Saturday, July 17, 2010

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor bahru (SRAB JB)



apbila aku lihat lencana sekolah ini..serta-merta fikiran aku melayang ke zaman kanak-kanak aku dari aku darjah 1 pada tahun 2001 sehinggalah darjah 6 pada tahun 2006...zaman dimana aku aku menuntut ilmu agama dan ilmu akademik...masih lagi aku teringat semasa aku hendak masuk ke sekolah ini..aku mesti menghadapi peperiksaan ujian kelayakan bagi pelajar-pelajar baru darjah satu...ujian itu tidak sesukar yang aku fikirkan..

banyak kenangan aku di sekolah ini...turun-naik aku dalam prestasi pembelajaran...boleh di katakan hampir setiap tahun aku bertukar kelas, dari kelas BUKHARI (kelas pertama) turun ke kelas MUSLIM (kelas kedua) , dari kelas MUSLIM naik ke kelas BUKHARI...tapi tak apalah..aku dapat ramai kawan..hehehe





..1 BUKHARI, 2 MUSLIM, 3BUKHARI, 4 BUKHARI, 5 MUSLIM, 6 BUKHARI..
hebat tak aku?? hmm,, setiap kali aku dapat cuti balik ke kampung halaman..al-maklumlah, duduk kat asramalah katakan..aku akan singah atau lalu dihadapan sekolah ini...kadang-kadang macam nak nangis pun ada..yelah da 4 tahun aku tinggalkan sekolah ini..generasi ke-3 laa katakan..hmm,,cikgu-cikgunya macam mana?? keadaan sekolah macam mana??

tapi tak apa..apa-apa pun..cikgu-cikgu di sini berjaya mendidik aku sehinggalah aku berjaya sampai sekarang ini..terima kasih cikgu~ jasamu tetap akan ku kenang..


Friday, July 16, 2010

kau dalam kenangan



sedetik bersama cikgu Khairul Mazidah bte Zarkasi
- guru subjek Sivik dan Kewarganegaraan -





sedetik bersama Pn. Maspupah bte Sanugi
- guru subjek Bahasa Melayu -

Pn Maspupah bte Sanugi.. telah banyak mencurahkan ilmunya kepada aku dan rakan sekelas aku {4 ibnu Arabi} dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.. Ilmu yang beliau sampai tidak ternilai harganya dan dikau adalah pendidik anak bangsa yang bakal menerajui masa hadapan


Cik Khairul Mazidah bte Zarkasi.. walaupun beliau hanya sempat mengajar kami subjek Sivik dan Kewarganegaraan sekali sahaja.. namun beliau tetap kami anggap sebagai seorang guru..guru yang telah mencurahkan ilmunya kepada kami...

"TERIMA KASIH, CIKGU !"

kursus haji



Panitia Pendidikan Syariah Islamiah, panitia Agama Islam dan panitia Feqah Islamiah telah menganjurkan satu program yang julung kali diadakan di sekolah kami iaitu Kursus Haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji...

Program ini di adakan pada 02/07/2010 pada jam 8.00 pagi.. Program ini dijalankan di sekitar kawasan sekolah seperti di padang sekolah, di hadapan blok pentadbiran dan sebagainya.. Para peserta yang terlibat dalam program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan pelajar-pelajar tingkatan 5 lelaki dan perempuan..




Program ini mendedahkan kepada kami tentang perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan semasa haji.. Perkara-perkara haram yang dilakukan semasa haji dan sebagainya..Walaupun ianya hanyalah sekadar amali sahaja..namun, ia merupakan pengalaman manis yang tak dapat dilupakan


tujuh, lima, enam

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. bagiku, malam masih muda kerana masih banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Berlainan pula keadaan Daus. Agaknya sedang diulit mimpi bertemu puteri idaman. Lazimnya, kami sama-sama berjaga malam, orang rajin. Hampir sebulan kami di sini, boleh berbilang dengan jari berapa kali tidur sebelum tengah malam. Walau bagaimanapun, petang tadi Daus menghadiri latihan kawad kaki selama 5 jam! Memang nampak kejam...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi aku tahu Daus buat selama ini dengan ikhlas, nampak kesungguhannya. Malam ini hening sungguh, tidak disaluti unsur-unsur kecindan.

