Tuesday, January 24, 2012

selamat tinggal masa lalu...

Assalamualaikum semua..

Pukul 7 tadi saya melayari laman sesawang Facebook, dan mendapati ade 1 mesej yang belum saya baca..
bila saya buka, rupanya ada satu pertanyaan daripada seorang sahabat lama..mesej tuh pun dah lama dia hantar..cuma saya jea yang tak perasan   -.-
"Zim, kata orang..kalau keturunan kita nih memang keturunan yang bodoh, kita akan mewarisi sikap itu..betul ke ??"

Saya pun menjawab:
"Rul, kita tak boleh ubah masa silam kita, tapi kita boleh ubah masa depan kita...Masa depan kita..kita yang merangkanya..walaupun kita dah tahu bahawa Allah catatkan segala tentang kita di luh mahfuz.."
Suka untuk saya ingatkan..tak semestinya kalau keturunan kita ni kurang pandai..kita juga akan kurang pandai..secara teoritikalnya, semasa kita lahir di dunia ini..kita akan mempunyai 3 perwatakan:
1) yang diwarisi daripada bapa kita.
2) yang diwarisi daripada ibu kita.
3) yang semula jadi datang dalam diri kita.

yang saya nk highlight di sini ialah teori yang ketiga itu, perwatakan semula jadi itu datang dalam diri kita..perwatakan ini pure, tidak di warisi dari mana-mana keturunan..Perwatakan ini yang kita perlu ubah..jika keturunan kita kurang pandai..kita perlu jadi pandai melalui perwatakan yang ke 3 ini..
---------------------------------------------------
Ramai orang begitu terikat dengan masa silam. Masa silam yang sering menghantui mereka..

kata kan seperti di atas kepada diri anda ! ingat !  "Kita tak boleh ubah sejarah(masa silam), tetapi kita boleh ubah masa depan" biarkan perkara yang dah berlaku itu berlalu...kita jadikannya sebagai pengajaran dan iktibar untuk masa hadapan kita...



"We can't change the past, but we change our future"

special guest :)