Saturday, April 30, 2011

perlukah kita ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

haaa ,, sila berlaku jujur dengan diri anda sendiri,, siapa yang tak pernah tahu tentang apa yang dimaksudkan pada gambar diatas ?? ada tak ?? setahu saya ,, hanya insan yang belum mukalaf sahaja yang layak cakap "saya tak tahu apa yang dimaksudkan pada gambar diatas" perkataan "I LOVE YOU" / "I LOVE U" / "ILY" / "ILYSM" dan yang sekaum dengannya begitu sinonim dalam diri seseorang yang hidup didunia ini .. semua orang pernah melafazkannya , termasuklah saya ,, lafazkan pada siapa ?? ibu bapa kita ?? guru-guru ?? kekasih kita ?? ... kita sering lafazkannya kepada ibu bapa, guru-guru mahupun kekasih .. tapi,, selalukah kita melafazkan kalimah ini pada PENCIPTA kita ?? tepuk dada sendiri, tanyalah iman sendiri ..

baiklah, entri saya pada kali ini bukanlah untuk menceritakan tentang CINTA ,, tapi ,, ingin membawa para pembaca berfikir sejenak tentang "kewajaran bercinta dalam konteks pelajar sekolah" memang tidak dinafikan , rasa ingin menyanyangi dan disayangi itu ada dalam diri setiap insan yang mempunyai hati dan perasaan kerana itu adalah fitrah yang Allah berikan kepada setiap hamba-Nya..tetapi, sayang yang bagaimanakah yang perlu ditanam dalam diri seseorang itu ?? adakah sayang yang membawa kepada penzinaan ?? kepada ketelanjuran ?? kepada gejala sosial ?? 

p/s:* apa yang saya hendak sampai ini bukanlah untuk menyentuh sensitivitif sesiapa,, tetapi sebagai renungan buat diri saya terutamanya .. dan kepada para pembaca yang dihormati ...
________________

kata orang.. cinta itu buta ,, memang betul pun !!   yang buruk di kata cantik,, yang gemuk dikata kurus,, yang tak elok dikata elok dan yang sewaktu dengannya ,, memang saya akui yang saya pun pernah bercinta ,, tapi saya dah serik ,, ramai yang menasihatkan saya supaya berubah ,, sebab bagi saya .. tak ada faedah pun bercinta semasa berlajar ...  dan alhandulillah .. saya telah berjaya berubah ,, saya kunci hati saya buat seketika bagi memberi laluan kepada niat saya untuk belajar supaya saya boleh berjaya dengan cemerlang dan membanggakan ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan saya ... kalau saya boleh buat ,, kenapa tidak anda ???
~~

pernah tak kita lihat ,, remaja yang bercinta ini kekal sampai ke jinjang pelamin ?? kalau ada pun ,, peratusnya begitu sedikit ,, cuba kita bayangkan ,, kita bercinta dengan seseorang ,, semua cerita, masalah, pengalaman.. kita berkongsi dengan kekasih kita ,, nanti bila kita sudah berkahwin dengan kekasih kita ,, dah takde pape cerita menarik yang ingin dikongsikan,, KOSONG.. macam dah takde apa yang boleh menghangatkan suasana rumah tangga,,. sebab apa ?? sebab semua cerita telah kita kongsikan semasa sedang hangat bercinta ...
_________________

kita selalu lihat,, pasangan yang sedang bercinta ,, sibuk dengan pasangan masing-masing, tak hiraukan orang sekiling yang melihat telatah mereka yang entah pape yang mereka buat dihadapan khalayak ramai.. macam bak kata P.Ramlee dalam movienya.. "dunia ini ana yang punya" .. pegang sana, pegang sini ,, macam halal je kan diaorang buat semua tuh ... dah macam suami isteri yang sah ,, bila habis waktu persekolahan ,, masing-masing cari port yang bagus untuk berdua-duaan,, kat pusat bandar, basten, luar sekolah ,, al-maklumlah ,, siapalah yang berani tegur mereka berasmaradana ,,, bila balik lambat ,, ibu bapa tanya kenapa balik lambat ? jawapan yang mudah "tadi ada kelas tambahan" ,, 'kelas tambahan' dengan kekasih di pusat bandar ,, apelah ,, dah lah berdua-duaan,, menipu lak tuh ... kalau dah tak boleh tahan sangat ,, kenapa tak bawa ibu bapa jumpa terus dengan keluarga kekasih ,, boleh terus ikat ..
_________________

