Wednesday, August 31, 2011

Peminta sedekah zaman moden ??

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri dan salam kemerdekaan kepada semua !

Pada hari ini, dengan line broadband celcom yang mencecah ke tahap Excellent walaupun berada di kawasan perkampungan.. Agak mengejutkan juga kerana line broadband saudara-mara yang lain puratanya berada pada tahap Poor dan Good sahaja. Alhamdulillah... Saya ingin bawakan kepada para pembaca berfikir sejenak. Benarkah kanak-kanak yang beraya dari rumah ke rumah itu sama seperti peminta sedekah zaman moden yang profesional ??


Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Simpang Renggam, sebelum memasuki lebuhraya Kempas-Simpang Renggam. Ayah bertanya kepada saya...

Ayah: Zim, kau pernah tengok peminta sedekah zaman moden tak ??
Saya: Errrr, maksud ayah ? Kiasan Balaghah ayah aras tinggi lah ... :P
Ayah: Maksud ayah, kau nak tengok peminta sedekah zaman moden tak ??
Saya: Owhh, boleh gak, tapi... siapa empunya gerangan ?
Ayah: Budak-budak zaman sekarang laaa... yang suka beraya tuh...
Saya: Kenapa dengan budak-budak tuh?

*saya semakin berminat dengan pernyataan ayah, tambahan lagi nak mengelakkan daripada tertidur dalam proton saga ayah nih, sebab saya ditugaskan untuk menggantikan tempat duduk ibu menemani ayah kerna ibu sudah penat dan mengantuk.

Ayah: Kebiasaanya, ayah tengok lah.. budak-budak nih sanggup beraya jauh-jauh sebab nak kan duit raya, bila dibagi RmM0.50, diaorang akan cakap, "RM0.50 jea jea ?? Buat penat kitaorang jea datang jauh-jauh.." Bukannya nak bersyukur.. Bila diberi RM1.00 @ RM2.00 @ RM5.00, diaorang akan ajak kawan-kawan diaorang buat koloni datang beraya, tak cukup dengan tuh, ada yang sanggup menipu, berlakon konon tak dapat duit lagi, padahal ada kat belakang tangan. Tak pun ada yang sanggup balik ke rumah untuk menukar baju, kononnya menyamar jadi orang lain. Peeeggeeedddeehhhhh ....
Saya: Alaaa, ayah.. biasalah budak-budak lah katakan. Mana ada orang yang tak suka bila diberi duit yang banyak ? Kalau ayah bagi Hazim duit raya RM200.00 pun Hazim suka ! Lagi bertambah suka ! Dulu pun Hazim puas beraya kat kampung, masa arwah atuk masih hidup, sampai ke hujung kampung Hazim menjelajah.. Gara-gara nakkan duit raya... Tapi, Hazim tak de lah nak beraya banyak kali pada rumah yang sama, seganlah...
Ayah: Memanglah, tapi beragaklah.. Datang rumah orang bukannya nak beraya, tapi nak duit raya, baru duduk berapa minit, punggung dah panas dah, tak sempat jamah air dan kuih raya yang tersedia diatas meja tamu, diaorang dah nak blah .. Siap cakap lagi, "makcik/pakcik, duit raya tak ada ke ?" wahhh, 'Laisa adab' betul.. Ayah tengok,  bagi duit raya kat budak-budak nih dah macam menjadi kewajipan dalam masyarakat melayu. Sedangkan itu cuma adat melayu je, tak wajib pun..
Saya: Abistu, dalam beraya nih, yang mana satu sunnah yang mana satu adat ??
Ayah: Yang berziarah itu sunnah, yang bagi duit raya tuh adat melayu... hmm,, inilah masalah sekarang, tak tahu nak bezakan antara adat dan agama. Semua main pakai larung jea ...

* * * *
Amik perhatian !
  1. bagi duit raya kepada kanak-kanak adalah merupakan adat masyarakat melayu atas dasar bersedekah dengan seadanya..
  2. ziarah-menziarahi merupakan sunnah yang diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi...
  3. bersyukur dengan setiap pemberian orang, jangan cerewet !
  4. beragaklah dalam beraya, jangan beraya semata-mata nakkan duit raya, tetapi berayalah dengan niat untuk mengeratkan sillaturahim...
 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
- Salam Aidilfitri 2011 daripada saya dan Dania(niece) saya -
Sincerely: Hazim Ahmad.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal Al-Fitri

assalamualaikum,

Bila saya buka sahaja blogger.com, check kat dashboard... majoriti kawan-kawan update blog cerita tentang hari raya. Ada yang buat ucapan hari raya, ada yang cerita tentang merdeka-raya, ada yang cerita tentang persiapan hari raya dan sebagainya. Tambahan lagi, lepas sahaja raya, saya akan berhadapan dengan trial SPM, doakan yang terbaik untuk saya (:

