Saturday, May 26, 2012

tak malu ke ??

Assalamualaikum,

"tak malu ke ?" haa..tajuk ni berkenaan kehidupan seorang pelajar khususnya dan untuk masyrakat am nya...

kadang-kala saya terfikir..kenapa ya.. bila seseorang itu hadapi masalah..baru nak mengadu pada Al-Khalik ? Baru nak menghadap sejadah, nak dirikan pelbagai solat sunat dan berbagai lagi..tapi bila senang, langsung lupa semua.. sejadah hanya jadi perhiasan, Al-Khalik dibelakangkan..

Bila difikir balik, bila kita ada sesuatu hajat..bersungguh-sungguh kita berdoa..dengan harapan agar Al-Khalik mengkabulkan hajat kita dengan segera, tetapi..cuba kita imbas kembali.. kita renungkan dalil naqli daripada potongan ayat 56 surah Ad-Dzariyat:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
bila kita fahamkan ayat ini, kita dapat lihat.. perintah Allah.. ringkas jea kan ? Mafhumnya, Al-Khalik memerintah hamba-hamba-Nya untuk beribadah kepadanya..itu sahaja permintaan-Nya..1 sahaja kan ? B-E-R-I-B-A-D-A-H..BERIBADAH..tapi kita ? adakah kita istiqamah dalam menunaikan permintaan-Nya ? Tepuk dada tanya iman, tanya diri.. Memang lah Al-Khalik tak heran pun kalau kita tak istiqamah dalam ibadah kita, tapi kita fikir lah.. seperti kita lah..cerminkan diri..kalau kita ada permintaan tapi orang tu tak tunaikan..pastu orang tu buat permintaan kat kita..agak-agak kita nak tunaikan tak ??

Memang tak dinafikan, jika ditanya pada mana-mana pelajar cemerlang yang berjaya dalam setiap peperiksaan tentang apakah rahsia kejayaan mereka ? antara jawapan popular ialah "Istiqamah dalam ibadah, mengaji al-quran, puasa dan banyak lagi" LIHAT ! Hablun minallah(hubungan dengan Allah) itu sangat dijaga oleh mereka. Oleh kerana, mereka menjaga hubungan mereka dengan Al-Khalik..maka Al-Khalik akan senang hati untuk mengkabulkan doa mereka.

Ini tidak, kalau lepas solat secepat yang boleh nak kuar dari surau..alasan sebab panas -,- baru panas dunia dah macam tu, belum kat padang mashyar lagi.. matahari sejengkal daripada kepala sahaja. Surau panas pun sebabkan dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang hari itu, INGATLAH ! mereka yang sombong dengan Allah ialah mereka yang tidak berdoa pada setiap selesai mendirikan solat fardu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
notahati:
kita minta bermacam-macam dari Allah agar perkenankan hajat kita...tapi kita sendiri tak istiqamah dalam menunaikan perintah Allah..hablu minallah kita sangat renggang. Bila susah baru nak menghadap sejadah, baru nak ingat Allah. Bila senang langsung lupa semuanya. Allah minta kita beribadah kepada-Nya sahaja. Dia telah berfirman dalam surah Ad-Dzariyat ayat 56:
"tidak aku ciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadah kepada-ku"
----------------------------------------------------------------------------------------------
kita minta macam-macam daripada Allah dan mengharapkan agar Allah tunaikan, tapi kita sendiri tak istiqamah ketika menunaikan permintaan-Nya

#tak malu ke kita ? (",)

Tuesday, May 08, 2012

selangkah menggapai bintang PART II

Assalamualaikum.
"hazim, ibu selalu doakan yang hazim akan dapat lanjutkan pelajaran hazim di sebuah pusat pengajian yang dapat mengubah dan mencantikkan akhlak dan keperibadian hazim"
 Mungkin ini jawapan yang terbaik untuk menjawab pelbagai soalan yang timbul dalam benak dan fikiran saya..
"Takkan lah 8 U aku mohon, takde 1 pun yang sangkut nama aku ? tak pun, kalau dah lapan-lapan yang aku mohon semua tak layak..takkan lah pihak UPU tak letak nama aku kat mana-mana U yang ada kat Malaysia nih"
Alhamdulillah, atas dorongan keluarga dan para sahabat.. hati saya terbuka untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS).. Rasanya ramai yang tahu tentang sekolah ini..

 kalau di ikutkan,, sekarang (8/5/2012) saya sudah mula bersekolah disana..dan wajib melalui program orientasi selama 2 minggu.. namun dek kerana datang dengan sehelai sepinggang.. saya diberikan masa sehingga Ahad ini untuk melengkapkan segala keperluan. Al-maklumlah.. saya cuma terima surat tawaran daripada KPM, dan tidak dari SMKAS..Nama pun takde dalam senarai.. tapi cikgu kat sana dah maklumkan..mungkin berlaku kesilapan teknikal..sebab bila KPM dah maklumkan kat pelajar, maknanya..KPM jugak dah maklumkan kat sekolah yang ditawarkan..

 - SMKAS-

Saya akan memegang gelaran PELAJAR pada hari Ahad ini, dan saya sudah bersedia untuk menghadap segala cabaran di sekolah baru ini ! Ada hikmah mengapa saya ditakdirkan untuk belajar di SMKAS, cuma saya belum nampak lagi.. dalam masa yang sama, saya juga masih menunggu keputusan IPG SMA, jika layak ke temuduga, saya akan usahakan untuk menghadirinya..dan jika saya layak... Insya'allah saya akan istikharah..moho bantuan daripada-Nya

Mungkin rezeki saya bukan di:
  • Darul Quran
  • Matrikulasi
  • Program Diploma
  • Program Asasi
  • Institut Pendidikan Guru
Munkin rezeki saya di:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat

Metodologi hati:
Jangan sesekali memandang Tingkatan 6 dengan sebelah mata sahaja, pandanglah dengan kedua-dua belah mata.. STPM..kami akan melaluinya selama 1 tahun setengah..dan akan ke universiti di peringkat Ijazah.. Seiring dengan pelajar Matrik/Asasi/Diploma.... walau apapun kita, siapapun kita,, kita tetap hamba-Nya yang sentiasa dahagakan ilmu :)

special guest :)