kita selalu lihat,, bila pasangan kekasih berada dalam satu kelas ketika proses pembelajaran dan pengajaran(P&P) berlangsung ,, tumpuan yang diberikan terhadap apa yang diajar oleh guru lebih sedikit berbanding tumpuan kepada sang kekasih ,, kononnya ,, "ishhh,, sayang aku ini sarapan tak pagi tadi?" "pagi tadi dia bangun kol berapa eak ?" "mandi ke tak ?" "baju dia bergosok tak" "selesa ke tak dia duduk kat situ?" perrrggghhh ,, bukan main risau lagi ... alangkah bagusnya kalau kita risaukan tentang diri kita,, "pagi tadi kenapa aku subuh lambat ?" "kenapa aku boleh terlepas waktu tahajud ?" "kenapa aku tak minta doa daripada ibu bapa aku tadi ?" tepuk dada tanya iman ...tambahan lagi, bila sekelas dengan kekasih ,, semua perihal dan perilaku dijaga dengan baik mengikut tatatertib ,, konon-kononnya nak tunjuk yang diri ini penuh dengan adab dan sopan santun .. huh ! hampehh ~~
_________________

kononnya , janji sehidup semati ,, haha ! peninpu jea semua tuh ! bila kekasih dah mengandungkan anak luar nikah .. yang si 'bapanya' nie entah ke mana dah hilang ?? mana pergi janji yang kononnya sehidup semati yang dibangga-banggakan tuh ?? hanya tinggal jani jea laaa ,,, ..


bila dah clash ? ada yang sampai sanggup gantung diri sendiri ,, ada yang sanggup terjun bangunan ,, terjung sungai/laut ,, dan macam-macam lagi ,,, ini ke apa yang kita inginkan ?? pengakhiran yang tak bermanfaat,, neraka pasti untuk kita sebab bunuh diri sendiri !

__________________
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

alangkah indahnya percintaan selepas perkahwinan ,, berbagai cerita boleh dikongsi bersama bagi mewarni rumah tangga,, akhlak dan adab di jaga sebaiknya ,, segala sentuhan menjadi halal bahkan mendapat pahala ,, tak nak ke kita ??

ustazah saya pernah berkata "kalau kita sayangkan seseorang itu ,, berdoalah pada ALLAH "Ya Allah, andainya dia ialah jodohku, maka kau simpankanlah dia untukku" pabila kita dah berdoa, kita terus lupakan orang itu untuk fokus dalam pembelajaran,, Insya Allah andai dia jodoh kita,, kita akan bertemu dengannya ,,"

cikgu Bahasa Melayu saya juga pernah berkata "bukan sekarang masanya untuk kita permainkan perasaan sesama kita ! belajar dulu,, senangkan dan selamatkan diri sendiri dulu,, barulah senangkan dan selamatkan orang lain"

belajarlah dulu,, barulah kita mencari cinta dunia .. kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta.. bukannya "kejar cinta-cinta dulu,, baru kejar cita....
"love to study before you love somebody"

sebagai penutup....

saya pernah terbaca dalam satu ruangan dalam majalah SOLUSI, disitu dinyatakan bahawa "Allah akan berasa cemburu pada kita, apabila kita mencintai dan menyayangi hamba-Nya lebih daripada kita mencinta dan menyanyangiNya" bayangkan,, bertapa indahnya kalau kita bercinta dengan Allah ,, dunia akhirat terjamin,, jangan kita risau kalau kita tidak mempunyai cinta dan kekasih didunia ini, kerana Allah sentiasa bersama kita ... saya teringat akan zikir yang selalu dialunkan di surau sekolah saya semasa menunggu waktu azan maghrib,,,

