Saturday, February 26, 2011

mudah berpuas hati ?

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Pada hari Sabtu, 12/02/2011 bertempat di Ruang Legar Kluang Mall,, telah berlangsungnya pertandingan seni khat sempena maulidur rasul peringkat daerah Kluang .. pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Daerah Kluang .. hmmm .. pertandingan diadakan mengikut 3 kategori, iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap Khas ... saya dan 6 orang rakan-rakan yang lain telah menyertai pertandingan Tahap Khas iaitu Khat Thuluth ... dan Alhamdulillah ,, saya telah menjadi juara bagi tahap itu ... 

walaupun sudah berjaya menjadi juara , namun saya tidak boleh mudah berpuas hati dengan kejayaan ini .. kerana masih banyak lagi kekurangan dan kesilapan serta kecuaian yang perlu saya perbaiki .. masih terdapat lagi kelemahan dari segi susunan ayat , kaedah-kaedah penulisan huruf dan keseimbangan huruf .. bagi mereka yang faham ,, baguslah .. tapi bagi mereka yang samar-samar .. buat-buatlah faham ea ? hehehe ... 

saya mesti giat berlatih , kerna ,, ustaz saya pernah beritahu saya .. bukan senang untuk menjadi yang terbaik ,, tanpa usaha yang gigih ,, kejayaan yang kita inginkan tidak akan kita kecapi .. insya'Allah .. andai ada rezeki .. saya ingin mengalahkan seorang pelajar yang dulunya banyak mengajar saya dalam bidang khat ini .. dan kini beliau berada di Maahad Johor .. bagi mereka yang mengenali insan yang bernama Nurul Iman bin Samurah . itulah orangnya .. beliau adalah yang terbaik di peringkat negeri Johor .. 

doakanlah kejayaan saya dengan cemerlang dalam segala bidang yang saya ceburi, tak kira lah dari segi akademik, ko-kurikulum atau sebagainya ,,

special guest :)