Ahaaa, dikesempatan yang ada ini, saya Muhammad Hazim Bin Ahmad mewakili diri saya sendiri (: ingin mengucapkan :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
- Maap Zahir wal Batin -

Al-maklumlah, saya ini jenis yang banyak bercakap, banyak bergurau senda, happy go lucky ! Andailah...
dalam perbuatan/perilaku saya atau kata-kata saya atau gurauan saya atau dalam blog saya ini....
  • ada menyinggung hati mana-mana pihak
  • menyindir mana-mana pihak
  • mengumpat dan mengata mana-mana pihak
  • termakan atau terminum
  • terambil yang bukan hak saya
  • marah tanpa diduga
  • bertanya entah apa-apa
  • merapu tak memasal
  • bertepuk tampar berlebihan
  • dan bermacam lagi yang tidak disengajakan....
saya menyusun sepuluh jari memohon berjuta kemaafan daripada hujung rambut hinggalah ke hujung lantai (:
Kalau nak duit raya, dijemput datang ke rumah, kalau tak nak, tak mengapa.. saya tak kisah pun...

p/s: Tahun ini saya tak sempat nak buat kad raya dan bagi kepada awan-kawan, tapi saya sudah siap sekeping kad raya yang ringkas sahaja untuk semua. 

klik pada gambar untuk gambar yang bersaiz asal :)

sekian;
salam lebaran daripada: Hazim Ahmad,

Monday, August 29, 2011

Utamakan adat daripada hukum agama ??

Assalamualaikum, Selamat Berpuasa,

Apa khabar semua ? Pada hari ini saya ingin membawa para pembaca ke alam realiti yang sedang kita hadapi sekarang ini. Sedarkah kita? Bahawa dalam kehidupan seharian kita pada hari ini, kita lebih mengutamakan adat berbanding hukum agama. Kita sendiri kabur untuk membezakan antara adat dan hukum agama. Bermacam perkara yang kita lakukan merupakan adat, dan bukannya tuntutan agama. Sebagai contoh, bersalaman.





Secara umumnya, kita ketahui bahawa bersalaman dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama mukmin. Secara zahirnya, amalan bersalaman menjadi tradisi masyarakat kita dalam apa-apa jua majlis seperti rumah terbuka. Dalam masa yang sama, adat kita yang sering kita amalkan ialah kita bersalaman sesama kita tanpa mengira umur, pangkat dan darjat, dan jantina

Apa yang saya ingin hightlightkan di sini ialah, bersalaman dengan berlainan jantina atau ajnabi. Kita tanpa disedari dengan hati yang terbuka kita bersalaman dengan ajnabi kita, termasuklah saya sendiri. Sewaktu saya belum mengetahui hukumnya, saya dengan hati yang terbuka bersalaman dengan makcik-makcik saya, sedara-mara saya, sepupu-sepapat saya dan ramai lagi. Atas alasan, nak mengeratkan hubungan sillaturahim. Setelah saya mengetahui hukum bersalaman dengan ajnabi itu haram, maka saya dengan terdaya saya cuba untuk tidak bersalaman dengan ajnabi. Pernah saya ditegur oleh orang tua saya,

"Zim, kenapa kau tak salam Imah(sepupu saya) tuh ? Tu kan sepupu kau."
"Kan haram bersalaman dengan ajnabi ?" saya menjawab.
"Tapi, tu kan sepupu kau. Nanti apa pulak cakap diaorang semua", balas ibu.
"Ibu, yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Tiada kompromi dalam soal halal haram nih bu" tegas saya.
"Suka hati kau lah Zim, ibu tak nak paksa kau" ibu beralah.
"Maafkan Hazim, bukan niat Hazim untuk melawan cakap ibu, tapi Hazim kena tegas dalam hal hukum agama nih, Hazim pelajar SMA, kena amalkan dan wajib buat" kata saya dalam nada bersalah.
"Tak pelah Zim, ibu faham maksud Hazim" balas ibu dengan senyuman.

Dialog di atas pernah berlaku dalam kehidupan saya, saya ingin mengatakan bahawa hukum bersalaman dengan ajnabi adalah HARAM. Tak kiralah atas alasan apa sekalipun. Inilah antara masalah kita, terperangkap dengan adat kita sendiri. Kita hanya boleh bersalaman dengan golongan tersebut sahaja:

  1. Bukan ajnabi(haram dikahwini).
  2. Adik-beradik se-ibu 
  3. Adik-beradik se-ayah sahaja.
  4. Adik-beradik sendiri.
  5. Suami dan isteri sendiri(kepada yang telah bernikah).
  6. Sama jantina.
  7. Atuk dan nenek.
  8. Ajnabi yang sudah tiada nafsu(syahwat).
Inilah antara golongan yang boleh disalam. Berdasarkan beberapa buah hadis.