"Cintakan bunga.. akan layu..."
"Cintakan manusia.. akan mati..."
"Cintakan Allah.. kekal abadi..."
"itulah CINTA... cinta yang hakiki..."

kem kita , kita punya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




pada 22/4 - 24/4 yang lepas .. Unit Beruniform Kor Kadet Polis sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di ...

tapak perkhemahan d'muara YPJ Mersing



haa ,, perkhemahan ini memang best beb ! saya tak nafikan ,, lagi-lagi bersebelahan dengan pantai ,, fuhhh !! memang gerek arrr ,, seramai lebih kurang 120 orang peserta lelaki dan perempuan menyertai perkhemahan ini ...

peserta lelaki ~
peserta perempuan ~ 

tentatif program dia pon menyeronokkan ,, macam biasalah dimulakan dengan 'ice breaking' .. kemudian sedikit Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK) ,, pada malamnya ,, kitaorang ada aktiviti 'night walk' , aktiviti ini memang menyeronokkan ,, setiap kumpulan campur lelaki dan perempuan ,, dimana,, 2 orang lelaki perlu menjaga bahagian depan,, dan 6 orang lelaki di bahagian belakang ,, kitaorang dikehendaki berjalan memasuki kawasan hutan berpaya ,, dan berbekalkan lampu suluh serta tali sebagai panduan agar tidak sesat ,, tiada sebarang fasi pun yang menjaga kitaorang semasa dalam hutan ,, mereka tunggu kitaorang semasa sampai di checkpoint pertama iaitu sebelum masuk kawasan berpaya.. haaaa ,, semasa di checkpoint pertama ,, kitaorang dikehendaki mengira ahli kumpulan ,, sama ada cukup atau pun tidak ,, pabila sudah cukup .. kami dilepaskan memasuki kawasan berpaya pula ,, haaa ,, jalan punya jalan ,, tiba-tiba kami tersesat ,, nasib baik tak sesat jaoh ,, cuma terlepas daripada kawasan selekoh ,, kami pun ikot panduai yang ada .. alhamdulillah ,, kami tiba ke kawasan penginapan kami,, sebelum masok tidur ,, kami dibenarkan mandi di pantai bagi membersihkan diri ,, wahh ,, sejuk beb air pantai tuh ,,,

 sebelum aktiviti 'night walk'

pada hari kedua pula .. aktiviti bertambah menarik apabila di mulakan dengan 'senamrobik' ,, kemudian 'berakit' ,, haaa ,, semasa berakit ini ,, saya memang berseronok habis ,, main-main air dengan kawan belakang ,, hehe ,, haaa ,, saya dan dia seronok lah ,, main air ,, gurau-gurau senda ,, haha ,, nasib baik tak jatuh daripada rakit tuh ,, berakit antara akitivit yang menarik pada saya ,, kemudian ,, setelah puas berakit ,, kami beralih pula kepada aktiviti 'tempur halangan' . alaaaa .. yang ade monkey bar, tarzan swinger, dan macam-macam lagi ,, saya berjsya melepasi semua halangan tuh ,, huhuhuhuh... kemudian ,, pada petangnya pula ,, aktiviti diteruskan pula dengan 'flying fox' dan 'abselding'(maap kalau salah ejaan) ... haaa .. inilah pengalaman yang baru dalam hidup saya ,, 

'flying fox'
 'abselding'(maap kalau salah ejaan)
 
memang berbaloi laaa saya pergi kem ini .. dapat merasai pengalaman baru tuh ...sejujurnya inilah kali pertama dapat merasai kedua-dua aktiviti diatas.. *pembaca yang dihormati, tolonglah jangan gelakkan saya  ;) .. selepas aktiviti ini ,, kami pun solat ,, kemudian ,, cikgu memberikan tugasan untuk setiap kumpulan laksanakan pada aktiviti 'malam kebudayaan' ,, haaa .. selepas pembahagian tugasan selesai ,, cikgu memberikan kelepasan kepada kami untuk bermandi-manda di pantai ,,, 





