Tuesday, November 08, 2011

situasi yang mengajar aku !

Assalamualaikum.

situasi 1: (hari terbuka:0 4/11/2011)
Hazim, ayah nak keputusan SPM Hazim nanti, Hazim bagi ayah 2x ganda jumlah A, boleh ??
situasi 2: (SMAKJ+MAK+SMAPR: Ila Najjah English)
Hazim, aku tau kau nih budak pandai, dah bertahun aku ngan budak-budak nih berjuang dengan kau, pada kitaorang kau bukannya lemah ! Kalahkan kitaorang tau ! Walaupun kita dah tak satu sekolah macam masa kat SRAB JB dulu, tapi kita tetap kawan dan tetap bersama untuk capai kejayaan !
situasi 3: (kelas add mathe: dewan makan)
"Hazim, takkanlah kau nak main-main lagi ? Budak nih bersungguh-sungguh ajar kau... Dia nak kau berjaya gak dalam add mathe." "Sampai bila aku mengharapkan pertolongan daripada dia ? SPM nanti tak siapa yang akan tolong aku melainkan Allah dan diri aku sendiri."
situasi 4: (cabaran si pencabar)
Saya mencabar seseorang untuk bersaing dengan saya dalam SPM, memang itu cara saya belajar. Saya perlukan pesaing yang menaikkan semangat saya, kerna saya tak suka kalah ! Tapi, malangnya, saya telah kalah dalam trial SPM !
situasi 5: (waltu prep petang: hadapan bilik guru)
"Hazim, sini kejap ! Hazim, kenapa Add mthe paper 1 kau teruk sangat ?? Pada saya, awak tak layak dapat keputusan yang seteruk nih ! Nape ? Otak awak masuk air ea masa jawab soalan add mathe ?? Cara awak belajar dalam kelas meyakinkan saya yang awak ada potensi untuk dapat A.. Buktikan Hazim !
Ini adalah antara situasi yang saya hadapi selepas keputusan trial diumumkan.. 1A4A-1B+1B1E2G. 2G inilah yang mengubah segalanya ! Dua subjek yang saya lemah... Tapi sekarang saya dah perbaikinya... Keputusan trial ini pada saya belum dapat membanggakan sesiapa pun ! Masih lemah ! Saya seakan mahu mengalirkan air mata masa tengok keputusan ini.. "Ini je ke yang mampu aku buat ?!" persoalan yang sering bermain dalam benak saya.

Kebelakangan ini, kawan-kawan banyak berikan sokongan moral kepada saya, mereka mengajarkan saya tentang perkara-perkara yang saya lemah. Kesungguhan mereka membuatkan saya terharu.. "Kawan, semoga Allah makbulkan hajat kamu.."




Memang benar kata ustaz di sekolah saya, "kalau nak berjaya, mesti bersatu hati." . memang betul, kalau masing-masing dengan sifat annaniyah(keakuan) masing-masing, kejayaan tak kan datang malah malu untuk datang kepada kita. Jika kita mengajar, kita akan bertambah faham, jika kita berlajar, kita akan menambah pengetahuan.
Doakan kejayaan saya, kepada sesiapa yang ada sakit hati dengan kata-kata saya. Saya mohon diampunkan. Kepada sesiapa yang berkongsi ilmu dengan saya. Mohon dihalalkan ilmu tersebut. Kepada sesiapa yang berkongsi makanan dan minuman dengan saya. Mohon dihalalkan. dan bermacam-macam lagi, Semoga saya berjaya mengejar misi 10A !!

Sunday, November 06, 2011

Couple versi Islam, wujudkah ??

Assalamualaikum..

Dunia zaman sekarang semakin moden, masyarakatnya pun bertambah matang dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara. Jika ditanya, adakah kamu ber-couple ? Couple itu kan haram. Mereka dengan beraninya akan mengatakan bahawa, "kami ber-couple cara Islam, tak pegang tangan, tak cumbu-cumbuan dan sebagainya," Persoalannya, WUJUDKAH COUPLE VERSI ISLAM ??

