Monday, September 24, 2012

pilih lah mereka yang terbaik.

 Assalamualaikum.



Cendekiawan menghulurkan 3 buah anak patung kepada putera raja. Putera raja berasa geli hati dengan tingkah-laku cendekiawan itu..

"Wahai cendekiawan, kamu ingat saya ni budak perempuan ke suka main anak patung ? Saya lelaki lah ~"

Cendekiawan tersenyum.

"Ini hadiah untuk bakal pemimpin Islam pada masa hadapan, Insyaallah. Jika kamu lihat dengan teliti, kamu akan lihat lubang di telinga setiap anak patung."

"Jadi ??"

Cendekiawan menghulur seutas tali.

"Masuk kan tali ini ke dalam telinga anak patung."

Putera raja turuti arahannya. Beliau memasukkan tali itu ke dalam telinga anak patung yang pertama, kemudian tali itu keluar melalui telinga sebelah.

"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, dia langsung tak amik tahu apa-apa."

Putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung yang kedua, kemudian tali itu keluar melalui mulut.

"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, dia akan sebarkan kepada yang lain."

Putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung yang ketiga, kemudian tali itu tidak keluar dari mana-mana bahagian.

"Ini perumpamaan bagi sejenis manusia. Apa sahaja yang kita beritahu kepadanya, dia tak beritahu kepada sesiapa pun, malahan dia menyimpannya sahaja."

"Cendekiawan, adakah ini manusia yang terbaik ??"

Cendekiawan menyerahkan anak patung yang ke-empat, sebagai kepada soalan yang di ajukan.. Apabila putera raja memasukkan tali ke dalam telinga anak patung ke empat, tali itu keluar melalui telinga sebelah.

"Masukkan lagi sekali"

Putera raja mengulangi perbuatan yang sama, dan tali itu keluar melalui mulut, kali ketiga dia mengulanginya, tali itu tidak keluar dari mana-mana bahagian.

"Inilah jawapannya, insan yang tahu bila patut dia tidak mendengar, bila patut dia bercakap, dan bila patut dia diam.."



Nota Hati: Sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang tahu bilakah patut dia tak dengar kata-kata kita, bila patut dia menyampaikan kata-kata kita pada orang lain, dan bila patut dia diam dan simpan kata-kata kita.

Sunday, September 16, 2012

Menangis lah . . .

Assalamualaikum,


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa mahalnya nilai Air Mata itu. Air mata yang macam mana yang di maksudkan ? Izharnya, air mata keinsafan yang mengalir keluar dari mata orang yang menginsafi perbuatannya. Bukannya air mata yang mengalir sebab kan orang lain, sebab putus cinta, sebab meratap kematian dan banyak lagi.. Kita sendiri pernah menangis sebab orang lain kan ? Tak payah cakap orang lah, saya pun pernah menangis sebab seseorang..

Tapi tak salah kan kalau kita revolusikan diri kita mapan ke hadapan dengan menginsafi dan perbuatan kita yang lama, jangan takut.. Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun. Tak layak untuk kita bandingkan penyayangnya seorang Pencipta dengan hamba.

"Kita kalau menyirap dengan seseorang, semestinya kita akan maki hamun orang tuh,, akan berdendam dengan apa yang dah terjadi." *takyah nak nafikan statement nih.. sebab saya pun pernah buat.
"Maha penyayangnya Allah ini, sampaikan dia bagi kita peluang untuk bertaubat sehingga roh di paras kerongkong. Walaupun kita banyak melakukan kemungkaran, tapi Dia masih sayangkan kita, dia uji kita.. agar dengan ujian yang Dia beri akan menjadikan kita ingat pada-Nya semula"

Sedar tak ? bila kita kecewa ? bila kita tertekan ? bila kita sedih ? dan macam-macam lagi, kepada siapa yang kita akan luahkan ? Jawab lah dalam hati sendiri yee :) Sepatutnya kita dahulukan Allah dalam setiap perkara. Dia pencipta kita kan ? Dia berhak untuk tahu walaupun Dia memang dah tahu..