pada malamnya pulaa .. aktivit 'malam kebudayaan' pula menyusul ,, kumpulan saya diberi tugasan untuk mengayakan lagu lama ,,, saya pun tak tahu apa tajuknya ,, yang penting kami enjoy ,, hehe ,, ermmm ,, selepas malam kebudayaan ,, cikgu buat kejutan bagi pelajar-pelajar yang tarikh lahirnya dalam bulan 4 yang berdekatan dengan tarikh perkhemahan ini .. hehe ,, padan muke pada yang kena ... selepas itu ,, persembahan spontan daripada form5 lelaki dan perempuan ... kemudian .. pembahagian hamper dan makan ,, kemudian ,, kami beramai-ramai ber-bumi kenyalang di tempat masing-masing ...

hari terakhir pulaa ,,ada 'sukaneka' ,, 'pocho-pocho' dan 'membina istana pasir' ... hehehe .. memang enjoy sakan laaa .. lepas dah siap istana pasir tuh ,, beramai-ramai macam anak penyu masuk laut ,, pergi mandi ,, huahuahuhaaa ,, hari terakhir ,, mestilah have fun !!


bersama istana pasir ~




kemudian macam biasalah ,, ucapan perasmian penutup ,, kemudian berangkat pulang ...




menyanyi dalam track polis ,,  kami sedar suara kami tak semerdu suara anda ~

"INI KEM KITA , KITA YANG AKAN MENYERONOKKANNYA !!"

Sunday, April 17, 2011

SPM itu susah ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 haa .. nampak tak gambar kat atas tuh ?! SPM bertulis pada 14 Nov - 14 Disember 2011 ... fuyyyooohhh ~ nampak macam lama, tapi hakikatnya ?? bila tolak makan, minum, tidur, main, berangan, ngobrol, cuti, enjoy dan sebagainya tinggal berapa hari jea ...

Daisypath Graduation tickers 

ingat lah kawan-kawan dan diri ku juga ,, SPM menentukan jalan hidup kita di dunia ini ,, kalau setakat dapat 3A ? itu zaman ibu ayah kita bole pakai untuk kerja ,, tapi zaman yang kian membangun nih ?? 3A orang dah tak pandang dah ,, orang sekarang pandang 7A, itu pun yang paling kurang arr,, harga barang makin naik, kalau dapat kerja cikai-cikai ,, mampu ke nak bina masa hadapan yang cerah ??

haaa .. sama-samalah kita fikirkan tentang masa hadapan kita .. kalau ada yang cakap SPM itu susah ,, kenapa ada insan yang berjaya menggondol strait A's ?? nur amalina che bakri, nik nur madihah, nasuha muhd fazarin(ex-smakj) dan ramai lagi.. macam mana diaorang boleh dapat strait A's ? padahal soalan-soalan SPM nya pun lebih kurang jea dengan soalan yang kita akan hadapi,, soalan hanya pusing-pusing kat situ jea ,, tajuk form 4 dan form 5 jea ... jangan anggap nak dapatkan strait A's ue mustahil .. sebab tak ada perkara yang mustahil kat dunia nih ..

dah ingatlah .. jangan anggap tarikh SPM itu lama lagi ,, sebab "Life is too short" saya dapat perkataan nih daripada PLM yang lepas .. kita tidak akan sedar akan perkara yang kian menghampiri kita ,, dulu semasa form 1,, ckp ,, "Alaa, PMR lame lagi.." tapi kejap jea da PMR,, semasa form 4 cakap.. "Alaa, SPM lama lagi,, kita enjoy-enjoy lah dulu,," tapi, sekarang dah nak dekat dengan SPM dah ,, kejap jea masa berlalu ,,,

p/s: kepada sesiapa yang nak usha-usha jadual SPM 2011 ,, kalian boleh klik kat >sini<


hmmm .. ok.. sampai di sini sahaja tuan tanah ANEKDOT SAYA ingin bercerita.. sekian ,, saya akhiri dengan serangkap pantung 4 kerat ,, cewahh ~

kalau ada seumur di ladang,
izinkan saya menumpang mandi;
kalau ada umur yang panjang,
boleh lah kita bersua kembali ,,,

haa !! jawab pat !! jangan tak jawab !!

