Saturday, February 26, 2011

usaha tangga kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pada hari semalam ,, sewaktu saya bertolak dari bumi Kluang menuju ke bumi Johor Bahru dengan menaiki bas KKKL (bas gagap) ,, ahaaa ,, senang cerita saya pulang ke kampung halaman arr ,, semasa dalam perjalanan pulang ,, saya mengeluarkan buku teks Sejarah tingkatan 5 dan buku latihan untuk menyiapkan kerja rumah yang tertangguh .. sempatlah juga saya menyiapkan dalam 10 muka surat ,, kemudian, seperti biasalah .. bila dah buat kerja Sejarah ,, mesti mengantuk ,, bak kata member saya ,, buku teks Sejarah adalah ubat tidur yang paling mujarab ,, penadol pun kalah ,,, hehe ,,,

bila dah mengantuk ,, takkan nak tahan lak kan ? jadi, saya pun tidur lah ,, adalah dalam 1 jam lebih gitu .. bila dah tersedar ,, memang agak susah lah kalau nak tidur balik ,, jadi saya pun melihat pemandangan luar yang sudah jemu dilihat ,, huuuu ,, bosan gilerrr !! tiba-tiba saya ternampak kawan saya sedang memegang senaskah majalah Ujang ,, saya pun meminjam majalah tersebut untuk mengisi kebosanan yang melanda ,,

saya membaca setiap helaian demi helaian ,, kemudian saya tertarik dengan satu cerita,, tapi sayangnya saya tak ingat tajuknya ,, tapi ceritanya ingatlah juga ,,, hmmm ,, cerita mempunyai maksud yang tersirat yang perlu kalian renungkan bersama ,, tapi ceritanya saya pendekkan dan saya telah mengubahnya sedikit daripada teks yang asal ,, supaya mudah untuk dipahami ,, ceritanya begini ,,,,

 pada suatu hari .. terdapat seekor harimau yang masih sihat ,, sudah tidak mampu untuk mencari makan ,, keadaan harimau itu tersangat lemah ,, kerana sudah berberapa hari tidak makan ,, harimau tersebut hanya menyerahkan dirinya kepada takdir ,, andai ditakdirkan diri mati ,, maka dia terima ,, harimau ini telah berputus asa dalam kehidupannya ,, si harimau ini pun hanya mampu baring sahaja ,, manakannya ,, nak bangun pun dah tak mampu ,,

namun ,, telah ditakdirkan ,, datang seekor anjing dengan membawa ketulan daging ,, lalu diberikan daging tadi kepada si harimau ,, si harimau pun makan daging yang si anjing beri ,, si harimau ini bergantung hidup sepenuhnya pada si anjing , di mana si anjing ini akan membawakan daging untuknya setiap hari ,, sedangkan anjing itu tidak mampu melakukannya untuk setiap hari ,, tetapi ,, sebab si anjing ini begitu perihatin terhadap si harimau ,, si anjing pun menolongnya mencarikan makanan untuknya ,, 

semakin hari harimau ini beransur pulih ,, tenaganya pun sudah pulih seperti sediakala ,, tetapi si harimau ini masih lagi mengharapkan makanan dariapada si anjing ,, si harimau begitu malas untuk berusaha mencari makanan untuk dirinya ,, sedangkan jika di bandingkan dengan tenaganya dengan tenaga si anjing ,, tenaga si harimau ini lebih banyak ,, tetapi si harimau ini lebih suka mengharapkan bantuan daripada si anjing ,,

lama-kelamaan ,, si anjing ini merasakan bahawa dirinya seperti dipergunakan oleh si harimau ,, lalu si anjing ini mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan si harimau ini ,, kerana beliau tidak mahu dipergunakan lagi ,, tinggallah si harimau itu bersendirian ,,

renungkanlah kisah ini ,, walaupun serba ringkas ,, tetapi ,, mempunyai makna tersirat ,,

mudah berpuas hati ?

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Pada hari Sabtu, 12/02/2011 bertempat di Ruang Legar Kluang Mall,, telah berlangsungnya pertandingan seni khat sempena maulidur rasul peringkat daerah Kluang .. pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Daerah Kluang .. hmmm .. pertandingan diadakan mengikut 3 kategori, iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap Khas ... saya dan 6 orang rakan-rakan yang lain telah menyertai pertandingan Tahap Khas iaitu Khat Thuluth ... dan Alhamdulillah ,, saya telah menjadi juara bagi tahap itu ... 

walaupun sudah berjaya menjadi juara , namun saya tidak boleh mudah berpuas hati dengan kejayaan ini .. kerana masih banyak lagi kekurangan dan kesilapan serta kecuaian yang perlu saya perbaiki .. masih terdapat lagi kelemahan dari segi susunan ayat , kaedah-kaedah penulisan huruf dan keseimbangan huruf .. bagi mereka yang faham ,, baguslah .. tapi bagi mereka yang samar-samar .. buat-buatlah faham ea ? hehehe ... 

