Sunday, January 27, 2013

pelajar universiti pencetus provokasi ??

Assalamualaikum.

Tajuk dah macam nak berpolitik kan ? Jangan risau, saya tak berpihak pada mana-mana parti pun, Bendera Hijau atau Bendera Biru ? saya di tengah-tengah. Saya belum nampak lagi, mana yang saya patut pilih sebagai pemimpin untuk negara saya ini pada masa hadapan yang 1000x lebih mencabar daripada sekarang.

*tapi zim, pilih pemimpin tu wajib ?!

Yes, memang wajib, berdasarkan daripada potongan ayat Surah An-Nisa ayat 58~61. Tapi, kalau dah sesama Islam pun saling menjatuhkan, saling mengkafirkan, mana satu yang patut dipilih nih ?? Dua-dua lebih kurang jea -_-"

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]
Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.

Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.

Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah

Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.
Berbalik semula kepada tajuk utama, kepada mereka yang masih ingat tentang isu fenomena 'listen' yang mana di bawa oleh seorang insan yang mempunyai ilmu tahap O' level, tak perlu lah saya nyatakan namanya, beliau menyatakan 1 frasa ayat yang sangat mendalam pada saya yang mendengar, walaupun hanya melalui youtube,

"setuju tak kalau saya kata yang beliau ini cuba untuk mencetuskan provokasi ?"
"setuju......."

Provokasi ? Kenapa pula pelajar tu yang dituduh sedemikian ? sedangkan pelajar tersebut membongkar fakta yang orang lain masih kabur, menunjukkan kebenaran tapi dikatakan sebagai pencetus provokasi.

Sekarang, sinonim masyarakat melabelkan, provokasi mesti berkait rapat dengan pelajar universiti. tapi kenapa pula ?? Apa salah kami ?? Kami sebagai rakyat wajib betulkan apa yang selama ini salah, niat kami hanya menuntut kebenaran yang disembunyikan dan kami cuma membetulkan semula apa yang telah dipesongkan.

Tahun lepas, isu hudud. Sampaikan bekas pemimpin sendiri salah paham pasal hudud, kata hudud hukum rekaan ulaama, takde pun dalam quran. *takpelah, mungkin pemimpin tu hebat berpidato tapi lemah bidang agama~ Hilal Asyraf bangkit sebagai pelajar, berani membidas kenyataan tersebut, kerana ingin menegakkan kebenaran, menyatakan apa perkara yang sebenar. Buktikan bahawa hudud itu hukum Allah dan bukannya rekaan ulama. Bekas pemimpin tu juga menyatakan bahawa jika hudud dijalankan, maka ramai laa yang makan sup tangan. *nampak sangat lah orang melayu ni suka mencuri, logik tak ? -_-"

Kepada masyarakat di luar sana, kepada yang fanatik terhadap parti sokongan masing-masing, yang mendabik dada menyatakan kenyataan daripada pemimpin parti tersebut, tiba-tiba ada pula pelajar universiti membidas dengan cara yang berhemah dan diselitkan dengan hujah yang datangnya dari Al-Quran, dalil tafsili, fakta sejarah, dan lain-lain, jangan dengan mudah kamu semua melabelkan insan tersebut sebagai pencetus provokasi.

Kalau berterusan macam ni, memang ramai laa pelajar universiti bergelar 'pencetus provokasi' sedangkan golongan ini nak tegakkan kebenaran. Kami belajar dan kami ada ilmu, tak salah kalau kami kongsikan kepada kamu semua kan ? Adapun ilmu kami ni cuma sikit, tapi yang sikit boleh jadi banyak jika ianya sangat bermanfaat, kami berhujah dengan menggunakan ilmu yang kami ada.

PROVOKASI ? 
~ Bukan itu yang kami mahukan ~

*okelah, aku tak nak ulas panjang, kang tak pasal-pasal dapat label 'blog provokasi' pulak kan... Lagi sekali saya nak ulang, bahawa SAYA NATURAL DAN TAK BERPIHAK PADA MANA-MANA BENDERA PUN

Nota Hati: Buka lah minda, buka lah hati, terimalah kenyataan bahawa kami bukan pencetus provokasi, dan tak berniat nak timbul provokasi,, yang HAK tetap HAK, yang BATIL tetap BATIL. Burung kat Malaysia tak bunyi macam tu ~ *oke, takde kaitan XD

Saturday, January 19, 2013

kenapa kau . . . .

assalamualaikum..

