sebelum ini ada seorang bertanya tentang bolehkah kita solat ditempat orang kafir beribadat,
Jawapan berikut bersumberkan kitab: Qodoya Feqhiyah Mu'asarah, karangan Doktor Abdul Al-Haq Hamish, pensyarah Fakulti Syariah dan Pengajian Islam di Universiti al-Shariqah(Sharjah), U.A.E. - 1428hijrah(2007masihi).
Terdapat khilaf pada sisi fuqaha' antaranya:
1. Jumhur fuqaha' menyatakan hukumnya adalah makruh. Makruh solat di gereja(الكنائس) dan lain-lain yang mana ianya adalah tergolong dalam rumah ibadat orang kafir. Makruh kerana adanya gambar, dan berhala ditempat itu dan tempat tersebut adalah tempat yang dilaknat oleh Allah, tidak dibolehkan beribadat kepada Allah di tempat itu kerana tempat itu merupakan tempat tinggal syaitan sama seperti tandas.
"diriwayatkan oleh Bukhari daripada Umar r.a. berkata; sesungguhnya kami tidak dibenarkan masuk ke tempat ibadat mereka(كنائسكم) yang wujudnya gambar/berhala di dalamnya."
2. Imam Malik menyatakan Haram mutlak.
3. Sebahagian sahabat Ahmad menyatakan Harus mutlak. Berdasarkan kata-kata Ibnu Taimiyah: "Telah berkata sebahagian besar sahabat-sahabat kami: tidak makruh solat dan berniaga di gereja"
Wallahualam.