Wujudkah istilah tersebut ? Dalam al-Quran ada menyatakan, "Dan janganlah kamu dekati zina." Dalil ini selalu kita dengar dalam majlis-majlis ilmu, ataupun majlis tadarus al-Quran. Maksud yang ingin disampaikan oleh seorang muslim yang sedang mabuk dalam percintaan tersebut ialah,

"kita tidak keluar berdua-duaan, selalu ingatkan untuk tunaikan kewajipan agama seperti solat, kita tak pegang tangan, kita cumbu-cumbuan mahupun bersekedudukan. Kita masih lagi menjaga maruah dan batas hukum syarak. Kita tak lakukan kemungkaran pun."
memang benar kenyataan muslim ini, mereka tidak melakukan zina anggota badan(tangan, mata, telinga), namun, mereka secara tidak sedar masih lagi melakukan zina, iaitu zina HATI. Zina hati berlaku apabila terkenangkan atau memikirkan sesuatu tentang kekasihnya lebih memikirkan tentang kejadian alam dan kekuasaan Allah. Berdasarkan dalil yang dikemukakan pada perenggan ke-2," Wa La Taqrabu Zina " tadi jelas menunjukkan larangan pasti iaitu fe'el mudarik(Taqrabu) didahului dengan La' Nahiah(La). Setiap larangan Allah adalah perintah dan hukumnya adalah wajib untuk meninggalkannya. Oleh itu, para ulama' mengistinbat hukum mendekati zina adalah haram.

Jika diteliti, terdapat banyak hikmah daripada dalil tersebut, antara...
  1. Seseorang yang mendekatkan diri kepada zina walaupun hanya dengan sekecil-kecil perbuatan sekalipun, akan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.
  2. Antara faktor lahirnya anak luar nikah ialah apabila si Adam dan si Hawa mendekatkan diri kepada zina dan tidak memikirkan kesannya.
  3. Syaitan akan berusaha mendorong manusia melakukan kemungkaran dan maksiat kerana syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan manusia.
  4. dan banyak lagi........
cuba kita lihat animasi lukisan di atas. Cuba kita fikirkan apa yang si dara dan si teruna fikirkan semasa mereka sedang berdua-duaan. Adakah mustahil untuk kita fikirkan seperti apa yang difikirkan oleh si dara dan si teruna itu fikirkan sekarang ?? Tidak mustahil kan ? Oleh, jauhilah zina !

istilah Couple versi Islam itu tidak wujud dan hanyalah ideologi bagi sesetengah pihak tidak berilmu dan ingin mengkaburi minda dan mata muslim hari ini !
 "Wajib ke atas kamu berperang walaupun kamu tidak menyukainya. Dan ada pula kamu tidak menyukai sesuatu perkara padahal perkara tersebut baik untuk kamu. Dan ada pula kamu menyukai sesuatu perkara padahal perkara tersebut buruk untuk kamu. Allah maha mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui" 
surah al-Baqarah: 216

wallahualam:
Hazim Ahmad

ditipu oleh sejarah ?!

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha (:


berkenanaan pada tajuk entri ini... kerana apa saya jadikan 'ditipu oleh sejarah ?!' sebagai tajuk entri? Hal ini demikian kerana, saya telah mengkaji video 'Dunia Akhir Zaman' di youtube dan hasil kajian saya berdasarkan video tersebut menunjukkan bahawa:
  • zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman mesolitik, zaman logam, zaman gangsa itu tidak wujud.
  • zaman renaissance, perang dunia dan perang dingin merupakan bahan propaganda semata-mata.
 hmmm, gambar pak cik yang kacak di atas ini ialah pak cik Chales Darwin, beliau yang telah mengemukakan teori kejadian manusia berdasarkan evolusi daripada seekor beruk. Betapa hinanya kita jika dibandingkan dengan haiwan. Sedangkan dengan jelas dinyatakan dalam al-Quran bahawa manusia dicipta daripada tanah, dan kepada tanah juga manusia akan dikembalikan.

Teori ini mendapat tentangan ramai termasuklah saya !

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada, terdapat hadis Rasullah menyatakan bahawa umat akhir zaman dibahagikan kepada 5 fasa. iaitu:
  1. pemerintahan Rasulullah.
  2. pemerintahan berlandaskan syariat Islam (khulafa' ar-Rashidin)
  3. pemerintahn secara monarki (umawiyah, abbasiyah dan lain-lain)
  4. pemerintahan secara zalim dan berat sebelah (zaman sekarang)
  5. pemerintahan berlandaskan syariat Islam (Imam Mahdi dan nabi Isa)
yang berwarna merah ialah fasa-fasa yang telah berlalu, manakala yang berwarna biru ialah yang sedang dan akan berlalu. Apabila berakhirnya fasa ke-5, maka berakhirlah sejarah manusia. Rasulullah juga mengingatkan bahawa, pada fasa 4 akan munculnya satu fitnah yang besar(Dajjal).

Baiklah, di sini saya sediakan satu video yang telah saya kaji untuk sekian lama, dan pencipta video juga yang menyatakan bahawa perkara-perkara yang mula-mula saya nyatakan pada awal penulisan saya. Kalian gunakanlah rahmat akal kalian untuk memikirkan kebenaran tentang apa-apa yang dikemukakan dalam video di bawah ini. Wallahu'alam.

special guest :)