Assalamualaikum,
Haa.. tengok gambar kat atas nih pun dah boleh sampai maksudnya kan? Benci benci dan terus membenci, ini lah lumrah hidup manusia. Pernah dibenci tanpa sebab-sebab yang nyata? kalau pernah, kita senasib ^^,
Ada seorang hamba Allah, dia sering memerhatikan A yang dibenci oleh sekelompok pelajar, beliau tidak memihak pada kelompok itu juga tidak menyebelahi pada orang yang dibenci itu, tapi apa yang menarik perhatiannya ialah walaupun hamba Allah ini dibenci oleh kelompok pelajar ini, tapi A ini tenang sentiasa dan langsung tak amik peduli akan apa yang dihamburkan oleh kelompok pelajar itu.
Pada suatu hari, hamba Allah ini tergerak nak tanya A, apa rahsia A kelihatan tenang dan senyum sentiasa walaupun setiap hari pasti akan ada kata-kata kesat yang dihamburkan kepadanya.
Hamba Allah: Weyh A, kenapa kau tenang je hah walaupun diaorang duk sebuk kutuk kau, aku tak nampak pun apa masalah kau sampai diaorang kata macam tu, aku tak nak pihak pada diaorang dan juga kau, sebab aku tak tahu kisah sebenar...
A: Ohhh, ada laa kisah lama, tapi pada aku, tu bukan penyebab untuk diaorang benci aku, sebab aku bukan buat sesuatu yang melanggar hukum syarak. Kenapa aku masih tenang? Sebab pada aku, biar lah diaorang duk kutuk aku, asalkan aku teruskan kehidupan, jika aku melayankan karenah diaorang, sampai bila pun aku tak maju, biar lah diaorang dengan dunia diaorang, duduk dalam kelompok itu..
Hamba Allah: Tapi geram pulak aku tengok diaorang nih, bila senang langsung tak nampak kau, kutuk-kutuk kau lagi, tapi bila susah, merangkak-rangkak cari kau, merayu minta tolong kau, puji kau bukan main lagi bila nak minta tolong kau,,
A: Alah, Rilek sudaa, biar jea diaorang tu, sebab pada aku, bila ada orang minta tolong, kita perlu tolong sebab pada aku, aku mesti tolong selagi aku mampu, sebab aku sayangkan kawan-kawan aku, walaupun diaorang benci aku.
Hamba Allah: Kau tak rase macam melepaskan anjing yang tersepit ke ?
A: Isshh, jangan kata diaorang tu anjing, kejam sangat tu.. Biar jelaa diaorang nak kata apa, kita jangan laa layan diaorang tu, makin dilayan nanti makin menjadi,, makin seronok pulak diaorang sebab kita bagi respon atas apa yang diaorang hamburkan, cuba kalau kita diam? Diam tu kan lagi bagus... Setan pun takde modal nak mengapi-apikan kita..
Hamba Allah: Eh A, kau tak jawab lagi soalan aku, Ape tips kau hah sampai kau leh jadi tenang gile bila orang sibuk duk maki-maki kau ?
A: Hehehee,, lupe pula, tips? takde tips pun, cuma aku selalu fikir positif tapi takdelah terlalu positif dan akan
muhasabah diri aku dulu,, kenapa diaorang benci aku? ape sebab nya.. dan lain-lain....
Aku anggap bila ada yang membenci aku, pasti juga ada yang menyayangi aku sebab aku yakin Allah itu maha adil dan maha penyayang. Benci tu tanda kita ade nafsu, nafsu bila dihasut oleh setan, maka akan timbul rasa dengki dan iri hati, apa boleh buat, bila da setan masuk campur, kita diam jea, lama-lama setan takde modal punya~ Aku biar je diaorang kutuk aku, sebab pada aku kalau aku layan, aku takkan maju kedepan, malahan akan bersama diaorang yang mundur dibelakang, Aku ade juga tanya diaorang, kenapa diaorang benci aku, diaorang cakap, 'aku tak tau kenapa, aku cuma ikut ape yang orang lain kata' ade juga yang kata 'aku nyirap dengan kau' tapi bila aku tanya kenapa dia nyirap kat aku, dia diam, maknanya takde sebab.. pada aku, mereka benci aku tanpa sebab yang nyata dan pada aku, mereka tak matang. Jika mereka benci aku bersebab, dan jelas sebab itu bertentangan dengan syarak, maka aku cuba untuk ubah diri aku menjadi lebih baik dan dengan niat aku dapat keredhaan Allah bukan dengan niat nak nampak baik pada masyarakat. Tu antara tips aku lah..
Hamba Allah: Waa, ringkas dan mudah je tips kau ni kan.. aku ingatkan kau ada pakai mentera pape ke...
A: aku ada baca gak beberapa doa, untuk tenangkan hati aku, aku amalkan bacaan
surah al-insyirah(Al-Sharh), dan
selawat tafrijiyyah, aku istiqamah dalam membaca dua amalan ini, jika kau nak ikut, ikut laa.. yang penting istiqamah... dan yang terakhir,
aku nak ingatkan kau, jika kita dibenci, jangan laa kita benci orang yang membenci kita, kerana jika api dibalas dengan api, api itu akan menjadi makin marak,, sebaliknya, jika api dibalas dengan air/debu kering/bomba, maka api itu akan terpadam dengan izin-Nya...
Hadis Sahih Muslim : 4641
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan
sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih
dari tiga hari lamanya.
Nota Hati: Setan, jika dilayan makin lama makin menjadi, jika kita tak layan maka takkan menjadi laa dia~~ betol tak ? ;)