saya mesti giat berlatih , kerna ,, ustaz saya pernah beritahu saya .. bukan senang untuk menjadi yang terbaik ,, tanpa usaha yang gigih ,, kejayaan yang kita inginkan tidak akan kita kecapi .. insya'Allah .. andai ada rezeki .. saya ingin mengalahkan seorang pelajar yang dulunya banyak mengajar saya dalam bidang khat ini .. dan kini beliau berada di Maahad Johor .. bagi mereka yang mengenali insan yang bernama Nurul Iman bin Samurah . itulah orangnya .. beliau adalah yang terbaik di peringkat negeri Johor .. 

doakanlah kejayaan saya dengan cemerlang dalam segala bidang yang saya ceburi, tak kira lah dari segi akademik, ko-kurikulum atau sebagainya ,,

Sunday, February 06, 2011

kejayaan milik kita

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

this post is dedicated to all my friends in 20 generation ,,

 

alhamdulillah ,, bersyukur kehadrat Ilahi kerna saya masih lagi boleh post entry baru .. hehe ,, pada isnin 31/01 yang lepas ,, keputusan SMA sekolah saya diumumkan ,, tapi ,, sebelum di umumkan , kami telah mendengar pelbagai khabar angin, yang enak didengar dan ada juga yang tak enak didengar .. tapi , pada ketika itu, kami hanya berserah pada-Nya sahaja ,,
sewaktu diumumkan, kami begitu teruja dengan keputusan SMA kami kerna kami sekali lagi berjaya memecahkan rekod sekolah dengan pencapaian cemerlang kami dengan mendapat Mumtaz Sufi (10MM) seramai 40 orang dan Mumtaz keseluruhan seramai 64 orang ... dan keputusan yang terendah pula hanya 5 orang sahaja yang mendapat Jayyid keseluruhan ,, kami bersyukur kerna tiada seorang pun dikalangan kami yang gagal dalam subjek SMA .. ada jumlah peningkatan mumtaz dan penurunan mumtaz dalam setiap subjek ..

walaupun saya tidak berjaya memperoleh Mumtaz keseluruhan, tapi saya bangga dengan pencapaian saya atas usaha yang telah saya lakukan ,, seperti kata ayah saya ,, "kita mesti bangga dengan hasil usaha kita !" .. kawan-kawanku ,, aku sebagai seorang kawan begitu berbangga dengan kejayaan ini ! .. tapi mesti diingat .. perjuangan kita masih belum selesai kerna pada tahun ini kita akan menghadapi 2 peperiksaan besar .. iaitu Pra-STAM dan SPM ,,, kita mesti boleh ! kerna kejayaan milik kita !

bagi mereka-mereka yang telah berpindah sekolah, jangan risau ,, kalian masih lagi rakan-rakan kami ,, kemana sahaja kalian pergi ,, ingatlah ,, kami disini senantiasa mendoakan kejayaan kalian dalam bidang yang kalian ceburi ,, aminn ......

 
* SMA 2010 ~

*kejayaan milik kita ,,, amin ...

Saturday, February 05, 2011

kemaafan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
pada suatu petang , saya tak ingat hari apa ,, saya dan rakan-rakan pergi ke perpustakaan sekolah pada waktu prep .. saya pun bacalah buku-buku yang ada kat situ .. saya baca majalah SOLUSI tapi tak ingat arr nombor berapa .. semasa husyuk membaca ,, saya tertarik dengan satu cerita ringkas tentang kemaafan .. saya pun baca sampai habis , kemudian saya ceritakn pada usrah saya .. ceritanya begini ...

pada suatu hari di hujung kampung .. terdapat sebuah rumah yang dihuni oleh seorang ibu bersama seorang anaknya ,, kehidupan dia serba ringkas ,, anaknya seorang yang nakal ,, suka membuat orang marah kat dia .. suka buat masalah kat orang lain .. bagi dia ,, bila dia dah puas buat masalah kat orang lain .. dia akan meminta maaf kat orang ue ,, bagi dia , bila orang dah maafkan kesalahan dia ,, semuanya telah selesai ,, boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan buat orang marah atau menyusahkan orang dengan sengaja ,,

perbuatan dia yang tak disenangi orang ramai itu ,, sampai ke pengetahuan ibunya .. ibunya berasa sungguh serba salah atas apa yang anaknya telah lakukan ,, al-maklumlah ,, ibu mana yang tak sayangkan anaknya .. ibunya mencari jalan yang terbaik untuk menghentikan perbuatan anaknya yang semakin membuatkan orang tak puas hati ,, ibunya memohon doa pada yang Esa supaya berikan jalan penyelesaian yang terbaik ..

