s s a l a m u a l a i k u m . .


Ermm .. sekarang ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat kepada pembaca-pembaca yang di hormati .. Pada jam 8.45 malam tadi .. Aku sekeluarga dalam perjalanan hendak beraya ke rumah sepupuku di Jalan Abd Samad .. Ayah aku singgah kat Larkin Perdana sebab ibuku hendak ke kedai cermin mata Menara untuk membetulkan cermin matanya .. manakala aku dan ayah pula singgah ke kedai burung dan haiwan perliharaan .. ayahku kesana bertujuan hendak 'merisik' dengan penjual tentang joran pancing yang terbaru .. aku pula khusyuk melihat seekor ikan ciptaan Ilahi yang sungguh cantik ini .. ikan tersebut ialah ikan kelisa ..
Apa yang menarik perhatianku terhadap makhluk ini ialah .. biarpun saizn panjangya tidak lebih daripada 30 cm .. tetapi harganya mencecah RM100 - RM180 .. Aku mula terfikir .. Itu baru saiz yang tak lebih daripada 30 cm .. belum lagi yang saiz dewasa .. Entah berapa ribu harganya tu .. Ape lah yang menyebabkan ikan ini sungguh nilainya di pasaran ea ?? 

Sejurus keluar dari kedai tersebut .. Aku terus bertanya kepada ayahku ..

aku : "Ayah , nape harga ikan kelisa tadi ue mahal giler ??                            Padahal bdn dye kcik je ??"
ayah : "Ziem , kw tngok ah sisik dye , kn warne emas ue .. mesti                     ahh mhl .."
aku : "owwwhhh .. tu je kew ??"
ayah : "tak ahh , bnyk lgy ,,, senang cter .. blik ni kw bkak internet             ..  cri mklumat psl ikan kelisa ue"
aku : "ok.. ;-)"

___________________________________________

Sampai sahaja di rumah .. aku terus melayari internit untuk mencari maklumat tentang ikan kelisa .. dan ini antara maklumat yang aku peroleh ..




1) maklumat tentang ikan kelisa
2) beberapa video tentang ikan kelisa daripada youtube

.. klik link-link diatas ini untuk melihat beberapa maklumat yang aku peroleh ..


Lihatlah .. betapa agungnya ciptaan-Nya .. setiap kejadian penciptaan-Nya di penuhi dengan pelbagai hikmah .. dan kita sebagai hamba yang hina ini .. perlulah kita mencari hikamh tersebut .. 

TAKBIR !!  allahuakbar !! allahuakbar !! allahuakbar !! 

Monday, September 13, 2010

rentetan perayaan 2010

 . . . a s s a l a m u a l a i k u m . . .

Apa khabar pembaca-pembaca yang di hormati ?? Hari ini aku akan berkongsi tentang sambutan perayaan aku di kampung... Pada raya pertama aku beraya di rumah adik-beradik ayahku di Muar.. kawasan mana entah aku pun tak tahu..hhuhu..
Tapi..dalam pukul 7.15 petang aku dah tiba di rumah rumah atok dan nenek sebelah ibu di Simpang Renggam... act,, tok pengatahuan semua.. aku cuma ada atok dan nenek sebelah ibu sahaja.. yang sebelah ayah dah lama dah tiada .. hmmm.. sedekah Al-fatihah tok diaorang... al- fatihah...
Bagi aku , pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah bila ayah aku bercadang nak buat majlis doa selamat tok cucu-cucu atok yang akan menghadapi peperiksaan yang akan datang...dia bercadang hendak membuat ikan siakap dan ikan cencaru bakar..semua sepupu aku ambil bahagian dalam aktiviti ini..ada yang menyiang ikan dan ada yang membakar ikan...aku , abang sedara aku dan pak andak aku  ambil bahagian dalam bidang menyiang ikan sebab aku pandai menyiang ikan.. ngee~
><br />
</div><div style=
..mereka yang menyiang ikan..(aku yang berbaju putih sambil memegang ikan)

..sebahagian yang membakar ikan..

..ikan cencaru yang di bakar..

..ikan siakap yang di bakar..


Mungkin bagi para pembaca ini adalah perkara biasa.. tetapi bagi aku.. ini adalah pengalaman manis dalam hidup aku..thanks dad.. 
I LOVE YOU !
Inilah hero-hero dan heroin-heroin kebanggaan Atan bin Abdullah (atok) dan Ramlah bte Hj Sukimi (nenek) yang menjadi ingatan sepanjang zaman .. amin..

we are the heroes !!! (aku yang berbaju hitam duduk di atas sofa)

we are the heroins !!!