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

“Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelaslah bahawa hukum bersalaman atau bersentuhan dengan ajnabi adalah HARAM.

DIINGATKAN JUGA:

  • adik-beradik se-ibu dan se-bapa ini bermaksud, adik @ akak @ abang kepada ibu bapa kita sahaja ! Adik @ akak @ abang ipar tidak tergolong dalam golongan adik-beradik se-ibu dan se-bapa kita. Oleh itu, hukumnya HARAM juga kerana mereka ialah saudara yang mendatang.
  • Ajnabi yang sudah tiada nafsu(syahwat) bermaksud, golongan yang telah melebihi peringkat umur 60 tahun(bagi wanita), dan tiada peringkat umur kerana mempunyai nafsu(syahwat) sehingga akhir hayatnya(bagi lelaki). Kerana itu, terdapat lelaki yang mampu bernikah pada usia yang sudah lanjut.
 
Menjelang hari perayaan ini, marilah kita bersama-sama mengubah sejarah hidup kita dengan mengikut panduan Islam yang sebenar. Kita elakkan daripada bersalaman dengan ajnabi dengan berhikmah dan berhemah. Kalau kita yang tidak mulakan, siapa lagi ??


Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. 
TIADA KOMPROMI DALAM SOAL HALAL HARAM !

by: Hazim Ahmad

    Sunday, August 28, 2011

    duhai hawa'

    Assalamualaikum,

    Tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk mendedahkan aib sesiapa atau bercerita lucah, tetapi perkara yang yang saya nak sampaikanlah ialah janganlah mudah tertipu dengan JANTAN. Ini adalah kisah benar yang telah terjadi pada 3 bulan yang lepas.

    * * * * * * * * *
    Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, tiba-tiba w890i saya berdering menandakan ada mesej baru daripada kenalan. Malangnya, ada seorang hamba Allah mesej saya, saya tidak mengenali siapakah insan tersebut, tetapi apa yang saya tahu insan ini dapat nombor saya daripada kawan sekolah saya juga. Insan ini mahu dikenali sebagai IERA*bukan nama sebenar,

    Iera: Salam, ini Hazim Ahmad ke ?
    Saya: Wasalam, ye saya.. tapi ni sape ?
    Iera: Saya Iera(bukan nama sebenar). Saya nak minta tolng awak. Kawan saya (NISA) cakap, mungkin awak dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
    Saya: Insya'Allah, saya akan bantu setakat yang termampu.

    *saya menunggu balasannya selama 5 minit.

    Iera: Kenapa saya selalu menjadi mangsa nafsu lelaki ? Kenapa saya mudah sangat kena tipu dengan lelaki ? Kenapa seorang Al-hafiz hanya pada namanya sahaja tapi bukan pada perwatakan dan akhlaknya ?
    Saya: Apa maksud ukhti ? Apa sebenarnya masalah ukhti ?
    Iera:Semalam saya baru sahaja di-clashkan dengan seorang Al-hafiz, atas alasan saya tak menurut kehendak nafsunya untuk 'bersama' dengannya di sebuah hotel murah. Saya kata padanya, "awak kan al-hafiz, tapi kenapa awak macam ni?". Sebenarnya, bukan itu masalah yang saya minta awak selesaikan....
    Saya: Habis tuh ? Apa masalahnya yang sebenar ? Straight to the point please !
    Iera: Awak percaya tak yang saya sudah tidak ber-dara lagi ??

    *berderau darah saya membaca kenyataan itu, tetapi saya berjaya mengawal keseimbangan pemikiran saya.

    Saya: Saya tak tahu, sebab saya tak kenal siapa awak yang sebenarnya.
    Iera: Ha ah lah, betul juga kata awak. Apa yang beritahu tadi tuh ialah fakta dan kenyataan, memang saya sudah tidak ber-dara lagi, dara saya sudah diragut oleh ex-boyfriend saya ! Dasar jantan tak guna !
    Saya: Saya rasa, better awak beritahu saya secara detail, sebab saya mesih kabur dan saya tak nampak lagi main point awak.
    Iera: 3 Bulan yang lalu, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang tua 3 tahun daripada saya(21 tahun) melalui rakan saya. Kami berkenalan, dan seterusnya apabila suka sama suka, lalu kami berpacaran. Kami selalu keluar bersama(dating, tengok wayang, dll). Pada suatu hari, saya diajak oleh boyfie saya ke birthday party dia kat rumah dia, saya pun pergilah. Semasa disana, dia berikan saya minuman, saya tak pasti apa kandungan air tu, yang pasti yang tak sedarkan diri lepas minum air tu. Bila saya tersedar, saya kat dalam sebuah bilik atas katil, saya sudah tidak berpakaian, boyfie saya ade kat sebelah tengah tidur. Kemaluan saya berdarah dan sakit. Saat itu saya sedar bahawa saya telah dirogol, dan dah tak ada dara. Saya meraung, saya rasa macam nak bunuh diri, tapi boyfie saya halang, dia cakap dia tak dapat nak kawal diri dia dan dia akan bertanggung jawab atas apa yang terjadi.

