Friday, July 16, 2010

tujuh, lima, enam

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. bagiku, malam masih muda kerana masih banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Berlainan pula keadaan Daus. Agaknya sedang diulit mimpi bertemu puteri idaman. Lazimnya, kami sama-sama berjaga malam, orang rajin. Hampir sebulan kami di sini, boleh berbilang dengan jari berapa kali tidur sebelum tengah malam. Walau bagaimanapun, petang tadi Daus menghadiri latihan kawad kaki selama 5 jam! Memang nampak kejam...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi aku tahu Daus buat selama ini dengan ikhlas, nampak kesungguhannya. Malam ini hening sungguh, tidak disaluti unsur-unsur kecindan.

Tiba-tiba perutku memulas-mulas. Aku memegang perutku sambil menekan-nekan dengan harapan rasa tidak selesa itu datang sekejap saja. Namun, sangkaanku merosot sama sekali. persis tsunami yang melanda Banda Acheh, begitulah keadaan di dalam perutku. Hendak kejut Daus macam tak patut, kasihan dia. Tetapi takkanlah aku nak pergi seoranf diri? Ada orangkah dalam tandas ? Dah tak tahan sangat ni. Aku tak ada makan apa-apa lagi lepas tu... Arggh! Pergi sajala!

Aku pun menyarung seliparku yang tersusun kemas dengan rapi di rak kasut di hadapan dorm. Amboi, sejuk pula! DAhlah tak pakai sweater...tak apa, sekejap sahaja. perjalanan terasa amat jauh. Boleh disamakan dengan perjalanann dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Akhirnya, aku sampai ke tandas. Lmapu sudah menyala. Barangkali ada orang, mungkin juga orang sebelum initerlupa mematikan lampu selepas keluar. Ah! Banyak betul aku berteka-teki...Selepas beberapa minit, aku pun selesai. Fuhh, lega! Aku pun mwnuju ke sinki. Nawaituku untuk berwudhuk. Itu pesan ibu sebelum tidur.

Aku beranikan diri melawan penahan matanya. Fikiranku semakin bercelaru. Rupa-rupanya ada seorang senior di situ. Aku bukan kenal sangat warga aspura ini. Maklumlah, murid baru. Tetapi, satu perkara yang pelik, senior itu memberus gigi malam-malam buta ni? nak 'qiam' agaknya. Daus pernah meningatkan aku, kita mesti bersikap optimis, jangan asyik berfikiran negatif. Aku perasan dia memperoleh sumber itu daripada buku motivasi 'Jangan Tidak-Tidak', karya Dr HM. Tuah Iskandar yang sangat diminatinya. Dalam masa yang sama, senior itu asyik melontarkan pandangannya ke arahku. Hai, baru nak percaya cakap Daus...celaru apabila dia tersengih kala menyeringai ke arahku. Dengan buih ubat gigi colgate yang masih bersisa, barangkali belum berbasuh pun disekitar mulutnya, senyumannya makin melebar. Selekeh betul senior ni...anak siapalah. Setelah selesai berwudhuk aku pun memusingkan kepala paip dan bersedia untuk pulang ke dorm.

Setelah sampai dihadapan pintu dorm aku terperasan yang dia masih merenungku lagi. Lantas aku pun memusingkan badan dan terus berjalan ke arahnya. Sebelum sampai ke arahnya, hatiku dilanda ketakutan yang amat sangat. Berdebarnya rasa hati hanya Tuhan saja yang tahu. Menggeletar lututku tatkala dia mencabut kepalanya dan kepalanya tersenyum menyeringai ke arahku. Kelihatan darah memancut-mancutbdari lehernya. Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat, aku bagaikan terkena kejutan elektrik terdiam dan terpegun sahaja disitu. Mulutku bagaikan dipateri, tidak mampu berkata apa-apa. Bulu romaku janganlah cerita, jika bulu romaku hidup pasti mereka akan berlari meninggalkan badanku. ketika itu senior tadi itu pun menghampiriku. Aku hanya mampu berdoa. Noktah! Siap pun karangan BM ni. Esok bolehlah aku hantar pada Cikgu Zamri, hurm, ngantuknya.. "Amy, aku tidur dulu, jangan tidur lambat sangat tau! Assalamualaikum". Aku menarik selimut hingga ke paras dada. Semoga aku diulit mimpi indah...

special guest :)