Friday, September 10, 2010

jumpa lagi 'kurma' , selamat datang 'ketupat'

pejam celik , tak perasan pula sudah 30 hari kita berpuasa .. Sekejap rasenya hari berlalu ,, entah kita akan bertemu pada Ramadhan yang akan datang atau tidak ,, siapa tahu ?? Kita sama-sama lah berdoa agar di panjangkan umur supaya dapat kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ....

~ s a l a m  R a m a d h a n ~

pertama kali dalam sejarah kehidupan asrama aku .. aku bangun sahur dan makan di dewan makan sekolah selama 24 hari (10/08/2010 - 03/09/2010) tanpa terlepas walau sehari pun .. alhamdulillah .. moga-moga di Ramadhan akan datang .. dapatlah aku mengulanginya lagi .. amin
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , aku dan rakan-rakan seperjuangan berjihad di medan pertempuran PERCUBAAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2010 .. Alhamdulillah .. tiada sebarang spekulasi yang tidak di ingini berlaku semasa proses peperiksaan belangsung selama seminggu (23/08/2010 - 30/08/2010) bahkan aku dapat menjawab kesemua soalan , walaupun ada soalan-soalan yang senang dan ada juga soalan-soalan yang susah , namun aku menjawabnya juga ...
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , para pelajar di kehendaki mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran .. Aktiviti ini di jalankan dalam usrah dan dilakukan secara bertadarus yang disemak oleh para naqib dan naqibah dalam setiap usrah tersebut ..
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , berlangsung sambutan ambang kemerdekaan di Dewan Harun Ar-rashid pada malam 30/08/2010 .. pelbagai aktiviti telah dilakukan sementara menunggu detik-detik yang amat bermakna dalam hidup setiap lapisan masyarakat antaranya .. persembahan koir oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 , tazkirah kemerdekaan oleh penceramah undangan , dan sebagainya ...
Semasa di bulan Ramadhan ini jugalah , berlangsungya program 'Majlis Khatam Al-quran , solat hajat' bersama ibubapa para pelajar .. biar pun tentatif programnya bermula pada jam 03.00 a.m , tetapi para ibubapa tetapi menghadiri bagi menjayakan lagi program tersebut ..
dan banyak lagi peristiwa-peritiwa yang berlaku di bulan barakah ini yang banyak memberikan aku pengalaman hidup yang amat berguna pada aku ..

Sungguh aku tak dapat lupakan kenangan manis ini ketika di bulan Ramadhan , semoga menjadi ingatan yang berkekalan .. dan semoga aku dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang .. amin ..

~ s a l a m      L e b a r a n ~

Photobucket
~salam aidilfitri ~
" Ketika Ramadhan telah lepas , tiada zikir yang lebih pantas selain takbir kepada pemilik'Arsy .. tiada yang lebih bermakna selain pintu maaf yang terbuka "
,,satukan hati,,
,,satukan tangan,,
..itulah indahnya silatturahhim..
.. minalaidiwalfaizin ..
.. maaf zahir dan batin ..

Sunday, September 05, 2010

cinta ?

bila sebut pasal cinta...semua orang akan tahu apa itu cinta...
adakah cinta itu ialah hubungan yang membawa kepada kelahiran anak luar nikah ?
adakah cinta itu ialah hubungan yang membawa kepada penzinaan ?

pada aku..

cinta adalah fitrah semula jadi yang di kurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada setiap hambanya di muka bumi ini..

tujuan sebenar aku menulis blog pada kali ini, bukanlah ingin bercerita tentang cinta..tapi..aku ingin berkongsi tentang "kesan hubungan percitaan dalam dunia pelajar"


sejujurnya..aku belum pernah jumpa lagi insan yang dilamun cinta di bangku persekolahan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan...bagi aku...cinta monyet ini agak tidak sesuai bagi pelajar-pelajar kerana akan menganggu tumpuan dalam pelajaran...para kaunselorsekolah juga bersepandapat dengan kenyataan aku ini...
ustazah aku....Ustazah Mashitah bte Abd Rahman yang mengajar subjek al-quran dan hadis...pernah mengatakan kepada kami..kalau kita sayangkan seseorang itu...berdoalah kepada Allah.."Ya Allah, andai dia itu adalah jodohku... maka, engkau simpankanlah dia untukku" ..lepas berdoa..terus lupakan dia, jangan cerita kat sesiapa pon... sebagai seorang pelajar, tugas kita ialah belajar dengan bersungguh-sungguh....agar ibubapa kita berbangga dengan kejayaan kita...kejar cita-cita dulu..baru kejar cinta...

special guest :)