    *belum sempat saya reply, dia hantar lagi mesej.

    Iera: Saya takut nak beritahu kat keluarga atas apa yang dah terjadi. Saya yakin mereka pasti marah dan ayah akan pukul saya ! Esoknya, saya dapat mesej dari byfie saya, "Mulai hari ini, kita clash ! saya tak kenal awak lagi ! perempuan murahan !" Saya tepon balik tapi tak angkat, dia da tuka nombor. Sejak itu, kemaluan saya sering sakit, macam senggugut..tapi lebih sakit ! Saya mulai insaf, tapi khuatir..."Adakah Allah masih boleh terima taubat saya? Saya dah banyak buat silap !" tolong saya Hazim Ahmad.... :'(

    *Sebelum saya reply, saya minta pertolongan akak saya, beliau membantu saya.

    Saya: Berdasarkan cerita awak, saya rasa sebaiknya awak beritahu pada keluarga, takut nanti perkara yang tak diingini berlaku, saya rasa bukan awak seorang sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan ramai lagi,, Dalam Al-Quran ada menyatakan, "Sesungguhnya Allah suka akan orang yang bertaubat dan orang yang menjaga kebersihan", penyelesaian bagi masalah awak ialah bertaubat dengan bersungguh-sugguh(taubatan nasuha). Ingatlah ! Allah itu maha pengasih, maha penyanyang lagi maha pengampun. Pintu taubat masih lagi terbuka untuk hamba-Nya selagi mana roh tidak sampai ke paras kerongkong(nazak). Seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia telah masuk syurga dengan hanya bertaubat pada Allah. Awak banyaklah amal ibadat, awak dekatlah diri pada-Nya. Jika awak dekatkan diri padanya dengan keadaaan awak merangkak, Dia akan dekati awak dengan berjalan, jika awak dekati-Nya dengan berjalan, Dia akan dekati awak dengan berlari anak. Jika awak dekatinya dengan berlari anak, Dia akan dekati awak dengan berlari. Bertaubatlah dengan penuh kesungguhan, semoga Allah menerima taubat kamu... Iera.
    Iera: Hmmmm,, thanks hazim, semoga Allah merahmati kamu.. Assalamualaikum.
    Saya: Insya'Allah, "La' Tahzan ya ukhti, Inna Allah ma'aki", Wa'alaikumsalam.

    p/s: Mata adalah antara puncsa besar berlakunya perlakuan zina. Telah digambarkan dalam ungkapan syair arab:
    " فنظر فابتسام فسلام فموعد فلقاء "
    "Bermula dengan pandangan, diikuti dengan senyuman, kemudian disambut dengan salam, membuat temu janji dan akhirnya mengadakan pertemuan"

    Oleh itu, kita hendaklah menjaga mata kita supaya tidak disalah gunakan.

    writen by: Hazim Ahmad

    Tuesday, August 02, 2011

    Cerpen: Ayah . . .

    Ayah... 



        “Ishhhh, sibuk betullah anak orang cacat ni !!”, herdik rakan-rakannya. Inilah rutin harian Hazmi ketika berada di sekolah. Beliau selalu dipinggirkan oleh rakan-rakannya dalam setiap aktiviti yang ingin disertainya. Beliau dipinggirkan hanya kerana Encik Ghazali seorang yang cacat anggota badan. Kakinya telah dipotong kerana menghidap penyakit diabetis setahun lalu.

         Ibu dan kakaknya telah lama meninggalkannya kerana menjadi mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan antara sebuah teksi dan sebuah bas. Kemalangan ngeri ini berlaku ketika dia hendak menghadapi Penilaian Menengah Rendah. Tangan ibunya putus dan kepala kakaknya digilis bas. Kemalangan ini telah memberikan kesan yang mendalam dalam diri Hazmi. Hal ini kerana, kemalangan tersebut berlaku seminggu sebelum beliau menghadapi Penilaian Menengah Rendah. Beliau seakan orang yang hilang pertimbangan akal,  kerana kemalangan tersebut berlaku dalam sekelip mata. Mujurlah rakan-rakan dan para guru banyak memberikan sokongan dan semangat kepada Hazmi untuk menerima kenyataan yang sukar untuk diterima ini. Akhirnya, Hazmi berjaya memperoleh 9A dan seterusnya menjadi pelajar terbaik di sekolah lamanya. Berbekalkan keputusannya itu, beliau berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah di Pahang. Pembelajarannya ditanggung sepenuhnya oleh ‘Yayasan Biasiswa Al-Fikrie’, Tajaan biasiswa ini telah meringankan kehidupannya dan Encik Ghazali yang hanya merupakan seorang nelayan.