Program Lonjakkan Minda: SMAKJ dan UKM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahaaa .. kita bertemu kembali dalam ANEKDOT SAYA ,, hahaa .. kali ini saya tuan punya tanah nih nak berkongsi pengalaman yang paling seronok yang pernah saya alami selama 5 tahun di sekolah saya .. al-maklumlah ,, sekolah asrama.. memang tak pernah terlepas dari program motivasi .. yang dah boleh dikatakan program motiBASI, yelah .. tentatifnya lebih kurang jea ... tapi,, program motivasi yang saya nak kongsi kat pembaca sekalian nih berbeza cikit dengan program-program motivasi yang pernah saya sertai.. Program Lonjakan Minda... nama pun dah lain daripada yang lain ..haaa ,, program nih di kelolai oleh mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur daripada Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB).. haaa ,, diarong nih datang ke SMAKJ dengan menaiki 2 biji bas beb ,, tak mainlah sebiji bas jea ... haaa ,, tiba lebih kurang sebelum azan maghrib berkumandang ..

haaa ,, program PLM ini dimulakan pada jam 9.00 malam.. dimulakan dengan ucapan aluan oleh kaunselor sekolah Cik Zamzilah bte Sabtu ,, kemudian di sambung dengan LDK 1 iaitu ,, macam biasa lah ,, Ice Breaking .. bagi kumpulan ,, pergghh ,, dia punye ice breaking memang gerek ,, cume perlu ikut nombor yang ade pada penjuru fail ,, jadi ,, secara rasminya kita akan jadi ahli bagi kumpulan mengikut nombor yang ada kat fail tuh ,, haaa .. masa ice breaking uh ,, kitaorang berta'aruf dengan fasilitator masing-masing ,, bermesra dengan diaorang ,, kemudian,, adalah aktiviti cikit ,, pe entah nama aktiviti tuh ,, tak ingat laa ,, tapi yang penting memang best !! dendanya pun memang best ! kene buat chicken dance kat depan ,, fuuiiyyooo ! saya pun kena sekali beb ,, haha ,, takpe,, kita enjoy ,, bila dan wat denda tuh ,, ade aktiviti seterusnya,, iaitu buat logo + misi + visi kumpulan masing-masing .. bila dah siap .. fasi-fasi dijemput ke hadapan untuk sesi perkenalan kepada semua peserta PLM .. ahaa ,, bila dah siap ,, kita semua pun balik ke dorm dan kendiri ,,

 warna-warni hari pertama ;)

haa .. masuk lah hari kedua ,, pagi-pagi lagi enjin kitaorang dah di panaskan dengan senamrobik oleh fasi-fasi ,, tak pelah .. layankan jea ,,sebab best beb ! tak tipu ahh ,, ermm ,, hari ni memang banyak aktiviti ,, dan saya tak bagi ulasan untuk semua aktiviti ,, yang penting ,, satu event yang saya dan rakan-rakan tak leh lupe ,, bila kitaorang disimbah oleh fasi-fasi !! perggghh ,, dah lah yo'o kene marah dengan fasi Arm ,, jap lagi kitaorang kene simbah tuh ,, dapat mandi percuma beb ,, haaa ,, kitaorang apa lagi ? REVENGE TIME ! mane-mane fasi yang bertuah uh memang dapat mandi bersama kitaorang lah .. haha ! lagi-lagi fasi Asyiqah ,, sampai ke tengah padang kene kejar dengan kitaorang ,, memang saya suka giler arr tengok gelagat dia ,, tak cukup tanah dia lari ,, tapi ,, lastly dia pun kena siram juga ,, bhahahah ,, padan muka dye ,,, hee ,, isshhh tak bek nye saya ~ malam nya ,, kq Syiqah dan kq Wana wakil kepada fasi-fasi mintak map kat kitaorang ,, then siap bagi aiskrim mangkuk uh ! setiap kumpulan dapat 1 mangkuk beb ! marbelousss !!! walaweyhh ,, pandai gak korang pujuk kitaorang ea ?? heee ... thanks fasi ... lepas jea makan aiskrim ,, kitaorang pun bergambar dengan fasi-fasi.. team 11(team saya) pun sempat bergambar juga ,, nih gmbar nye ,,,
dari kiri depan: luqman, fahmi, hafizul, hazim(saya), muaz, amin
dari kiri belakang: kak wawa, humaira, ruzatul, fatini, haziqah, hidayah, najwa, khadijah, kak ella