Allah suka hambanya yang meminta-minta dan berterusan meminta.. walaupun ada yang Dia tak tunaikan apa yang kita minta, tapi hakikatnya Dia beri yang terbaik untuk kita, sebab Dia Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Ingat janji Allah pada Surah Al-Baqarah ayat 152: "Ingatlah kepada ku, maka aku akan ingat kepada mu, dan bersyukurlah kepada ku dan janganlah kamu kufur terhadap ku"

Ingatlah kawan-kawan, air mata kita nih pinjaman Allah, jadi... tak salah kalau kita menangis untuknya.. jangan malu untuk menjadi seorang yang cengeng, kememeh, lemah ketika mengadu kepada Allah, kita berhak untuk mengeluarkan air mata itu, sebab kita menangis pada tempat yang betul. Jika kita menangis keinsafan, biarkan air mata itu kering sendiri, jangan sesekali lap ! Kerana itu akan menjadi bukti di akhirat bahawa kita pernah menginsafi perbuatan kita. Jika hendak lap, lap lah dengan air wuduk.. Biar mata kita sembap dan bengkak kerana-Nya..

Allah memuji orang menangis. "Dan, mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (QS Al-Isra' [17]:109). Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan, "Jika kalian hendak selamat, jagalah lidahmu dan tangisilah dosa-dosamu." 

Nota Hati: "Maha penyayangnya Allah ini, sampaikan dia bagi kita peluang untuk bertaubat sehingga roh di paras kerongkong. Walaupun kita banyak melakukan kemungkaran, tapi Dia masih sayangkan kita, dia uji kita.. agar dengan ujian yang Dia beri akan menjadikan kita ingat pada-Nya semula"

wassalam
-hazim ahmad-

Saturday, September 15, 2012

Jarak ?

 Assalamualaikum..

Jarak ? Apakah itu jarak ?

"jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb"
- Kamus Dewan Edisi ke-4 -
"the length of the space between two points"
-Oxford Dictionary-

Jarak...  Jap ! Jarak yang saya maksudkan ialah jarak dalam Ikhtilat bermaksud batasan dalam pergaulan. Ikhtilat asal kata dasarnya ialah Khalata ialah 'Percampuran'.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka- sumber: http://perkimclubnilai.blogspot.com/2009/08/apa-itu-ikhtilat.html
 Penting sangat ke jarak ni dalam aplikasi kehidupan seharian kita ? 
Analogi: Semasa memandu kenderaan, kenapa kita perlu menjaga jarak antara kenderaan di hadapan dan di belakang kita ? Pastinya untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak di ingini seperti kemalangan jiwa. Jika kita gagal menjaga jarak itu, maka eksiden lah jawab nya kan ?
 Tak salah kalau nak berkawan dengan ajnabi, seperti saya.. saya juga mempunyai kawan yang ajnabi.. tapi hendaklah kita menjaga adab dalam ikhtilat dan antara adabnya ialah:
  1. Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
  2. Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
  3. Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
  4. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
  5. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
 -------------------------------------------------------------------------------------------
 Allah juga ada meletakkan jarak melaluinya firmannya seperti:

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيْلاً٭سورة الإسراء 32
لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ٭سورة النساء 43
lafaz "لاَ تَقْرَبُوا" itu sendiri bermaksud "jangan mendekati". Menunjukkan jarak antara kita dengan perkara lain.. contohnya.. dalil yang pertama, berkaitan dengan zina. "Kenapa jangan mendekati ? Kenapa tak jangan lakukan" sebab Allah meletakkan satu jarak antara kita dengan zina, jika kita melanggar jarak itu, ataupun kita gagal mengawal jarak itu, nescaya kita akan melakukan banyak perkara mungkar dan bukan hanya zina semata-mata. Begitu juga dengan dalil yang kedua..berkaitan dengan solat ketika mabuk. Allah meletakkan jarak antara solat kita dengan mabuk, jika kita gagal mengawal jarak itu, maka kita akan solat dalam keadaan mabuk yang mana ketika itu kita tak tahu apa yang kita baca, apa yang kita lakukakan, kita juga tak khusyuk dalam solat dan banyak lagi. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, sebab itu Dia mewujudkan jarak-jarak itu.
 -------------------------------------------------------------------------------------------