         Kehidupannya di sekolah baru ini tidak seindah di sekolah lamanya, kawan-kawan lamanya tidak lagi bersamanya, ini bermakna dia terpaksa menghadapi liku-liku kehidupan dan cabaran dengan sendiri.

         “Engkau itu anak orang cacat ! Hidup hanya menyusahkan orang lain, ada hati nak berkawan dengan kami ?!”, herdik kawannya. Pernah sekali beliau dipanggil oleh unit Hal Ehwal Pelajar kerana beliau telah menumbuk muka seorang pelajar yang menghina ayahnya. Hazmi pernah mengadu pada ayahnya, namun ayahnya mengatakan, “Hazmi, biarlah apa orang nak kata pada kita, yang penting kita mesti berfikiran positif”, kata-kata ayah itu menjadi penyuntik semangat untuk mengharungi liku-liku kehidupannya. “Ayah, kenapa engkau tidak pernah berputus asa dengan apa yang telah terjadi pada diri engkau ? Bagaimana aku hendak menjadi tabah seperti engkau ?” detik hatinya.

         “Hazmi !!!” , lamunannya terhenti apabila cikgu Zahari memanggilnya. “Awak berangan apa ? Tak nampak ke saya sedang mengajar di hadapan ini ?!”,sifat garang dan ketegasan cikgu Zahari ini amat digeruni di MRSM ini. Jeritannya mampu menembusi segenap inci pintu-pintu dan dinding-dinding kelas hinggakan kelas hujung mampu mendegar jeritannya dengan jelas. “Berani awak berangan semasa saya mengajar ? Keluar! Lari keliling padang sepuluh pusingan ! Sudah selesai baru boleh masuk kelas”. 
         
         “Aduh, tak pasal-pasal aku kena lari.” 
         
         Hazmi mengeluh. Memang salahnya juga kerana tidak menumpukan perhatian ketika cikgu sedang mengajar dalam kelas. Hazmi pulang ke kelas dengan bajunya yang basah kerana peluh.

         Sejak penyakit yang menimpa ayahnya hingga menyebabkan ayah terlantar di hospital, kehidupan Hazmi berubah. Beliau banyak termenung memikirkan tentang ayahnya yang kini berada di ICU. Akhir-akhir ini ayahnya mengadu kesakitan pada bahagian ususnya. Seminggu yang lepas, ayahnya dikejarkan ke hospital kerana pengsan secara tiba-tiba dan doktor telah mengesahkan bahawa usus ayahnya telah tersumbat, dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak baik berlaku. Berkat hasil kutipan derma yang dilakukan oleh kawan baik ayahnya iaitu Pak Samad, RM40 00 telah berjaya dikumpulkan dan proses pembedahan dapat dilakukan seperti biasa. Selepas sahaja proses pembedahan berakhir, ayahnya masih lagi ditempatkan di ICU kerana masih lagi tidak sedarkan diri sehinggalah ke hari ini.

        Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki, menghampirinya seraya berkata, “apalah kau ni Hazmi, dah lah kau anak orang cacat ! Tidur dalam kelas, apalah nak jadi dengan kau ini ?”, Hazmi menerima kutukan tersebut dengan hati yang terluka. 
         
         “Hina sangatkah aku jikalau aku ini anak orang cacat ?”
         “Memang hina ! Menyusahkan orang lain sahaja !”

         Salah satu kelemahan Hazmi ialah beliau seorang yang hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata orang lain. Sebaik sahaja diherdik, matanya mula bergenang dengan air mata. Tetapi beliau berjaya menahan air matanya daripada gugur ke pipi.

         Sewaktu cuti sekolah. para pelajar diberi peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Peluang ini diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Hazmi juga turut serta pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ayahnya yang tercinta.

         Setibanya di rumah, beliau terus bersalaman dengan ayahnya sebagai tanda hormat seorang anak terhadap orang tuanya. Jelas terukir senyuman dibibir Encik Ghazali tatkala melihat anak bongsunya pulang ke rumah. Hazmi jarang pulang ke rumah kerana tidak mahu menyusahkan Encik Ghazali.Lebih-lebih lagi,bapanya memahami akan kehendak anaknya itu. Seperti biasa, Hazmi akan membantu Encik Ghazali melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, membasuh baju dan sebagainya.

