Saturday, September 03, 2011

anak bongsu itu anak manja ?

Assalamualaikum, apa khabar semua ?

Di petang yang mendung dan damai ini, saya ingin membawakan para pembaca kepada hakikat sebenar seorang anak bongsu ..

- gambar hiasan -

Peristiwa 1:
Ketika kawan ibu saya datang beraya ke rumah nenek di Simpang Renggam, kawan ibu bertanya kepada ibu,
Kawan ibu: Ani, ni anak Ani yang sulong ea ?
Ibu: eh ? mana ada.. ni anak yang bongsu, anak kite 2 orang jea.. yang sulong tu perempuan, dah kahwin ngan ada anak sorang
Kawan ibu: anak bongsu ? Tak ada rupa anak bongsu pun, muka matang macam nih anak bongsu ? Hensem gak anak Ani nih ...
*malu saya dengan pujian-pujiannya ...
Ibu: betul,, dia memang anak bongsu, cuma kite tak pernah nak manjakan dia.. Biar dia berdikari, belajar pun kat Kluang.. Tak nak belajar dekat  dengan keluarga. bagus juga, tak menyusahkan kite, nak ulang-alik amik dia..

Peristiwa 2:
Semasa sesi pembelajaran dan pelajaran berlangsung..
Cikgu: Hazim, masa awal tahun ni.. ibu awak dah bayar habis yuran ea ?
Saya: ha ah cikgu.. kenapa ?
Cikgu: Tanye jea.. Hazim.. Awak anak sulong ke ?
Saya: Eh? tak lah cikgu.. saya anak bongsu ... kenapa cikgu ?
Suara sesat: Anak mak ....
Cikgu: tanye jea :D ?

* * * * * * * * * *

Seringkali kita dengar, 
anak bongsu = anak manja
anak bongsu = anak emak
anak bongsu = anak dok bawah ketiak mak bapak

Ini semua ideologi semata-mata... tak semua anak bongsu itu adalah anak manja. Seperti saya, saya tidak pernah rasa yang diri saya ini dimanjakan. Ibu bapa saya mahu saya belajar berdikari.. Saya dapat barangan mahal seperti handphone, playstation portable dan sebagainya adalah hasil kejayaan saya dalam pelajaran. Bagi saya, ini adalah pendorong bagi saya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saya pernah cuba minta sesuatu daripada ayah, tapi ayah cakap,, keputusan peperiksaan kau yang akan menentukan kau dapat barang nih ke tak...

Seperti apa yang telah saya nyatakan tadi, tak semua anak bongsu itu anak manja. Jika pembaca perasan kepada dialog yang terdapat pada peristiwa 2 di atas. Terdapat 1 suara sesat. Haa, sebenarnya, suara sesat ini adalah milik kepada seorang KAWAN YANG PALING SAYA SAYANG*ada baldi tak ? nak muntah nih =='.. bukan niat saya untuk mengata sesiapa, tetapi... saya ingin bawa pembaca ke alam realiti..

Pepatah inggeris ada menyatakan, "think before you talk" ... pemilik suara sesat tadi, kehidupannya adalah lebih menja daripada saya.. bayangkan emaknya datang setiap hujung minggu, balik rumah setiap hujung minggu, baju emak basuhkan, baju emak gosokkan dan sebagainya... Sebuk nak cakap orang lain anak manja.. sedangkan diri sendiri lebih manja.. JANGAN SEBUK NAK MENGATA ORANG ...

Berbalik kepada tajuk, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya saya.. janganlah beranggapan semua anak bongsu itu..anak manja ...

talkative from: Hazim Ahmad

Friday, September 02, 2011

follower tak ramai, menjadi masalah ??

Assalamualaikum,

- gambar hiasan -

"Follower tak ramai, blog tak popular, total blog's viewed terlalu sedikit" 

Inilah antara masalah yang sering menghantui para blogger yang telah menyertai blogger.com/blogspot.com. Pada sesetengah pihak, apabila mereka melihat sesebuah blog itu mempunyai jumlah follower yang sedikit, mereka akan berpendapat bahawa blog tersebut tidak menarik, membosankan dan sebagainya.  

Pada saya, tidak menjadi masalah jika sesebuah blog itu mempunyai jumlah follower yang sedikit, total blog's viewed terlalu ciput dan sebagaianya. Hal ini kerana, saya juga pernah mengalami masalah tersebut. Adatlah, jika kita baru sahaja menyertai blogger.com/blogspot.com ini. Bukan mudah untuk menambahkan jumlah follower dalam masa yang singkat !

Ada juga rakan-rakan yang bertanya kepada saya,   
"Zim, macam mana nak tambah jumlah follower hah ? Follower aku sikit sangat laa..." 
"Zim, aku nak buat blog, tapi aku takut follower aku tak banyak.."
"Zim, apa yang aku patut buat dengan blog aku supaya nampak lebih menarik ??"

Di sini, saya berikan beberapa tip untuk menambahkan jumlah follower dan menaikkan jumlah total blog's viewed berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah saya lakukan:
  1. Kurangkan kadar entri yang berbentuk hal peribadi.
  2. Ringankan blog anda dengan mengurangkan jumlah entri yang dipaparkan dalam 1 halaman. Sebaiknya hanya memaparkan 1 entri sahaja(latest entry).
  3. Hiaskan blog anda agar nampak lebih menarik.
  4. Tambahkan ilmu pengetahuan am dalam setiap entri anda.
  5. Mempelbagaikan post entri anda.
  6. Menyertai group-group perkumpulan para blogger yang terdapat di Facebook.
  7. Menggunakan bahasa penulisan yang santai tetapi perlulah menjaga bahasa.
  8. Mewujudkan tutorial blog, doodles dan sebagainya(Sekiranya mampu)
  9. Memaklumkan kepada rakan-rakan anda bahawa anda telah menyertai blogger.com/blogspot.com dan meminta rakan-rakan anda untuk follow blog anda.
  10. Follow blog orang lain, blog anda akan difollow semula[selalunya menjadi ;)]
  11. Menjadikan blog anda sebagai 'kelas' mengajar seperti mengajar cara menggunakan Adobe Photoshop CS3/CS4/CS5. 
  12. Tajuk yang menarik juga perlu digunakan.
Berikut adalah antara langkah-langkah yang berkesan untuk menambahkan jumlah follower dan menaikkan jumlah total blog's viewed berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah saya lakukan. Mudah-mudahan kalian(yang mempunyai bilangan follower dan total blog's viewed yang minima) dapat membaiki kelemahan blog anda..

* * * * * *
Saya pernah bertanya kepada seorang guru saya yang merupakan seorang blogger tentang macam mana nak menambahkan jumlah follower dan menaikkan jumlah total blog's viewed, kemudian beliau menjawab:

"kita kena tahu, siapa yang nak baca blog kita... kita juga perlu menggunakan bahasa yang mudah diterima oleh semua lapisan umur dalam blog...bila kita tahu siapa yang nak baca blog kita, mudah untuk kita hasilkan entri yang bagus dan dapat menarik perhatian para pembaca, seterus follow blog kita. Tak mustahil, blog kita juga akan dipromosikan oleh pembaca tadi kepada rakan-rakan yang lain."


*ok lah, nak sambung belajar Add mathe, Trial SPM dah dekat sangat nih T_T

sekian, daripada: Hazim Ahmad

    special guest :)