pernah juga saya di tanya oleh seorang sahabat sekitar 2-3 hari yang lalu:

"habis tu zim, kalau kita suka atau ada hati kat seseorang.. tapi dalam masa yang sama kita nak jaga ikhtilat kita.. apa yang patut kita buat ?"
"senang jea... kau pendam je perasaan kw tu... kalau betul kau suka dan sayang kat dia, kau doa jea banyak-banyak kat Allah, Allah suka hamba-Nya yang suka meminta.."
"nak doa macam mana ?"
"doa ni pernah ustazah aku ajar, "Ya Allah, jika benar dia ialah jodohku dan dia di takdirkan untuk aku, maka kau simpankanlah dia untuk aku agar dapat milikinya dengan cara yang halal". Aku selalu buat macam nih, sampai sekarang aku simpan perasaan kat seseorang.. tapi ingat.. kita hanya merancang, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.."
"waaa... dalam diam-diam ye kau.. tak pelah.. tu fitrah manusia kan ? Pape pun terima kasih sebab ajar aku tentang sesuatu yang amat bermakna untuk aku. Jazakallah :D"
"ingat tau, pendam perasaan ni seronok tau, cuma kau dengan Allah jea yang tahu yang kau ada hati dengan budak tu, bila kau pendam, hari-hari kau nampak dia, kau senyum sorang-sorang..boleh jadi budak tu sebagai sumber inspirasi kau dalam bidang yang kau ceburi... Pastu, cuba kau fikir, kalau kau luahkan, ne tau kot-kot budak tu da jadi milik orang, tak ke malu kau nanti, jadi..baik kau pendam jea.. for your own sake :)"
"Allahu yujzika :)"

 -------------------------------------------------------------------------------------------

Bila bicara tentang cinta jarak jauh, mesti semua maklum, lagi-lagi remaja kan ? Cinta jarak jauh ni pada pendapat saya lah, not bad at all lah.. sebab jarak jauh, ikhtilat terjaga, tapi nak lagi cantik, ikhtilat terjaga, pastu saling mendoakan agar diperkuatkan hubungan.. wa... so sweet.. haha..

Lagi pun, ramai gak yang buat macam nih kan ? Sahabat-sahabat saya juga ada yang buat, ade juga pensyarah-pensyarah yang pernah buat, saya tahu pun bila mereka buka cerita.. tapi bila dengar cerita mereka, rasa seronok lak, yelaa.. dengar cerita kebahagian masing-masing.. tapi so far memang setakat nih cinta jarak benua ni memang bahagia. *bukan niat untuk promote supaya bercinta jarak jaoh

 -------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Jarak dalam kehidupan kita itu penting. Ingat ! "Jarak tak pernah menghukum kita, tapi sebaliknya mengajar kita untuk lebih teliti dan berhati-hati dalam sesuatu perkara" Sebab itu Allah wujudkan Jarak dalam kehidupan kita, cuma terpulang pada kita untuk jaga Jarak atau langgar Jarak itu. 

Nota Hati: Semasa memandu kenderaan, kenapa kita perlu menjaga jarak antara kenderaan di hadapan dan di belakang kita ? Pastinya untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak di ingini seperti kemalangan jiwa. Jika kita gagal menjaga jarak itu, maka eksiden lah jawab nya kan ?
 for the sake of ummah
-Hazim Ahmad-

special guest :)