         Keesokan hari, ketika Encik Ghazali sedang menjalin jalanya, Encik Ghazali memanggil Hazmi untuk diajak berbual. Ayah mana yang tidak rindukan anaknya. Hazmi yang sedang leka melihat gambar-gambarnya bersama arwah ibu dan kakaknya itu terus menuju ke arah ayahnya. 

         “Apa khabar Hazmi ?”
         “Khabar baik ayah.Ayah sedang menjalin jala ke ?”
         “Aah, jala ini terkoyak semalam sebab tersangkut pada tunggul batu berdekatan dengan jeti itu.”
         “Ayah ada beberapa pesanan untuk Hazmi sebelum ayah pergi meninggalkan kamu"

         Hazmi terkesima dengan kenyataan ayahnya.

         “Apa yang ayah cakap ini ? Jodoh pertemuan dan ajal maut itu urusan Allah.”.
         “Memanglah, tapi kita tak tahu bilakah kita akan pergi untuk menghadap-Nya.”
         “Hmmm, apakah yang ayah ingin sampaikan itu ?”
         “Sebenarnya, ayah berharap sangat Hazmi akan belajar bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam ayah, terpaksa bersusah-payah untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.Itu pun tidak menentu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.”,jelas Encik Ghazali. 

    Hazmi mendengar dengan penuh teliti tanpa meninggalkan walau sepatah pun kata-kata ayahnya. 

         “Sebelum Hazmi berkeluarga, ayah harap Hazmi dapat memenuhi ke empat-empat syarat ini.Yang pertama, Hazmi mesti meningkatkan ketakwaan kepada Allah.Yang kedua, Hazmi mesti sudah mempunyai pendapatan yang tetap.Yang ketiga, Hazmi mesti mempunyai gaji minima RM3000, dan yang terakhir ialah Hazmi mesti sudah mempunyai rumah dan kenderaan sendiri.Bolehkah Hazmi menunaikan ke empat-empat syarat ini ?” pinta Encik Ghazali.

         Hazmi terasa bagai suatu beban yang sangat  berat menimpa dirinya. “Baiklah ayah, Hazmi akan cuba.”Setelah tamat sesi perbualan dengan ayahnya, beliau pun masuk ke kamarnya. Beliau terasa sesuatu beban yang sangat berat akan dipikulnya suatu hari nanti.

         Encik Ghazali ingin mengingatkan Hazmi tentang masa depannya dan tidak mahu Hazmi menjadi seperti dirinya. Pada Encik Ghazali, dalam kepayahan yang menimpa dirinya, Encik Ghazali tidak pernah mengalah, walaupun memakai kaki palsu pada kaki kanannya, ini tidak menjadi halangan kepada ayahnya untuk meneruskan hidup demi Hazmi yang tersayang. Padanya, jikalau dia berputus asa, maka anaknya juga akan turut berputus asa dalam meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini. Oleh sebab itu, Encik Ghazali tidak boleh mengalah dan mesti bangkit untuk terus berjuang biarpun terpaksa berkaki palsu untuk ke mana sahaja Itu bukanlah penghalang pada dirinya dan beliau juga mengaharapkan agar Hazmi juga tidak berputus asa untuk meneruskan hidup.

         Cuti sekolah telah pun tamat. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kian menghampiri pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Suasana belajar telah bermula.Setiap pelajar akan mengisi masa senggang mereka dengan membuat ‘study group’ . Inilah rutin bagi pelajar-pelajar yang mengidamkan kejayaan demi masa depan yang cerah. Mereka juga akan mengisi masa lapang mereka seperti ketika ketiadaan guru ketika sesi pembelajaran dan pelajaran sedang berlangsung dengan menyiapkan kerja-kerja rumah atau membuat latih tubi untuk subjek-subjek yang masih lemah dan belum dikuasai. Sedang Hazmi sibuk mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba datang cikgu Ayuzah, guru subjek Bahasa Inggeris merangkap guru kelasnya seraya berkata, “Hazmi, anda diminta pergi ke pejabat sekarang juga, kecemasan !”.Sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut, seluruh kelas kecoh. Tanpa membuang masa, Hazmi bergegas menunju ke pejabat yang berhadapan dengan blok akademik.