warna-warni hari kedua (:

huhhh ,, da masuk hari terakhir ,, huuuu .. sob sob sob,, tetiba jea rase macam sedih lak ,, memang sedih pun ,, nak wat cam mana ann ?? setiap yang datang akan kembali ,,, hmmm .. setiap pertemuan pasti ade perpisahan ,, tapi tak pe ,, kita tetap heppy pagi tuh ,, buat senamrobik same-same ,, pastuh ade taklimat  tentang FSKB .. hmmm ,, lepas tuh ,,, lepas tuh ... lepas tuh .... kitaorang da start dalam mood sedih ,, huaaaa !!! hmm ,, kita pun buat aktiviti terakhir same-same ,, nyanyi same-same ,, chicken dance,, penyampaian saguhati ,, dan macam-macam lagi ...


 kita nyanyi lagu "demi matahari" haaaa ,, lepas tuh ,, fasi-fasi semua balik hostel untuk packing barang ,, kitaorang kene tinggal bab kq Farah Syazwani(form 5 saya) nak jumpa kitaorang , heee ,, cantik gak dia tuh ,, kuengkuengkueng ,,, lepas zohor jea kita semua datang semula ke dewan untuk sesi fotografi bersama fasi-fasi ,, nilah antara gambar-gambar nya ...











warna-warni hari ke 3 =')


semoga ukhuwah kita yang telah terikat dan terjalin ini kekal selamanya .. amin ~

sumber gambar yang cantik: Lensa Anak Bulan
kalau nak tengok gambar-gambar lagi ?? boleh lah kalian pergi ke fesbuk kq Atul dan kq Ain Azmi ;)

Saturday, April 16, 2011

kejayaan milik kami !!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pada 08/04/2011 dan 09/04/2011 yang lepas .. sekolah saya telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan "IHTIFAL 'ILMI kali ke 12" .. kalau korang tak percaya ,, gambar yang kat atas nih buktinya ,, cenderahati untuk V.I.P dan guru-guru SMANJ ,, 90% design by hazim ahmad ,, sebab apa 90% ?? sebab yang tulisan rumi tuh bukan tulisan saya ,, hehe ,,
alhamdulillah kerana sekolah saya telah menjadi johan keseluruhan Ihtifal 'Ilmi kali ke 12, sekolah saya telah memenangi 6 acara daripada 10 acara yang dipertandingkan ,, 6 acara tersebut ialah tilawah al-Quran, berzanji, khat, bahas b.m, b.i, b.aperujian hafazan dan tafsir al-Quran ..Ini ialah kemengan besar-besaran beb ,, senyum besar pengetua kami ,, hehehe ;) tahniah kepada yang berjaya ,, dan kepada yang tidak berajaya ,, jangan lah berputus asa ,, lain hari boleh cube lagi ,,,,  ;)

cukup pendahuluan ,, baiklah ,, entri kali ini saya ingin berkongsi tentang acara yang kalah ,, tapi saya tetap berasa puas ,, iaitu ,, khat bawah 18 dan tamsiliah(lakonan dalam bahasa arab) .. tamsiliah di pertandingkan pada petang Jumaat ,, selepas acara Forum terbuka di dewan terbuka dewan Harun Ar-Rashid .. tetapi giliran peserta sekolah saya adalah yang ke 7 iaitu selepas solat isyak ,, sebenarnya ,, saya tak terlibat pun dalam pertandingan ini ,, tapi saya hanya terlibat dalam kesan bunyi(sound effect) untuk lakonan mereka bagi menambahkan keberkesanan dalam lakonan mereka ,, 

