Sunday, November 06, 2011

ditipu oleh sejarah ?!

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha (:


berkenanaan pada tajuk entri ini... kerana apa saya jadikan 'ditipu oleh sejarah ?!' sebagai tajuk entri? Hal ini demikian kerana, saya telah mengkaji video 'Dunia Akhir Zaman' di youtube dan hasil kajian saya berdasarkan video tersebut menunjukkan bahawa:
  • zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman mesolitik, zaman logam, zaman gangsa itu tidak wujud.
  • zaman renaissance, perang dunia dan perang dingin merupakan bahan propaganda semata-mata.
 hmmm, gambar pak cik yang kacak di atas ini ialah pak cik Chales Darwin, beliau yang telah mengemukakan teori kejadian manusia berdasarkan evolusi daripada seekor beruk. Betapa hinanya kita jika dibandingkan dengan haiwan. Sedangkan dengan jelas dinyatakan dalam al-Quran bahawa manusia dicipta daripada tanah, dan kepada tanah juga manusia akan dikembalikan.

Teori ini mendapat tentangan ramai termasuklah saya !

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada, terdapat hadis Rasullah menyatakan bahawa umat akhir zaman dibahagikan kepada 5 fasa. iaitu:
  1. pemerintahan Rasulullah.
  2. pemerintahan berlandaskan syariat Islam (khulafa' ar-Rashidin)
  3. pemerintahn secara monarki (umawiyah, abbasiyah dan lain-lain)
  4. pemerintahan secara zalim dan berat sebelah (zaman sekarang)
  5. pemerintahan berlandaskan syariat Islam (Imam Mahdi dan nabi Isa)
yang berwarna merah ialah fasa-fasa yang telah berlalu, manakala yang berwarna biru ialah yang sedang dan akan berlalu. Apabila berakhirnya fasa ke-5, maka berakhirlah sejarah manusia. Rasulullah juga mengingatkan bahawa, pada fasa 4 akan munculnya satu fitnah yang besar(Dajjal).

Baiklah, di sini saya sediakan satu video yang telah saya kaji untuk sekian lama, dan pencipta video juga yang menyatakan bahawa perkara-perkara yang mula-mula saya nyatakan pada awal penulisan saya. Kalian gunakanlah rahmat akal kalian untuk memikirkan kebenaran tentang apa-apa yang dikemukakan dalam video di bawah ini. Wallahu'alam.

special guest :)