Ahmad: Ali, aku pelik laa dengan kau.. 
Ali: Pelik ? Err.. Ape yang pelik nya ni ?
Ahmad: Takdelaa... Dah lama aku kenal kau, dah lama kita sekelas dari sekolah rendah lagi, walaupun kau demam, kau tetap pergi sekolah, langsung tak pernah amik surat cuti.. Kadang-kadang aku risau gak tengok keadaan kau ni kawan.. Apa yang menyebabkan kau tak nak amik cuti sakit ? Kau tak risau diri kau sendiri ke ?
Ali: Ohh, aku kuat sebab aku fikirkan ibu bapa aku.. Ayah aku, sakit-sakit pun beliau keluar rumah awal pagi pergi kerja, cari rezeki untuk kami keluarga. Ibu aku, sakit-sakit pun beliau tetap bangun ke dapur, masak kan makanan untuk kami sekeluarga. Jadi, tak kan lah aku yang baru demam sikit ni pun dah minta surat cuti, nak rehat.. sedangkan ibu bapa aku tak pernah pun berehat untuk anak-anak mereka. Mana patut kan... ? :)
Abu: Ali, aku tengok kau, tak pernah pun kau tidur dalam kelas, tapi kalau terlelap tu adelah juga sekali dua.. tapi bila kau terlelap atau mengantuk, kau terus minta izin guru yang ada untuk ke bilik air, nak segarkan diri kau.. apa tips utama kau hah ?
Ali: Abu, dulu aku memang suka tidur dalam kelas, tapi aku perasan 1 perkara. Ayah aku lepas subuh terus siap-siap nak pergi kerja, malam pulak selalu balik lambat sebab buat part-time jual burger.. balik sekitar jam 2 pagi, tidur jam 3pagi, pukul 5.30 bangun untuk subuh, lepas tu terus siap-siap.. pukul 7 pergi kerja, dapat tidur 3jam 30 minit je sehari, pasti dia mengantuk kan ? tapi dia tak pernah pun tidur masa berkerja. Ibu aku, pagi-pagi lepas subuh tak tidur balik pun, terus ke dapur buatkan sarapan untuk ayah dan anak-anak, lepas tu keluar rumah pergi pasar beli barang dapur, dan lain-lain,, mereka tak pernah pun tidur masa berkerja, tak kan aku yang baru je belajar dah nak tidur dalam kelas ?? Baru belajar, belum bekerja lagi.
Amjad: Ali, kenapa kau ni cerewet sangat hah ? Semua kerja kau nak teliti, kalau boleh tak nak ada cacat cela laa senang kata..
Ali: Bukan cerewet lah Amjad.. Tapi aku teliti dan perihatin pada setiap apa yang aku buat. Aku tak suka kerja sambil lewa nih.. Mungkin sebab dah terbiasa tengok cara ibu bapa aku lakukan sesuatu kerja kat rumah kot. Ayah aku pantang kalau kerja dia comot, mesti nak bersih, tulisan mesti jelas dan besar. kalau salah, dia akan koyak kertas tu, pastu dia buat semula. Ibu aku, pantang nampak kerja yang serabut, dia mesti suruh betul kan balik, tak kira lah, tulisan ke, lukisan ke, masakan ke, jahitan ke, mesti dia suruh buat semula, walaupun perkara tu kecik dan remeh je pada mata kita, tapi tidak pada mereka :)
Asfar: Ali, kenapa kau tak pernah nak mengalah hah ? Kau kan pernah gagal, tapi kenapa kau masih nak teruskan lagi perjuangan kau ni ? Kalau aku jadi kau, aku dah berhenti dah ~
Ali: Asfar, Ayah pernah pesan kat aku, dulu dia pernah gagal dalam pelajaran, dia tak pernah habis pelajaran dia, PMR dengan SPM dia mana pernah amik, sebab kekangan duit, tapi prinsip dia cuma 1 jea, "kita hidup bukan untuk gagal, tak bermakna kita gagal sekali kita juga akan gagal untuk kali yang seterusnya." dan dia nak aku warisi prinsip nih, sampai bila-bila, dan sampai sekarang aku pegang pada prinsip aku, kalau aku berhenti sekarang, kalau aku gagal sekarang,, nanti ibu bapa aku sakit, sapa yang nak rawat dia ? siapa yang jaga kebajikan dia ? kalau bukan aku sebagai anak-anak dia ?? kan... ? :)

psstt: Ibu bapa kita dah tunjuk contoh yang baik untuk kita, jadi, kita ni pulak pe cer ??
"Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab terhadap tanggungjawabnya, apakah dia telah melakukannya atau mensia-siakannya"
-riwayat Ibnu Hibban
Nota Hati: Jadikan Ibu bapa kita sebagai idola kita, maka kita sentiasa bersemangat dalam melakukan apa sahaja apabila kita lihat semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita. Ingat tau ! Kita mencerminkan IbuBapa kita :)
 *moga ayah cepat sembuh  (,")

special guest :)