pada waktu pagi Jumaat ,, jurulatih tamsiliah telah memanggil saya, beliau berikan laptop dan broadband, kemudian beliau suruh saya editkan beberapa kesan bunyi ,, seperti kesan bunyi sedih,, kesan bunyi seram,, kesan bunyi hon lori dan sebagainya ,, huh ! penat gak lah ,, nak potong bunyi-bunyi tuh ,, kemdian nak cantumkan dengan kesan bunyi yang lain lagi ,, wahhhh ,, tapi tak pe ,, demi sekolah dan rakan-rakan ,, saya tetap lakukannya sedaya yang mampu ,, saya edit kat Windows Movie Maker ... haaa ,, program asas je tuh ,, setelah siap semua kesan bunyi ,, jurulatih tamsiliah pon suruh peserta-peserta berlakon dengan di iringi kesan-kesan bunyi yang telah saya editkan tadi .. alhamdulillah ,, dengan hanya beberapa kali latihan ,, mereka telah berjaya !




pada waktu malam ,, saat yang di nantikan ,, untuk mempersembahkan apa yang telah dilatih dengan gigih ,,sewaktu mereka membuat lakonan ,, saya dan pencerita duduk di bawah ,, kerana takot menganggu ,, saya memang kena duduk bawah ,, sebab saya kena kawal P.A system untuk kesan bunyi lakonan mereka ,, pergghh ,, masa tuh memang jari menggigil beb ,, tak tau arr nape ,,

kemudian ,, saya tengok ,, lakonan mereka memang memberikan kesan yang positif ,, ada yang ketawa ,, ada yang menangis dan ada yang meremang bulu roma mereka ! alhamdulillah


 walaupun kalah ,, saya dan peserta tamsiliah tetap berasa puas dengan segala yang telah lakukan nih !


Photobucket

pada keesokan harinya ,, acara saya pula berlangsung ,, khat L bawah 18 di Sekolah Agama Bandar Kluang ,, kontinjen khat sekolah tiba di tempat kejadian pada jam 8.45 pagi ,, walaupun awal ,, tapi cukup untuk kami membuat persediaan yang secukuonya sebelum pertandingan bermula ,, iaitu pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.. pada saya ,, saingan khat L bawah 18 memang hebat ,, kenyataan ini di akui sendiri oleh guru saya sendiri iaitu Ustz Zamri ,, walaupun saya tidak menjadi juara ,, tapi saya bangga sebab dapat pengalaman dan ilmu baru,, memang tak disangke ,,









pada mulanya ,, di saat saya dapat berita yang saya kalah ,, memang susah lah nak terima hakikat tuh .. yelah ,, kita dah buat yang terbaik demi sekolah ,, saya sedih dan terkilan bukan sebab saya kalah ,, tapi sebab saya dan kecewakan harapan guru-guru, guru-guru meletakkan harapan yang tinggi dan saya pun tak gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya ,, hmmm ,, tapi agak terkilan lah jugak ,, hmm ,, nasib baik ustaz saya panggil saya di belakang pentas untuk tenangkan perasaan saya kalau tak ,, tak tau lah camne ,, tak pelah ,, "let by gone be by gone" .. ustaz saya cakap ,, "tak bermakna kalau kau kalah hari ini ,, kau akan selamanya kalah.. setiap perkara ada hikmahnya ,, Allah nak uji keimanan kau dengan kekalahan kau ini ,, lepas nih ,, kau fokus untuk SPM kau ,, itu yang penting dan menjamin masa hadapan kau" terima kasih ustaz ,, saya akan pegang kata-kata ustaz ,,,

kat bawah nih ade lah cikit gambar-gambar masa Ihtifal 'Ilmi yang lepas ,, kalau nak bnyak lagi ,, klik kat >SINI< atau pun kat >SINI< atau pun kat >SINI<




S M A K J   c e m e r l a n g ! ! !

special guest :)