Saturday, February 26, 2011

usaha tangga kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pada hari semalam ,, sewaktu saya bertolak dari bumi Kluang menuju ke bumi Johor Bahru dengan menaiki bas KKKL (bas gagap) ,, ahaaa ,, senang cerita saya pulang ke kampung halaman arr ,, semasa dalam perjalanan pulang ,, saya mengeluarkan buku teks Sejarah tingkatan 5 dan buku latihan untuk menyiapkan kerja rumah yang tertangguh .. sempatlah juga saya menyiapkan dalam 10 muka surat ,, kemudian, seperti biasalah .. bila dah buat kerja Sejarah ,, mesti mengantuk ,, bak kata member saya ,, buku teks Sejarah adalah ubat tidur yang paling mujarab ,, penadol pun kalah ,,, hehe ,,,

bila dah mengantuk ,, takkan nak tahan lak kan ? jadi, saya pun tidur lah ,, adalah dalam 1 jam lebih gitu .. bila dah tersedar ,, memang agak susah lah kalau nak tidur balik ,, jadi saya pun melihat pemandangan luar yang sudah jemu dilihat ,, huuuu ,, bosan gilerrr !! tiba-tiba saya ternampak kawan saya sedang memegang senaskah majalah Ujang ,, saya pun meminjam majalah tersebut untuk mengisi kebosanan yang melanda ,,

saya membaca setiap helaian demi helaian ,, kemudian saya tertarik dengan satu cerita,, tapi sayangnya saya tak ingat tajuknya ,, tapi ceritanya ingatlah juga ,,, hmmm ,, cerita mempunyai maksud yang tersirat yang perlu kalian renungkan bersama ,, tapi ceritanya saya pendekkan dan saya telah mengubahnya sedikit daripada teks yang asal ,, supaya mudah untuk dipahami ,, ceritanya begini ,,,,

 pada suatu hari .. terdapat seekor harimau yang masih sihat ,, sudah tidak mampu untuk mencari makan ,, keadaan harimau itu tersangat lemah ,, kerana sudah berberapa hari tidak makan ,, harimau tersebut hanya menyerahkan dirinya kepada takdir ,, andai ditakdirkan diri mati ,, maka dia terima ,, harimau ini telah berputus asa dalam kehidupannya ,, si harimau ini pun hanya mampu baring sahaja ,, manakannya ,, nak bangun pun dah tak mampu ,,

namun ,, telah ditakdirkan ,, datang seekor anjing dengan membawa ketulan daging ,, lalu diberikan daging tadi kepada si harimau ,, si harimau pun makan daging yang si anjing beri ,, si harimau ini bergantung hidup sepenuhnya pada si anjing , di mana si anjing ini akan membawakan daging untuknya setiap hari ,, sedangkan anjing itu tidak mampu melakukannya untuk setiap hari ,, tetapi ,, sebab si anjing ini begitu perihatin terhadap si harimau ,, si anjing pun menolongnya mencarikan makanan untuknya ,, 

semakin hari harimau ini beransur pulih ,, tenaganya pun sudah pulih seperti sediakala ,, tetapi si harimau ini masih lagi mengharapkan makanan dariapada si anjing ,, si harimau begitu malas untuk berusaha mencari makanan untuk dirinya ,, sedangkan jika di bandingkan dengan tenaganya dengan tenaga si anjing ,, tenaga si harimau ini lebih banyak ,, tetapi si harimau ini lebih suka mengharapkan bantuan daripada si anjing ,,

lama-kelamaan ,, si anjing ini merasakan bahawa dirinya seperti dipergunakan oleh si harimau ,, lalu si anjing ini mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan si harimau ini ,, kerana beliau tidak mahu dipergunakan lagi ,, tinggallah si harimau itu bersendirian ,,

renungkanlah kisah ini ,, walaupun serba ringkas ,, tetapi ,, mempunyai makna tersirat ,,

special guest :)