         Sebaik tiba di pejabat, terdapat satu pesanan penting untuk Hazmi dan pesanan tersebut disampaikan oleh Encik Azman, pengetua Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Tuan pengetua memaut bahu Hazmi lalu berkata, “Hazmi, saya diamanahkan untuk menyampaikan pesanan ini kepada awak.Diharapkan awak dapat menenangkan fikiran awak dan menerimanya dengan hati yang terbuka.”. “Sebentar tadi, pihak sekolah    mendapat panggilan daripada Pak Samad, jiran kamu mengatakan bahawa ayah kamu, Encik Ghazali telah meninggal dunia akibat lemas ketika sedang menangkap ikan.”. Hazmi terkesima sebaik sahaja mendengar kenyataan pengetua. Pembuluh darahnya bagaikan pecah. Matanya sudah dibanjiri dengan lilangan air mata umpama empangan air yang telah pecah. Beliau jatuh terjelepok ke lantai, menangis semahunya. Tuan pengetua hanya memerhatikan gerak-gerinya dan mengerti apakah yang dirasakan oleh Hazmi pada saat itu. Setelah pemergian dua orang insan yang tersayang iaitu ibu dan akaknya, kini ayahnya pula telah pergi meninggalkan dirinya. Beliau merasakan dunia ini tidak adil terhadap dirinya kerana telah mengambil semua insan yang disayanginya meninggalkan dirinya keseorangan. Akan tetapi, kekuatan imannya berjaya menguasai diri, lantas memadam segala sangkaan buruk terhadap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Benaknya berkata,”ya,inilah yang dikatakan setiap yang hidup pasti akan mati”.

        Hazmi bangkit, mengesat air matanya, lalu bersalaman dengan tuan pengetua sambil mengucapkan terima kasih. Encik Azman memaklumkan kepada Hazmi bahawa sebentar lagi Encik Samad akan menjemputnya pulang ke rumah dan Hazmi dibenarkan untuk pulang ke asrama untuk mengemas barang yang perlu untuk dibawa pulang.

         Hazmi akur dan menuruti segala kata-kata tuan pengetua. Beliau melangkah keluar dari pejabat dengan hati yang sebak atas pemergian ayahnya. Namun beliau reda dengan ketentuan-Nya. Dalam hati beliau merintih, “Ya Allah andainya ujian ini adalah selayaknya untuk aku, maka aku yakin akan ada hikmahnya dan aku akan berusaha untuk mencari hikmah tersebut. Ya Allah, aku redha dengan pemergian insan-insan yang amat aku sayangi ini. Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, engkaulah yang Maha Penyanyang, aku memohon kepadamu Ya Allah, bimbinglah aku dalam pelbagai cabaran yang akan kuhadapi selepas ini kerana aku sudah tidak mempunyai sesiapa lagi selain daripada-Mu, Ya Allah.”. Amin…

    penulis: Hazim
    susunan: Jiha (:

    Monday, August 01, 2011

    Bazaar jadi baziir ?

    Assalamualaikum, selamat berpuasa dan berbuka.


    Apa khabar kalian ? Sihat ? Alhamdulillah kerana kita sudah berjaya berpuasa selama 1/2 hari untuk 1 Ramadhan 1432h ini. Alhamdulillah. Saya percaya, mesti diantara kita yang akan berkunjung ke bazaar-bazaar yang berdekatan untuk membeli juadah berbuka atau sebagai makanan tambahan semasa berbuka nanti. Bazaar merupakan himpunan gerai-gerai yang berniaga pada sesuatu tempat secara majmuk. Pada ketika inilah para peniaga gerai akan memajukan perniagaan mereka dengan membuka gerai mereka di bazaar.

    Kebiasaannya, kita lihat, bazaar akan dibuka pada waktu petang. Menjelang selepas waktu asar, para peniaga sudah membuat persediaan untuk berniaga. Tetapi, saya pernah lihat selama ini, selepas waktu zohor, para peniaga sudah mula membuka gerai mereka atas alasan tidak mahu berebut tempat. Persoalannya, apakah yang mereka utamakan dalam bulan Ramadhan ini ? keuntungan berniaga atau ketakwaan kepada Allah ? Tepuklah dada tanya iman, tanya hati, tanya hati sendiri ...

    Jika kita berfikir secara rasional, bagaimana bazaar boleh menjadi tempat pembaziran ? Kita sedia maklum, pada bulan Ramadhan syaitan dan iblis digantung ke neraka, akan tetapi nafsu tidak. Hal ini kerana, nafsu berada dalam diri kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya sama juga seperti jin-jin yang dibela oleh para bomoh, mereka tidak digantung kerana mereka berada dalam jagaan manusia dan segalanya akan ditanggung oleh manusia itu sendiri.. Berbeza pula dengan syaitan dan iblis, mereka hidup bebas dengan menghasut umat-umat Islam supaya keluar daripada agama Allah dan masuk ke agamanya. Nafsu sentiasa memberontak dalam diri kita. Dia akan sentiasa memaksa kita untuk menuruti segala kemahuannya. Inilah yang dikatakan sebagai 'berajakan dengan nafsu'. Keimanan kita akan teruji apabila...




    haaa.. lihatlah gambar diatas. Bertapa banyaknya pilihan juadah berbuka puasa yang disediakan dalam sebuah gerai ? Cuba bayangkan.. kalau sebuah gerai mampu menyediakan juadah berbuka sebanyak ini, apatah lagi gerai-gerai yang lain ? Al-maklumlah, bukannya terdapat sebuah gerai dalam sesebuah kelompok bazaar. Tambahan lagi, kita sudah 1/2 hari berpuasa, perut pun terasa lapar.

