Saturday, January 14, 2012

Jaga tepi kain orang lain ??

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?? Sudah lama saya tidak mengemukakan info-info atau rencana-renacana di blog ini..semua ini adalah disebabkan sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku..dan hanya mereka-mereka yang rapat sahaj tahu..


berbalik semula kepada tajuk saya.. "Jaga tepi kain orang lain??" pada anda, patut ke kita jadi penjaga tepi kain orang lain ?? Maksud saya, menegur kesilapan orang lain... patut tak ? Sejak akhir-akhir ini, banyak status yang telah remui di Facebook berkaitan couple

"kw sebok sangat pesal hah ?? kubur masing-masing kan ??"
"kitaorang tak kacau kw pun..apesal sebok2 jea nk tegor org?? pesal?? perfect sngt??"

ni antara status-status yang kerap-kali saya jumpa...pada saya..memang lah kubur masing-masing... tapi ingat! jangan disebabkan mereka, kita dihalang untuk hidu bau syurga. kenapa?? sebab, di akhirat, kita akan mementing diri kita sendiri.. kita akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri kita daripada azab. tak mustahil kalau kita tidak menegur mereka, mereka akan mempersoalkannya di akhirat kelak.. bayangkan:
kita gembira kerana layak untuk menerima nikmat syurga, tetapi..tiba-tiba nikmat tersebut ditarik semula kerana kita membiarkan mereka bergelumang dengan dosa..mereka akan mengadu kepada Allah.. 
"Ya Allah, mereka tidak menegur aku ketika aku sedang asyik dilena dengan fitnah syaitan laknatullah..Jikalau mereka menegur aku pada ketika itu.. nescaya aku akan segera bertaubat dan kembali kepada-Mu"

Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, sebab itu saya menggalakkan kepada mereka yang sudah menegur pihak ini..agar tidak pernah kenal erti putus asa dan bosan! Teruskan usaha anda, kerana usaha anda insya'Allah akan diredai oleh Allah.. Ingat lah:

Kita boleh menegur dengan 3 cara:
1) menegur dengan kuasa(tangan)
2) menegur dengan lisan(lidah/percakapan)
3) menegur dengan hati(mendoakannya)


p/s: Saya juga menegur mereka, tetapi bukan untuk menunjukkan yang saya ini sempurna..tidak..tidak ada siapa yang sempurna..tetapi saya ingin perbaiki diri saya juga,,,

-Hazim Ahmad-

special guest :)