Saturday, March 17, 2012

kiamat 2012 ??

Assalamualaikum,
 
Haa... mesti pembaca tertanya-tanya..benarkah pada tahun 2012 ini..dunia akan kiamat ?


- gambaran kiamat -

pada mulanya saya juga agak keliru..benarkah kiamat pada 2012 ? Tetapi, setelah saya menonton Halaqah di tv9.. baru lah saya faham.. bahawa kiamat yang diramalkan oleh orang barat yang akan berlaku pada 21/12/2012 itu tidak benar ! Fatamorgana semata-mata !

Para pengkaji Barat menyatakan kenyataan tersebut berdasarkan kalendar Maya yang merupakan satu kaum yang pernah wujud sebelum zaman nabi Isa.. Kaum tersebut mahir dalam bidang astronomi, ilmu bintang... hal ini telah dibuktikan dengan wujudnya sistem kalendear mereka mengikut pengiraan mereka sendiri. Tarikh yang tercatat pada kalendar tersebut bermula pada zaman mereka dan berakhir pada 21/12/2012..

Pengkaji Barat tidak mengetahui mengapa tarikh kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012...Oleh itu, dengan mudahnya..mereka menyatakan bahawa..kiamat berlaku pada 21/12/2012..
- Kalendar Maya -

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya jangan mudah terpedaya dengan sesuatu perkara yang kita belum pasti tentang kebenarannya..Orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam..Panel forum Halaqah telah membidas segala andaian yang dibawa oleh orang kafir ini..antaranya:
  1. Kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012 kerana itu adalah had daya pemikiran mereka..Setiap manusia mempunyai batas dan had dalam hidup mereka.Kaum Maya telah menghasilkan kalendar tersebut..dan berhenti pada 21/12/2012.. jadi, kita sebagai manusia yang bijak pandai ini yang perlu menyambung tarikh tersebut..bukannya terus membuat kesimpulan bahawa kiamat pada 2012
  2. Siapalah kita untuk menentukan tarikh kiamat itu ? Hari kiamat merupakan antara rahsia Allah yang kekasihnya(rasulullah) sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Allah merahsiakan tarikh tersebut bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya akan kebenaran hari kiamat.
  3. Hari kiamat tetap akan berlaku, kerna rasulullah sendiri pernah bersumpah demi hari kiamat. Ini bermakna, hari tesebut tetap akan berlaku. Namun, rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikhnya..



metodologi hati:

sebagai umat Islam..kita janganlah mudah terpedaya dengan propaganda-propaganda yang diadakan oleh orang Kafir..memang hari akhirat itu wujud dan kita bersama-sama perlu membuat persiapan sebelum hari tersebut menjelma.. wallahu'alam

Thursday, March 15, 2012

divisyen Al-Fateh

Assalamualaikum,

Jika ditanya, siapakah Al-Fateh ? Majoriti mengenali insan tersebut, kerana beliau penakluk kota Konstantinopel(Istanbul). Sultan Mohamad Al-Fateh ibnu Sultan Murad.. menjadi sultan seawal umur 19 tahun. Mempunyai pemikiran yang matang dan menerima didikan dunia dan akhirat daripada guru-guru yang terpilih.

Sultan Muhamad Al-Fateh

Jika diselak lembaran sejarah Islam, kita dapat lihat.. begitu ramai generasi Y pada masa itu..mempunyai pemikiran yang optimum, mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu, begitu tekun dalam menuntut sesuatu ilmu, dan berbagai lagi.

Jika diteliti pula pada zaman sekarang, bagaimana keadaan generasi Y pada zaman sekarang ? Adakah mempunyai ciri keperibadian seperti generasi Y pada zaman kegemilangan Islam dahulu ?

Pada jam 9 malam tadi, saya sempat menonton Forum Agama Hal Ehwal Islam di tv1.. perbincangan yang diketengahkan pada malam ini ialah mengenai remaja zaman ini ataupun lebih mudah dikatakan sebagai Generasi Y..

Memang kita tidak dapat nak sama macam muda-mudi zaman dahulu, tapi..dapat sama sikit pun dah ok kan ? Pada saya, cuba kita teliti tentang keperibadian Sultan Al-Fateh.. seorang remaja..yang telah di sebut ataupun yang telah di janjikan oleh Rasulullah..bahawa akan ade seorang pemimpin yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik yang akan menawan kota Konstantinopel..bila kita lihat.. sultah al-fateh ini mempunyai keperibadian yang sama macam kita.. iaitu:

1) seorang remaja
2) seorang pelajar
3) hamba Allah

namun, beliau ada 'sesuatu' yang kita sukar untuk memperolehnya..bayangkan.. semenjak beliau baligh.. beliau tidak pernah meninggal solat fardu, solat rawatib dan solat tahajud.. penulis sendiri adakalanya cuai dalam melakukan kewajipan ini.. 

-lakaran peta kota Konstantinopel-

namun..ingat.. kita sebagai generasi Y yang bakal menerajui negara dan Islam pada masa hadapan juga dapat menjadi seperti beliau, tetapi bersyarat.. 
  • kita mesti meletakkan iman di atas,,bukannya nafsu di atas.. biarkan iman memandu hati dan diri,,bukan nafsu ! 
  • kita mesti berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara..jika remaja pada hari ini hanya mementingkan diri sendiri...biarkan sahabat-sahabat yang lain hanyut dalam arus dunia..nescaya, kita akan sukar untuk menjadi seperti generasi Y pada zaman kegemilangan Islam dahulu.
  • jika kita terlibat dalam sesuatu jihad, pastikan kekuatan dalaman dan luaran mantop ! jangan hanya luaran sahaja yang kuat..tapi dalaman rapuh bagai kayu yang sudah reput.. Kita lihat..bagaimana para mujahidin zaman dahulu..sebelum berjihad, mereka akan mengisi masa lapang mereka dengan membac al-Quran, berzikir, melakukan amalan-amalan sunat..kerna itu laa Allah memberikan kemenangan kepada Islam. 
memang tidak dapat disangkal bahawa.. Generasi Y pada hari ini mempunyai daya pemikiran yang unik dan mantap.. Pelbagai idea baru telah dilahirkan menerusi Generasi Y.. namun.. akan nampak lebih cantik dan bernas nya lagi pemikiran Generasi Y ini..jika berlandaskan Al-Quran dan sunnah..

metodologi hati:

"Untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihat lah muda-mudi pada zaman ini. Jika mulianya peribadi muda-mudi pada zaman ini, maka cerahlah masa depan sesebuah negara..begitu juga jika sebaliknya"
-Sheikh Yusof Al-Qardawi-

special guest :)