Saturday, April 30, 2011

kem kita , kita punya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




pada 22/4 - 24/4 yang lepas .. Unit Beruniform Kor Kadet Polis sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di ...

tapak perkhemahan d'muara YPJ Mersing



haa ,, perkhemahan ini memang best beb ! saya tak nafikan ,, lagi-lagi bersebelahan dengan pantai ,, fuhhh !! memang gerek arrr ,, seramai lebih kurang 120 orang peserta lelaki dan perempuan menyertai perkhemahan ini ...

peserta lelaki ~
peserta perempuan ~ 

tentatif program dia pon menyeronokkan ,, macam biasalah dimulakan dengan 'ice breaking' .. kemudian sedikit Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK) ,, pada malamnya ,, kitaorang ada aktiviti 'night walk' , aktiviti ini memang menyeronokkan ,, setiap kumpulan campur lelaki dan perempuan ,, dimana,, 2 orang lelaki perlu menjaga bahagian depan,, dan 6 orang lelaki di bahagian belakang ,, kitaorang dikehendaki berjalan memasuki kawasan hutan berpaya ,, dan berbekalkan lampu suluh serta tali sebagai panduan agar tidak sesat ,, tiada sebarang fasi pun yang menjaga kitaorang semasa dalam hutan ,, mereka tunggu kitaorang semasa sampai di checkpoint pertama iaitu sebelum masuk kawasan berpaya.. haaaa ,, semasa di checkpoint pertama ,, kitaorang dikehendaki mengira ahli kumpulan ,, sama ada cukup atau pun tidak ,, pabila sudah cukup .. kami dilepaskan memasuki kawasan berpaya pula ,, haaa ,, jalan punya jalan ,, tiba-tiba kami tersesat ,, nasib baik tak sesat jaoh ,, cuma terlepas daripada kawasan selekoh ,, kami pun ikot panduai yang ada .. alhamdulillah ,, kami tiba ke kawasan penginapan kami,, sebelum masok tidur ,, kami dibenarkan mandi di pantai bagi membersihkan diri ,, wahh ,, sejuk beb air pantai tuh ,,,

 sebelum aktiviti 'night walk'

pada hari kedua pula .. aktiviti bertambah menarik apabila di mulakan dengan 'senamrobik' ,, kemudian 'berakit' ,, haaa ,, semasa berakit ini ,, saya memang berseronok habis ,, main-main air dengan kawan belakang ,, hehe ,, haaa ,, saya dan dia seronok lah ,, main air ,, gurau-gurau senda ,, haha ,, nasib baik tak jatuh daripada rakit tuh ,, berakit antara akitivit yang menarik pada saya ,, kemudian ,, setelah puas berakit ,, kami beralih pula kepada aktiviti 'tempur halangan' . alaaaa .. yang ade monkey bar, tarzan swinger, dan macam-macam lagi ,, saya berjsya melepasi semua halangan tuh ,, huhuhuhuh... kemudian ,, pada petangnya pula ,, aktiviti diteruskan pula dengan 'flying fox' dan 'abselding'(maap kalau salah ejaan) ... haaa .. inilah pengalaman yang baru dalam hidup saya ,, 

'flying fox'
 'abselding'(maap kalau salah ejaan)
 
memang berbaloi laaa saya pergi kem ini .. dapat merasai pengalaman baru tuh ...sejujurnya inilah kali pertama dapat merasai kedua-dua aktiviti diatas.. *pembaca yang dihormati, tolonglah jangan gelakkan saya  ;) .. selepas aktiviti ini ,, kami pun solat ,, kemudian ,, cikgu memberikan tugasan untuk setiap kumpulan laksanakan pada aktiviti 'malam kebudayaan' ,, haaa .. selepas pembahagian tugasan selesai ,, cikgu memberikan kelepasan kepada kami untuk bermandi-manda di pantai ,,, 





pada malamnya pulaa .. aktivit 'malam kebudayaan' pula menyusul ,, kumpulan saya diberi tugasan untuk mengayakan lagu lama ,,, saya pun tak tahu apa tajuknya ,, yang penting kami enjoy ,, hehe ,, ermmm ,, selepas malam kebudayaan ,, cikgu buat kejutan bagi pelajar-pelajar yang tarikh lahirnya dalam bulan 4 yang berdekatan dengan tarikh perkhemahan ini .. hehe ,, padan muke pada yang kena ... selepas itu ,, persembahan spontan daripada form5 lelaki dan perempuan ... kemudian .. pembahagian hamper dan makan ,, kemudian ,, kami beramai-ramai ber-bumi kenyalang di tempat masing-masing ...

hari terakhir pulaa ,,ada 'sukaneka' ,, 'pocho-pocho' dan 'membina istana pasir' ... hehehe .. memang enjoy sakan laaa .. lepas dah siap istana pasir tuh ,, beramai-ramai macam anak penyu masuk laut ,, pergi mandi ,, huahuahuhaaa ,, hari terakhir ,, mestilah have fun !!


bersama istana pasir ~




kemudian macam biasalah ,, ucapan perasmian penutup ,, kemudian berangkat pulang ...




menyanyi dalam track polis ,,  kami sedar suara kami tak semerdu suara anda ~

"INI KEM KITA , KITA YANG AKAN MENYERONOKKANNYA !!"

special guest :)