akhirnya ,, si ibu mendapat satu jalan penyelesaian ,, si ibu memanggil si anak ,, lalu berkata pada anaknya .. "pulan , kw nampak tak dinding papan nie ?" si anak pun berkata, "nampak bu ,, nape dengan dinding papan tu ?" si ibu berkata, "ibu nak ,, setiap kali kw buat salah kat kw atau buat orang marah kat kw , kw paku dinding ni ,, dan , bila orang itu dah maafkan perbuatan kw ,, kw cabut paku yang kw da pukul tadi .. kw paham tak ?" si anak berkata, "baiklah bu ,, pulan faham ,,"

si anak pun buat sepertimana yang si ibu suruh ,, dia akan memaku dinding papan itu bila dia dah buat orang marah atau akit hati kat dia, dan mencabut paku itu bila orang itu dah maafkan dia ,, perbuatan itu dilakukannya setiap hari ,,

2 bulan telah berlalu ,, si ibu pun memanggil si anak itu seraya berkat, "pulan , kw tengok dinding papan ni , banyak bekas lubang daripada paku yang kw pakukan tempoh hari .. cuba kw bayangkan ,, dinding papan ini sebagai hati orang ,, bila kw paku hati orang ni ,, mesti terasa sakit ,, betul tak ? bila kw cabut paku itu ,, pasti akan ada bekas paku itu kat hati orang ni ,, macam tu jugalah bila kw sakitkan hati orang atau buat orang marah kat kw ,, bagi kw ,, bila kw dah minta maaf dan dia memaafkan kw , semuanya telah selesai ,, tapi ,, cuba kw renungkan balik ,, cuba kw fikirkan apa hikmah ibu suruh kw paku dan cabut paku kat dinding ni.."

si anak begitu terasa dengan apa yang dia telah lakukan selama ini ,, rupanya ,, dah banyak hati yang dia sakitkan ,,



*marilah kita bersama renungkan kisah di atas ...

Wednesday, February 02, 2011

amanah dari yang maha Esa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
alhamdulillah ,, bersyukur ke hadrat Ilahi kerna saya telah selamat sampai ke rumah pada jam 5.15 petang semalam ,, walaupun pada asalnya saya begitu resah kerna mendapat berita pada petang Isnin 31/01 bahawa basten Kluang banjir .. tetapi ,, syukur alhamdulillah kerna air mulai surut pada malam itu juga ,, dan matahari mula menunjukkan diri pada pagi selasa 01/02 pada 10.15 pagi ..

berkenaan post pada kali ini ,, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan cerita tentang kehidupan saya di asrama sebagai seorang senior ,, kepada yang berminat ,, anda di alu-alukan untuk membacanya ,, bila dah jadi form 5 ,, macam-macam tugas dan amanah mula di pegang ,, tak kira lah sebagai pengawas , koperasi , pustakawan mahupun pelajar biasa . masing-masing punya amanah sendiri , saya hanyalah pelajar biasa .. tetapi di beri amanah oleh Allah melalui guru-guru dan rakan-rakan untuk menjadi ...   
  • setiausaha Kadet Bomba dan Penyelamat
  • juruaudit Persatuan Teknik dan Vokasional
  • pengerusi Kelab Badminton
  • naqib Usrah Zulfakar
  • biro disiplin 5 Arabi
kalau di pandang dari sudut ko-kurikulum , InsyaAllah dapat markah ko-ku yang banyak , tapi ,, dari sudut agama ,, begitu berat amanah yang perlu di galas dan akan di persoalkan di akhirat kelak ,, kadangkala , saya terfikir juga , apa hikmah di sebalik semua ini ,, adakah ini ujian dariNya untuk menguji kepemimpinan saya ? saya pun tak faham ,, tapi saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini ..

tetapi , saya rasa begitu seronok dengan aktiviti usrah yang diadakan di sekolah saya ,, ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 hinggalah pelajar tingkatan 1 ,, tidak ada yang terkecuali ... dan ahli-ahlinya ada 9 hinggalah 14 orang ahli dalam 1 kumpulan ,, hmm ,, ahli-ahli dalam usrah saya terdiri daripada 11 orang (sebenarnya ada 12 orang , tapi seorang pelajar form 4 telah berpindah sekolah) .. 2 orang perlajar form 5 , 2 orang pelajar form 4 , 2 orang pelajar form 3, 2 orang pelajar form 2 dan 3 orang pelajar form 1 ..

tambahan lagi , setiap aktiviti yang di jalankan, akan dinilai dan diberi markah oleh ustaz ,, tetapi , aktiviti yang di lakukan oleh setiap usrah , bergantung pada naqibnya ,, kerana .. naqib adalah ketua kumpulan .. setiap aktiviti yang dilakukan bergantung pada naqibnya .. dan anak-anak buahnya hanya perlu mengikuti aktiviti itu .. aktiviti itu tidak terhad hanya pada aktiviti kerohanian sahaja ,, malahan ,, pelbagai aktiviti boleh dilakukan asalkan tidak bercanggahan dengan hukum Islam dan peraturan sekolah . hmmm ,, macam-macam aktiviti yang telah dilakukan ,, hmm ,, kalau nak tahu lebih lanjut ,, haaaa ,, boleh laaa tanya mereka-mereka yang menjadi naqib .. hehe ... sekian .. wasalam ~~~





gambar hiasan

special guest :)