Tiba-tiba perutku memulas-mulas. Aku memegang perutku sambil menekan-nekan dengan harapan rasa tidak selesa itu datang sekejap saja. Namun, sangkaanku merosot sama sekali. persis tsunami yang melanda Banda Acheh, begitulah keadaan di dalam perutku. Hendak kejut Daus macam tak patut, kasihan dia. Tetapi takkanlah aku nak pergi seoranf diri? Ada orangkah dalam tandas ? Dah tak tahan sangat ni. Aku tak ada makan apa-apa lagi lepas tu... Arggh! Pergi sajala!

Aku pun menyarung seliparku yang tersusun kemas dengan rapi di rak kasut di hadapan dorm. Amboi, sejuk pula! DAhlah tak pakai sweater...tak apa, sekejap sahaja. perjalanan terasa amat jauh. Boleh disamakan dengan perjalanann dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Akhirnya, aku sampai ke tandas. Lmapu sudah menyala. Barangkali ada orang, mungkin juga orang sebelum initerlupa mematikan lampu selepas keluar. Ah! Banyak betul aku berteka-teki...Selepas beberapa minit, aku pun selesai. Fuhh, lega! Aku pun mwnuju ke sinki. Nawaituku untuk berwudhuk. Itu pesan ibu sebelum tidur.

Aku beranikan diri melawan penahan matanya. Fikiranku semakin bercelaru. Rupa-rupanya ada seorang senior di situ. Aku bukan kenal sangat warga aspura ini. Maklumlah, murid baru. Tetapi, satu perkara yang pelik, senior itu memberus gigi malam-malam buta ni? nak 'qiam' agaknya. Daus pernah meningatkan aku, kita mesti bersikap optimis, jangan asyik berfikiran negatif. Aku perasan dia memperoleh sumber itu daripada buku motivasi 'Jangan Tidak-Tidak', karya Dr HM. Tuah Iskandar yang sangat diminatinya. Dalam masa yang sama, senior itu asyik melontarkan pandangannya ke arahku. Hai, baru nak percaya cakap Daus...celaru apabila dia tersengih kala menyeringai ke arahku. Dengan buih ubat gigi colgate yang masih bersisa, barangkali belum berbasuh pun disekitar mulutnya, senyumannya makin melebar. Selekeh betul senior ni...anak siapalah. Setelah selesai berwudhuk aku pun memusingkan kepala paip dan bersedia untuk pulang ke dorm.

Setelah sampai dihadapan pintu dorm aku terperasan yang dia masih merenungku lagi. Lantas aku pun memusingkan badan dan terus berjalan ke arahnya. Sebelum sampai ke arahnya, hatiku dilanda ketakutan yang amat sangat. Berdebarnya rasa hati hanya Tuhan saja yang tahu. Menggeletar lututku tatkala dia mencabut kepalanya dan kepalanya tersenyum menyeringai ke arahku. Kelihatan darah memancut-mancutbdari lehernya. Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat, aku bagaikan terkena kejutan elektrik terdiam dan terpegun sahaja disitu. Mulutku bagaikan dipateri, tidak mampu berkata apa-apa. Bulu romaku janganlah cerita, jika bulu romaku hidup pasti mereka akan berlari meninggalkan badanku. ketika itu senior tadi itu pun menghampiriku. Aku hanya mampu berdoa. Noktah! Siap pun karangan BM ni. Esok bolehlah aku hantar pada Cikgu Zamri, hurm, ngantuknya.. "Amy, aku tidur dulu, jangan tidur lambat sangat tau! Assalamualaikum". Aku menarik selimut hingga ke paras dada. Semoga aku diulit mimpi indah...

lelaki acuan al-quran



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



kita sebenarnya


Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1
Muharram

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar Azan

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll
daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada
nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada
Assalamualaikum

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap,
hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada
buku-buku agama

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke
ceramah agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat
kebaikkan

Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

fikir-fikirkanlah~

special guest :)