Wednesday, August 31, 2011

Peminta sedekah zaman moden ??

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri dan salam kemerdekaan kepada semua !

Pada hari ini, dengan line broadband celcom yang mencecah ke tahap Excellent walaupun berada di kawasan perkampungan.. Agak mengejutkan juga kerana line broadband saudara-mara yang lain puratanya berada pada tahap Poor dan Good sahaja. Alhamdulillah... Saya ingin bawakan kepada para pembaca berfikir sejenak. Benarkah kanak-kanak yang beraya dari rumah ke rumah itu sama seperti peminta sedekah zaman moden yang profesional ??


Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Simpang Renggam, sebelum memasuki lebuhraya Kempas-Simpang Renggam. Ayah bertanya kepada saya...

Ayah: Zim, kau pernah tengok peminta sedekah zaman moden tak ??
Saya: Errrr, maksud ayah ? Kiasan Balaghah ayah aras tinggi lah ... :P
Ayah: Maksud ayah, kau nak tengok peminta sedekah zaman moden tak ??
Saya: Owhh, boleh gak, tapi... siapa empunya gerangan ?
Ayah: Budak-budak zaman sekarang laaa... yang suka beraya tuh...
Saya: Kenapa dengan budak-budak tuh?

*saya semakin berminat dengan pernyataan ayah, tambahan lagi nak mengelakkan daripada tertidur dalam proton saga ayah nih, sebab saya ditugaskan untuk menggantikan tempat duduk ibu menemani ayah kerna ibu sudah penat dan mengantuk.

Ayah: Kebiasaanya, ayah tengok lah.. budak-budak nih sanggup beraya jauh-jauh sebab nak kan duit raya, bila dibagi RmM0.50, diaorang akan cakap, "RM0.50 jea jea ?? Buat penat kitaorang jea datang jauh-jauh.." Bukannya nak bersyukur.. Bila diberi RM1.00 @ RM2.00 @ RM5.00, diaorang akan ajak kawan-kawan diaorang buat koloni datang beraya, tak cukup dengan tuh, ada yang sanggup menipu, berlakon konon tak dapat duit lagi, padahal ada kat belakang tangan. Tak pun ada yang sanggup balik ke rumah untuk menukar baju, kononnya menyamar jadi orang lain. Peeeggeeedddeehhhhh ....
Saya: Alaaa, ayah.. biasalah budak-budak lah katakan. Mana ada orang yang tak suka bila diberi duit yang banyak ? Kalau ayah bagi Hazim duit raya RM200.00 pun Hazim suka ! Lagi bertambah suka ! Dulu pun Hazim puas beraya kat kampung, masa arwah atuk masih hidup, sampai ke hujung kampung Hazim menjelajah.. Gara-gara nakkan duit raya... Tapi, Hazim tak de lah nak beraya banyak kali pada rumah yang sama, seganlah...
Ayah: Memanglah, tapi beragaklah.. Datang rumah orang bukannya nak beraya, tapi nak duit raya, baru duduk berapa minit, punggung dah panas dah, tak sempat jamah air dan kuih raya yang tersedia diatas meja tamu, diaorang dah nak blah .. Siap cakap lagi, "makcik/pakcik, duit raya tak ada ke ?" wahhh, 'Laisa adab' betul.. Ayah tengok,  bagi duit raya kat budak-budak nih dah macam menjadi kewajipan dalam masyarakat melayu. Sedangkan itu cuma adat melayu je, tak wajib pun..
Saya: Abistu, dalam beraya nih, yang mana satu sunnah yang mana satu adat ??
Ayah: Yang berziarah itu sunnah, yang bagi duit raya tuh adat melayu... hmm,, inilah masalah sekarang, tak tahu nak bezakan antara adat dan agama. Semua main pakai larung jea ...

* * * *
Amik perhatian !
  1. bagi duit raya kepada kanak-kanak adalah merupakan adat masyarakat melayu atas dasar bersedekah dengan seadanya..
  2. ziarah-menziarahi merupakan sunnah yang diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi...
  3. bersyukur dengan setiap pemberian orang, jangan cerewet !
  4. beragaklah dalam beraya, jangan beraya semata-mata nakkan duit raya, tetapi berayalah dengan niat untuk mengeratkan sillaturahim...
 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
- Salam Aidilfitri 2011 daripada saya dan Dania(niece) saya -
Sincerely: Hazim Ahmad.

special guest :)