    Ketika inilah terjadinya peperangan antara iman dan nafsu. Iman berkata, "berjimatlah wahai hamba Allah, jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan dan orang yang membazir ialah sahabat syaitan", nafsu pula berkata, "issshhhh, sedapnya juadah-juadah ini, beli semualah, dapat rasa semuanya sedap ke tidak, kalau tidak sedap esok tak payah pergi gerai ini lagi" ... haaaa, pada ketika ini, apakah keputusan yang kita akan pilih ? Sendiri fikirkan...

    Bazaar boleh menjadir bazir jika kita tidak bijak dalam menguruskan nafsu kita. Kita perlu bijak dalam mengurus nafsu, dan bijak membezakan antara kemahuan dan keperluan. Disamping itu, kebiasaanya, bajet perbelanjaan pada bulan Ramadhan adalah 2x ganda berbanding bajet perbelanjaan pada bulan lain. Kenapa? Mudah sahaja, kita akan banyak melaburkan duit kita di bazar Ramadhan dengan membeli barangan makanan yang melebihi daripada keperluan sebenar berbanding pada bulan lain. Puasa melatih kita untuk menguruskan diri kita selain daripada melatih diri untuk mendekatkan diri kepada Allah.

    Ingatlah,
    Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai medan atau aset utama untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan bukannya medan atau aset utama untuk melakukan pembaziran !

    - Hazim Ahmad -

    Ahlan ya Ramadhan !

    Assalamualaikum,


    Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan Islam yang mulia ini iaitu bulan Ramdhan. Ramadhan ialah bulan ke-9 dalam susunan kalendar Islam(kalendar Hijrah) yang telah diperkenalkan oleh saidina Umar Al-khattab pada zaman pemerintahannya. Seperti yang sedia maklum, pada bulan inilah umat Islam diseluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa. Dalam 365 hari, kita hanya diwajibkan berpuasa untuk 30 hari sahaja, cuba kita bayangkan kalau kita makan hanya selama 30 hari dan selebihnya kita berpuasa ?? haaaaa.. lihatlah bertapa hebatnya aturan yang telah Allah tetapkan untuk kita.

    Apa yang hendak dimaklum disini ialah, kita mestilah tahu membezakan antara golongan yang 'berpuasa' dan golongan yang 'tidak makan dan minum' di bulan Ramadhan ini. Berpuasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Ini juga bermaksud kita menahan diri kita daripada melakukan segala jenis dosa kecil ataupun dosa besar, dan juga maksiat-maksiat.
    Mereka yang 'tidak makan dan minum' pada bulan Ramadhan ialah mereka yang berpuasa tetapi masih lagi melakukan maksiat dan dosa. Contohnya, mengumpat, menabur fitnah, mencaci atau mencerca dan banyak lagi. Perbuatan mereka ini hanya akan mensia-siakan pahala amalan puasa mereka dan mereka tidak mempunyai apa-apa. Tambahan lagi, mereka sering kali mengabaikan amalan-amalan sunat bulan Ramadhan yang dapat menambah pahala amalan mereka.

    Sedangkan orang yang 'berpuasa' pada bulan Ramadhan ialah mereka yang sentiasa mengawal diri mereka daripada melakukan maksiat dan dosa. Walhal, mereka sibukkan diri mereka dengan melakukan amalan-amalan sunat bulan Ramadhan xseperti berzikir, membaca Al-Quran, bertadarus, bersedekah dan sebagainya. Disamping itu, mereka juga akan berusaha untuk mendapatkan malam lailatulqadar. Malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan juga merupakan antara keistimewaan Ramadhan bebanding bulan-bulan Islam yang lain.

    Inilah yang perlu kita ambil kira, sama ada kita tergolong dalam golongan yang 'berpuasa' ataupun yang 'tidak makan dan minum' pada bulan Ramadhan. Tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya diri sendiri.

    *Semoga kita sama-sama mendapat berkat bulan Ramadhan dengan meningkat amalan-amalan sunat kita seperti bertadarus Al-Quran, berzikir, bangun malam, tahadjud, bersedekah dan sebagainya.

    - Okie Weng -

    special guest :)